Sunday, January 1, 2012

PENGHARAMAN KE ATAS MUZIK...

: "Ada yg menyangka pengharaman muzik pd hari ini ditimbulkan oleh golongan zahiri (literalist), iaitu golongan yg mengambil faham dalil secara tektual. Mereka melabel kelompok yg mengharamkan muzik sbg jumud dan berfikiran sempit.

Namun hakikatnya, jika mereka benar² melakukan kajian, bersabar, dan bersikap ilmiyah, nescaya mereka akan menemui bahawa mazhab Zahiri-lah yg sebenarnya mempelopori pendapat “muzik adalah halal (bukan haram)!” Pendapat ini dipelopori oleh Ibnu Hazm al-Andalusi az-Zahiri (Wafat: 456H). Juga oleh golongan tarekat sufi dan ahli kalam yg dipengaruhi ideologi Yunani Kuno.

Manakala mazhab yg menegaskan keharaman muzik pula adalah murni dari kalangan salaf ahlus sunnah wal-jama'ah yang disepakati oleh imam ke-empat-empat mazhab. Bahkan telah maklum bg para pengkaji, ijtihad Ibnu Hazm tersebut telah diingkari oleh hampir seluruh ulama."

No comments:

Post a Comment