Wednesday, January 25, 2012

HINDARI DARI BERHUTANG..

Wahai Anak Adam....hindarilah dirimu dari bernutang, kerana akibatnya amatlah buruk bukan sahaja dialam dunia malahan sehingga dialam akhirat. Jika kamu berhutang maka selesaikanlah sebelum hayat mu berakhir.....subhanallah

Aisyah r.a. isteri Nabi saw. menceritakan, bahawasanya Nabi saw. mendoa dalam solat.

Doanya: "Allahumma inni a'udzubika' min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjaal, wa a'udzu bika min fitnatil mahyaa wa fitnaatil mamati, Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." (Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kehidupan dan dari bencana kematian. Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari segala dosa dan bencana hutang). Seseorang bertanya, "Mengapa sering benar Tuan meminta perlindungan dari bencana hutang?" Jawab Nabi, "Sesungguhnya apabila seseorang telah berhutang, biasanya apabila dia berkata dia dusta. Dan apabila dia berjanji dia mungkir."
~HR Bukhari~

No comments:

Post a Comment