Tuesday, January 17, 2012

TUTUPLAH AURAT DGN SEMPURNA..

Wanita tutuplah aurat kaki mu dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini? Seorang muslimah sejati akan berbicara begini: Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah.. DARIPADA kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA. Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA... DARIPADA ku berendam dalam LAUTAN NERAKA. Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada.. DARIPADA DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita...~

No comments:

Post a Comment