Tuesday, January 17, 2012

PATUH KEPADA ALLAH SWT DAN NABI SAW

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Nisaa’ ayat ke-59: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah (patuhlah) kepada ALLAH dan patuhlah kepada Rasul serta orang-orang yang berkuasa dalam kalangan kamu, jika kamu berselisih pandangan dalam suatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat demikian itu adalah sebaik-baik penyelesaian”. Para Mufassirun (Ulama’ Tafsir al-Quran) menyatakan dalam ayat ini ALLAH mengulang perintah: (Taatlah) pada Rasul tetapi tidak pada Ulil Amri (pemerintah dan ulama’) kerana ketaatan kepada Pemerintah dan Ulama’ tidaklah mutlak tetapi bersyarat iaitu selagi mana perintah mereka tidak berlawanan dengan perintah ALLAH dan Rasul, adapun ketaatan kepada Rasul adalah mutlak kerana baginda tidak memerintahkan sesuatu melainkan ianya adalah Wahyu daripada ALLAH sebagaimana ALLAH berfirman: وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) Maksudnya: “Dan tidaklah dia (Rasulullah s.a.w) berkata-kata berdasarkan hawa nafsu tetapi ia adalah Wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [Al-Najm: 3-4].

No comments:

Post a Comment