Sunday, January 22, 2012

Memperbaharui Syahadah dan Iman.

Di akhir zaman ini,pelbagai kejadian syirik yang terlalu sukar dielak oleh orang Islam.Pengaruh dari suasana kehidupan,pergaulan,bacaan mahupun melalui perkataan serta lain-lain menyebabkn kita sentiasa terdedah kepada syirik atau riddah.

Abu Hurairah berkata,bahawa Rasulullah SAW bersabda:
'Segeralah melakukan amal soleh(kebajikan),(sebabnya)nanti kamu akan berhadapan dengan fitnah besar bagaikan kegelapan malam yang sangat gelap gelita.Ketika itu seorang beriman pada waktu pagi akan(mudah)kafir pada waktu petang hari dan sebaliknya.(Kerana)mereka menukar agama dengan keuntungan duniawi yang sedikit.'(Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu kita diperintahkan SENTIASALAH memperbaharui Syahadah dan Iman setiap masa.
Abu Hurairah berkata,Rasulullah SAW bersabda:
'Sentiasalah kamu memperbaharuilah iman kamu.'Rasulullah ditanya:'Bagaimana memperbaharui iman Ya Rasulullah SAW?Jawab Baginda s.a.w:'Perbanyakanlah mengucap LAILAHA ILLALLAH.'(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

No comments:

Post a Comment