Tuesday, January 17, 2012

SYAHADAH ADALAH SATU IKRAR..

Ucapan Syahadah yang diucapkan seorang muslim mengandungi ikrar dan pengakuan terhadap keunggalan ALLAH s.w.t sebagai ILAH yakni yang berhak disembah dan ditaati dengan sepenuh kecintaan, pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan. Demikian pula Syahadah bahawa Muhammad adalah Rasul ALLAH membawa maksud segala hukum hakam dan Syariat daripada ALLAH s.w.t adalah apa yang disampaikan dan diajarkan oleh Muhammad Rasul (Utusan) ALLAH s.w.t, tiada yang berhak diikuti dan ditaati secara mutlak dalam kalangan makhluk kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah Utusan daripada ALLAH yang tidak bercakap melainkan dengan wahyu daripada ALLAH. Kelaziman dan di antara kandungan Tauhid al-Uluhiah (mengesakan ALLAH dalam Ibadat) adalah mentaati ALLAH s.w.t dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun

No comments:

Post a Comment