Wednesday, January 18, 2012

Kelebihan AZAN.

Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin).

Rasulullah SAW bersabda :sekiranya manusia mengetahui apa yg ada pada AZAN..maka berebut2 untuk berazan sehinggakan orang mengundi untuk mendapatkannya kerana kelebihannya menyeru orang untuk bersolat..dan orang yang menjawab seruan azan dengan ikhlas akan mendapat kecintaan daripada Allah..bagi orang yang boleh bangkit untuk mendirikan solat adalah orang2 yang berjaya disisi Allah..janganlah sombong kepada Allah...

Nabi SAW berkata tidak akan tertolak doa seseorang hamba yang berdoa diantara azan dan iqomah "dan pintu-pintu langit dibuka dan dimakbulkan doa"...adakah kita menggunakan waktu dan menanti waktu-waktu azan berkumandang kerana besar fadhilat dan kelebihan seruan azan ini..Masya Allah...moh kita jgn lupa bila dengar Azan dan iqomah kita pakat2 berdoa kpd Allah Taala...doa agar keluarga kita semua sihat dan istiqamah dlm ibadah..

No comments:

Post a Comment