Sunday, January 22, 2012

ALLAH SWT SAYANG PADA KITA..

Subhanallah!!! inilah 3 bukti Allah swt sayang kepada kita 1.Tidak menyegerakan azab Allah tidak menyegerakan azab bagi hamba-Nya yang berbuat dosa kerana mungkin hamba itu akan bertaubat. Allah tahu kalau kita suatu masa kita akan tergoda juga untuk berbuat dosa, tapi Allah menunda siksanya untuk memberi kita kesempatan. Jadi bertaubatlah sekarang? 2.Menerima taubat Kalau difikir-fikir lagi, kenapa Allah mahu menerima taubat kita? Kenapa tak dimasukkan sahaja kedalam neraka orang2 yg jahat ini? Apa tujuan Allah menerima taubat kita itu? Diceritakan dalam sebuah hadits bahawa Allah itu sangat gembira ketika hamba-Nya bertaubat, lebih dari gembiranya seorang musafir yang bertemu kembali dengan haiwan tunggangannya yang hilang. Ini kerana Allah sangat mencintai kita! 3.Bukan satu tapi.... Melipat gandakan pahala kebaikan.... Secara Jujurnya, kalau dihitung kira-kira banyak mana antara kebaikan yang kita lakukan dengan dosa yang kita kerjakan? Boleh jadi banyak dosanya. Potensi masuk neraka jadi sangat besar bukan?! Tapi Allah telah menetapkan bahawa sebuah kebaikan berlipat pahalanya dari 10 sampai 700 kali. berniat baik saja sudah dapat 1 pahala! Sedangkan niat buruk tidak dicatat kecuali setelah dilakukan, itupun dihitung sebagai satu keburukan saja. Kalau seseorang menunda niat buruknya, itu malah dicatat sebagai satu kebaikan. Begitulah sabda Rasulullah dalam sebuah hadits riwayat Bukhari. Masih ragu2 lagi akan cinta Allah? semua bukti cinta Allah pada kita tadi seharusnya membuat kita malu dan sedar, kalau menolak cinta-Nya ..Aduhai rugi nya kita.. Wallahualam

No comments:

Post a Comment