Sunday, January 29, 2012

KISAH 3 ORANG BANI ISRAIL YANG DIUJI ALLAH

Kisah yang telah kita biasa dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji Allah dengan penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka. Mereka adalah yang biasa kita dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta. Saya tidak akan ceritakan keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh Rasul s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Mereka ini semuanya telah didatangi oleh malaikat untuk mendoakan kesembuhan bagi diri mereka. Bahkan, mereka telah ditawarkan dengan binatang ternakan yang mereka inginkan. Kesemua mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan masing-masing berkembang biak, Allah telah menguji mereka sekali lagi. Allah datangkan malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan susah untuk menguji mereka. Setelah berada dalam keadaan yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan Allah. Si Sopak dan Si Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap penuh kepada Allah. Setelah Allah anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka, mereka melupakan Allah. Si Buta, tetap dalam keadaan celiknya itu , dalam keadaan beliau yang telah kaya raya itu, masih tetap terus mengingati Allah dengan membenarkan malaikat yang datang mengujinya untuk mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan yang dimilikinya. Dia tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia celik adalah Tuhan yang sama, iaitu Allah.

No comments:

Post a Comment