Saturday, December 31, 2011

DENGAR..

♥ ♥ ♥ Orang yg selalu menyediakan dirinya utk mnrima nshat mka dirinya akan mndpaat pnjagaan darpda Allah.Orang yg mmbolehkan dirinya insaf dan sabar mnrima nasihat org lain,tandanya ia akan mnrima kemuliaan drpda Allah.Berasa hina dri dlam ibdat dan taat pda Allah Taala dan mnimbulkan rsa lbih dkat Dengan-Nya dan lebih menghindarkan diri drpda nasihat. ♥ ♥ ♥

Friday, December 30, 2011

JGN SESEKALI LUPA SOLAT..

Firman ALLAH SWT mengingatkan diri kita yang masih hidup lagi ini ,,"Hai orang-orang yang beriman lelaki dan wanita , mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar."....(Surah Al-Baqarah (2);153).

Firman Allah S.W.T:
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk,Iaitu mereka lelaki dan wanita yang yakin penuh hatinya bahawa mereka akan menemui Allah, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.."
(Surah Al-Baqarah:45-46)

Firman ALLAH swt ,"Sesungguhnya berjayalah disyurga duniakhirat orang-orang yang beriman lelaki dan wanita, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; (Al-Mu'minuun 23:1-2)

Petua Tenangkan Hati dan Selalu Bergembira

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.” 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali. 5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka). 7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. 8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan 14. Berkawan dengan orang baik-baik 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) 16. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat. ?

SALAM 2012

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH... SUDAH HAMPIR kita akan melangkah ke tahun 2012, sudah pastinya dengan azam yang kental dan harapan yang tinggi agar tahun baru ini membawa kesejahteraan, kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup kita..Insyallah...mudah2an. Namun yang pastinya, pelbagai cabaran dan rintangan akan kita hadapi sepanjang tahun ini...semua ini adalah ujian dari Allah SWT kepada kita Muslimin dan Muslimat sekalian. Dengan peringatan bahawa "Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk dari diri kita sendiri", maka jalani hidup dengan bertunjangkan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW...Jadikan "Islam itu Addin" dalam hidup kita dalam dunia yang fana ini. "Ingat Dunia, Ingat Akhirat" Muslimin Muslimat yang dihormati, Kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup adalah impian setiap insan...Ini tidak mudah digapai namun juga tidak sukar diraih kiranya jelas halatuju dan tepat caranya. PanduanNya jelas tersedia didalam al-Quran dan as-Sunnah. Amalkan membaca ayat-ayat Allah SWT ini, fahamilah maknaNya, hayati-lah semangatNya dan amalkan suruhanNya..Pasti kita berjaya mengembalikan kegemilangan Islam. Muslimin dan Muslimat sekelian, Kita baru menyambut Ma'al Hijrah yang mengingatkan kita betapa perlunya kita muhasabah diri dan mengubah diri kita agar menjadi Insan Mutaqqin yang mengamalkan ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupannya. "Biar setiap detik yang dilalui lebih baik dari detik-detik sebelumnya...." Sekian, WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DR MUHAMMAD ZAIN

Wednesday, December 28, 2011

HATI SUCI..

Hati yang suci adalah hati yang bebas dari syirik,dengki,irihati,bakhil,
sombong,cinta dunia dan kekuasaan.Ia bebas dari segala penyakit
yang menjauhkannya dari ALLAH.Ia selamat dari keraguan yang
mnyalahi dari firman-NYA,segala syahwat yang menyalahi perintah-NYA
semua keinginan campur tangan pada kehendak-NYA,segala penghalang
yang menghalangi dari ALLAH.Ini adalah hati yang suci ia bertempat disyurga duniakhirat ,
yang dipercepatkan didunia, di alam barzakh, dan di SYURGA hari kembali nanti...

Kesuciannya tidak akan sempurna secara mutlak,hingga bebas dari lima perkara;

-Syirik, yang merosakkan keyakinan kita kepada ALLAH swt kita ini .
-Bid'aah,yang merosakkan sunnah.
-Syahwat yang menyalahi perintah.
-Kelalaian yang bertentangan dengan zikir.
-Dan hawa nafsu rakus setan yang menyalahi tujuan dan keikhlasan.

Tuesday, December 27, 2011

...INTO 2012

There are times in which we feel sad … disappointed … or even destroyed … It’s not the end of the world … Life may destroy us … but we shouldn’t let it to defeat us … No one of us has lived this life without failures … Even the earth has sunny days and dark nights … but I believe that if we get up after we fall down … if we learn how smile while our eyes are full of tears … we would absolutely overcome any obstacle that we may face in our journey … now 2011 is almost over … 2012 is coming … let’s open a new page in our life … let’s hope for a better year … with better dreams … in this opportunity I thank you all for your kind words … and I wish you all a new year full of love and happiness … and that you may achieve all you want in your life … I love you friends ~♥~

Monday, December 26, 2011

Pohon TAUHID Berbenih IMAN...

"Pohon TAUHID Berbenih IMAN… ♥ ♥ ♥

Tak goyah dilanda taufan,
Tak tumbang dirempuh badai… ♥ ♥ ♥

“Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu : kalimah yang baik adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”

(Surah Ibrahim 14: 24-25)"

tafsir ayat.surah al imran.ayat 31

"BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

SETIAP YG BERMULA...

"Setiap permulaan pasti ada penamat.. dan setiap penamat pasti akan ada permulaannya. proses kitaran ini akan berterusan hingga menemui penamat terakhir.. yg mesti dilalui. dari penamat ini akan muncul permulaan yg abadi..yg tiada penamatnya. yakinlah dan buatlah sesuatu yg mmbuktikan keyakinan. tafsir ayat surah al jathiyah.ayat 20 BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani . Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya).
"

Sunday, December 25, 2011

~7 LANGIT & 7 PENJAGA~

Telah diceritakan oleh Ibnu al-Mubarak tentang seorang laki-laki yang bernama Khalid bin Ma’dan, dimana ia pernah bertanya kepada Mu’adz bin Jabal ra., salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. “Wahai Mu’adz! Ceritakanlah kepadaku suatu hadits yang telah engkau dengar langsung dari Rasulullah saw., suatu hadits yang engkau hafal dan selalu engkau ingat setiap harinya disebabkan oleh sangat kerasnya hadits tersebut, sangat halus dan mendalamnya hadits tersebut. Hadits yang manakah yang menurut engkau yang paling penting?” Kemudian, Khalid bin Ma’dan menggambarkan keadaan Mu’adz sesaat setelah ia mendengar permintaan tersebut, “Mu’adz tiba-tiba saja menangis sedemikian rupa sehingga aku menduga bahwa beliau tidak akan pernah berhenti dari menangisnya. Kemudian, setelah beliau berhenti dari menangis, berkatalah Mu’adz: Baiklah aku akan menceritakannya, aduh betapa rinduku kepada Rasulullah, ingin rasanya aku segera bersua dengan beliau” Selanjutnya Mu’adz bin Jabal ra. mengisahkan sebagai berikut, “Ketika aku mendatangi Rasulullah saw., beliau sedang menunggangi unta dan beliau menyuruhku untuk naik di belakang beliau. Maka berangkatlah aku bersama beliau dengan mengendarai unta tersebut. Sesaat kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, kemudian bersabdalah Rasulullah saw.:” “Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memberikan ketentuan (qadha) atas segenap makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, ya Mu’adz!”. Aku menjawab, “Labbaik yaa Sayyidal Mursaliin”. “Wahai Mu’adz! Sekarang akan aku beritakan kepadamu suatu hadits yang jika engkau mengingat dan tetap menjaganya maka (hadits) ini akan memberi manfaat kepadamu di hadhirat Allah, dan jika engkau melalaikan dan tidak menjaga (hadits) ini maka kelak di Hari Qiyamah hujjahmu akan terputus di hadhirat Allah Ta’ala!” “Wahai Mu’adz! Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah menciptakan tujuh Malaikat sebelum Dia menciptakan tujuh lelangit dan bumi. Pada setiap langit tersebut ada satu Malaikat yang menjaga khazanah, dan setiap pintu dari pintu-pintu lelangit tersebut dijaga oleh seorang Malaikat penjaga, sesuai dengan kadar dan keagungan (jalaalah) pintu tersebut.

TANGISAN YG REDA..

"Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ..
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ..
Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur." ....SALAM KASIH SAYANG dariku ♥"

Manusia seperti...

"Manusia seperti sebuah BUKU. Cover depan adalah tarikh lahir, Cover belakang adalah tarikh kematian. Tiap lembar, adalah tiap hari dalam hidup kita & apa yang kita lakukan...

Sekali tertulis, tidak akan boleh di 'EDIT' lagi. Tapi seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yang putih bersih, baru & tiada cacat...

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun dahulu, ALLAH selalu menyediakan hari yang baru untuk kita. Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap hari"

Saturday, December 24, 2011

HIDUP BERSAMA ALLAH SWT

✿Hidup ibarat jalan sehala..
✿Kematian menanti dihujungnya..
✿Jadi berhatilah jejak masa..
✿Jangan biarkan hati jadi mati..
✿Lalu tenggelam dilautan dosa..
✿Kasih manusia sering bermusim, Sayang manusia tiada abadi...
✿Kasih ALLAH tiada bertepi, Sayang ALLAH janjiNya pasti..."

GELAP & TERANG..

Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

MAKRIFAT..

Semua syahwat (kesenangan) dunia bergantung pada nafsu, dan nafsu akan lenyap bersama kematian. Sebaliknya, kelezatan ma’rifat kepada Allah bergantung pada kalbu, dan kalbu tidak akan rusak bersama kematian. Bahkan, kelezatannya akan lebih banyak dan cahayanya akan lebih besar, sebab ia keluar dari kegelapan menuju cahaya”.

Imam Ghozali telah menjelaskan dengan yakin dan pasti bahwa kehidupan yang utama dan bahagia adalah ma’rifatullah (mengenal Allah) dan mahabbatullah (cinta Allah). Sedangkan ibadah kepada Allah merupakan tujuan yang paling tinggi dan mulia. Sebab semua kenikmatan selain dari ibadah adalah fana (tidak kekal). Semua tujuan selain ibadah adalah sia-sia. Karena itulah, risalah Al-Ghozali teringkas dalam kalimat yang pendek:

“Kehidupan adalah cinta dan ibadah”.

Pikirannya senantiasa terfokus pada pencarian hidayah-Nya dari langit. Semua amalnya selalu berstempelkan iman. Dakwahnya terang dan jelas, tanpa dicampuri oleh perdebatan dan riya’ (mengharap sanjungan), hanya iman kepada Sang Pencipta yang mengetahui segala bisikan hati dan perbuatan manusia.

PENTINGNYA SABAR DI DALAM BERDAKWAH

Sabar di dalam berdakwah memiliki peran amat penting dan sebagai kewajiban bagi seorang da’i. Sabar, secara umum merupakan kewajiban bagi setiap muslim, namun bagi seo-rang da’i, ia lebih dan sangat ditekan-kan. Oleh karena itu, Allah memerin-tahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam untuk bersikap sabar, Dia berfirman, “Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan”. (QS. 16:127-128) Di dalam ayat yang lain disebut-kan,“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.(Qs. Al-Ahqaaf: 35) 1. Sabar di dalam Berdakwah Ibarat Kepala bagi Badan 2. Sabar Merupakan Salah Satu Empat Rukun Kebahagiaan. 3. Sabar Termasuk Akhlak Paling Agung. 4. Sabar Termasuk Perkara Paling Penting. 5. Sabar Merupakan Pendekatan Diri kepada Allah yang Utama 6. Kesabaran Meringankan Penderitaan 7. Sabar Adalah Sifat Para Nabi 8. Dengan Kesabaran Seorang Da’i Menjadi Teladan 9. Sabar Menghantarkan Kepada Pertolongan Allah. 10. Sabar Merupakan Kumpulan Berbagai Akhlak Luhur 11. Sabar adalah Separuh Iman 12. Sabar Merupakan Sebab Untuk Meraih Kesempurnaan 13. Kesabaran Merupakan Sarana Melatih Diri 14. Sabar Mempunyai Kedudukan yang Tinggi 15. Kebaikan Dunia Akhirat Bagi Orang yang Sabar

TANGISI DIRI MU..

"Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan: “Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri.”"

HIDUP..SATU PERJALANAN

: "kehidupan adalah sebuah perjalanan, pahit manisnya adalah cabang2 persimpangan, duri-duri yang melingkari jalan adalah cabaran yang menyakitkan, cinta dan kasih sayang adalah haruman di taman bunga yang mengasyikkan, airmata adalah laut-laut yang terdiam di dasarnya jutaan keindahan, pengharapan ialah kekuatan langkah kaki untuk diteruskan...
dan selagi nyawa bersatu dengan jasad, perjalanan teruskan berlangsung tanpa had..
tetapkan haluan berpandu kompas iman, kehilangan kompasmu akan menyebabkan kau akan tersesat tanpa panduan.salam perjuangan sahatbt2 tersayang."

UCAPAN YG IKHLAS DARI HATI..

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat hukum mengucapkan selamat Hari Raya kepada orang bukan Islam seperti Hari Krismas adalah harus, jika mereka memulakan ucapan selamat Hari Raya kepada kita. Al-Qardhawi berpendapat, Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Mumthanah ayat 8, "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil".

ISLAM - THE PERFECT CODE...

✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿ I S L A M_ I S_T H E_P E R F E C T_ C O D E_O F_L I F E ✿.✿¯`·.¸♥.♥¸.·´¯✿✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿¯`·.¸♥.♥.·´¯✿.✿ Apabila Anda Ingin Memulakan Sesuatu Kerja... Kata "Bismillah" ♥بِسْمِ الله Apabila Anda Berjumpa Sesama Orang Muslim... Kata "Assalamu'alaikum" ♥ْاَلسَّلاَمُ عَلَيْكُم Apabila Anda Kenyang Selepas Makan Atau Terasa Bersyukur... Kata "Alhamdulillah" ♥اَلْحَمْدُ لِلَّه Apabila Anda Mendengar Berita Sedih.. Kata "InnaLillahiWainnailaihiraaji'uun" ♥ْاِنَّا لِلَّهِ وَ اِناَّ اِلَيْهِ رَاجِعُون Apabila Anda Berjanji Untuk Melakukan Sesuatu.. Kata "InsyaAllah" ♥اِنْ شَاءَ الله Apabila Anda Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Seseorang... Kata "JazakAllahuKhairan" ♥جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا Apabila Anda Rasa Bersalah... Kata "Astagfirullah" ♥اَسْتَغْفِرُ الله Apabila Anda Melihat Sesuatu Yang Menakjubkan.. Kata "SubhanAllah" ♥سُبْحَانَ الله

Thursday, December 22, 2011

SATU MATA..

Ibuku memiliki satu mata. Aku sangat membencinya karena keadaannya itu membuat aku malu. Dia bekerja sebagai tukang masak di dapur sekolahku untuk memenuhi kebutuhan kami. Pada suatu ketika, saat aku masih duduk di bangku SD, dia menghampiriku di hadapan teman-teman. Tindakannya itu membuat aku sangat malu. Bagaimana mungkin dia melakukan ini padaku? Bahkan di depan teman-temanku! Aku mengabaikannya, dan memandangnya dengan pandangan yang sinis penuh kebencian. Pada keesokan harinya, teman-temanku menertawakanku. "Hei, mata ibumu satu! Mata ibumu satu!" kata mereka. Sejak saat itu ingin rasanya aku bunuh diri, dan ingin ibuku menjauh dariku selamanya. Aku tidak ingin lagi melihat wajahnya. Aku katakan padanya, "Engkau telah membuat aku sebagai bahan tertawaan. Engkau telah mempermalukanku! Kenapa engkau tidak mati saja?! Huh" Dia diam saja, tidak menjawab kata-kataku. Saat itu aku tidak berpikir apa yang keluar dari mulutku. Karena aku betul-betul marah. Aku tidak tahu apa yang dia rasakan saat itu. Ingin rasanya aku kabur dan meninggalkannya. Tapi aku tidak punya keberanian. Maka, aku pun belajar dengan sungguh-sungguh, sehingga aku berhasil memperoleh beasiswa di Singapura. Aku pun berangkat ke sana . Di Singapura aku juga mendapat pekerjaan yang membuatku mapan. Hasilnya, aku bisa membeli rumah dan menikah. Dari pernikahan itu aku memiliki beberapa orang anak. Hidupku sangat bahagia. Pada suatu ketika, tanpa kuduga ibuku menjengukku ke Singapura. Dia rindu karena sudah lama tidak bertemu denganku. Dan dia juga belum pernah melihat cucu-cucunya. Ketika dia datang, aku berdiri di pintu. Di belakang, anak-anakku berteriak dan tertawa. Aku menghardiknya, "Kenapa engkau datang ke sini?! Kenapa engkau takut-takuti anakku?! Pergi dari Sini!!!" Ia menjawab, "Maaf, sepertinya saya salah alamat." Dan dia pun pergi. Beberapa waktu kemudian, aku mendapat undangan Pertemuan Alumni dari sekolah. Untuk menghadiri undangan itu aku berbohong pada istriku. Aku katakan padanya bahwa aku pergi untuk keperluan kantor. Istriku yakin saja. Maka aku pun pulang kampung untuk menghadiri pertemuan itu. Setelah acara pertemuan usai, aku berdatang ke rumah lama keluargaku, tempat aku dan ibuku tinggal. Aku ke sana hanya untuk melihat-lihat saja. Di rumah itu, aku disambut oleh beberapa orang tetangga. Mereka mengabarkan bahwa ibuku sudah meninggal. Tidak ada perasaan sedih di hatiku saat mendengar berita itu. Kemudian mereka menyampaikan surat ibuku. "Anakku sayang, Ibu sangat rindu padamu. Sejak lama ibu memikirkanmu. Ibu minta maaf atas kelancangan ibu mengunjungimu ke Singapura dan menyebabkan anak-anakmu ketakutan. Ibu sangat senang mendengar bahwa engkau akan datang dalam pertemuan sekolah. Tapi, mungkin ibu tidak bisa bangkit dari tempat tidur untuk melihatmu. Ibu betul-betul minta maaf telah menyebabkan engkau malu sepanjang hidupmu. Anakku, apakah engkau tahu? Dulu, ketika kecil engkau mengalami kecelakaan. Pada peristiwa itu engkau kehilangan matamu. Sebagai seorang ibu, ibu tidak tega melihatmu besar dengan satu mata. Makanya, ibu memberikan padamu "mata ibu." Ibu bangga, melihatmu bisa menatap dunia dengan mata ibu. Salam cinta Ibumu." Ibuuuuuuuuuuuuuuuuu uuu!!!! Jangan tinggalkan aku. Maafkan anakmu, wahai ibu. Ampuni anakmu. Ibuu! Kisah ini diselipkan dalam salah satu klip nasyid Ummi Sami Yusuf. Judul yang diberi oleh orang yang memosting, "Nasyid yang membuat jutaan orang Turki menangis" an Nasyid al ladzi abka al Malaayiin min al atraak" Penulis tidak tahu apakah ini kisah nyata atau fiksi belaka. Namun, bisa kita pastikan apa yang diceritakan dalam kisah ini adalah sesuatu yang sangat mungkin bagi seorang ibu. Semoga Allah merahmati ibu-ibu kita. Aamiin .

HARI JUMA'AT YG DIBERKATI..

Firman ALLAH SWT , " Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah rehdakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maaidah 5:3) Ayat terakhir wasiat ALLAH SWT ini di turun kan lepas waktu asar pada hari jumaat dan di turunkan kat padang Arafah... Setelah itu JIbril bertemu Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu maka terputuslah apa yang yang di perintah oleh Allah dan demikian juga apa yang di larang oleh Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu". Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabatnya dan menceritakan apa yang di beritahu oleh malaikat Jibril, maka para sahabat pun tersangat la gembira sambil berkata "Agama kita telah sempurna!". Namun bagi Abu Bakar yang merupakan sahabat paling akrab dengan Rasulullah SAW tidak dapat menahan sebaknya lalu pulang ke rumah dan menangis. Para sahabat telah berjumpa dengan Abu Bakar lalu bertanya: " Wahai Abu Bakar, apakah yang membuatkan kamu menangis? sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna". Maka Abu Bakar R.A berkata: " Wahai para sahabat, kamu semua tidak tahu musibah yang menimpa kamu.. Tidak kah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi SAW menjadi janda". Apabila Rasulullah SAW tiba di rumah Abu Bakar maka bertanya Rasulullah SAW kepada para sahabatnya: " Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?". Ali pun berkata: "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafatmu telah dekat. Benarkah ini Ya Rasulullah?". Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat". Raulullah SAW bersabda : " Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat.. yang satu daripadanya pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai berbicara itu adalah Al-quran dan yang diam itu ialah mati. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-quran dan hadisku.. sekiranya hati kamu itu keras maka lembutlah dia dengan mengmbil pengajaran dari mati" sabda Nabi saw: “Bacalah olehmu akan Al-Qur’an dan menangislah,maka jika tidak dapat menangis matamu,maka menagislah hatimu.” HUJAN DARI ATAS TURUN MEMBASAHI KEBUMI TANAH INI ADALAH MEMBERI SUBUR,SEGAR POHON-POHON DENGAN WARNA -WARNI BUNGA-BUNGAANYA,KESEGARANYA KEHIJAU-HIJAUWAN WARNA DAUNYA SEDAP,ENAK DIPANDANG OLEH MATA.... .AIRMATA YANG MENGALIR DARI ATAS TURUN KELUBUK HATI PERASAAN KITA ,MEMBUATKAN DIRI KITA TERASA PUAS,TENANG DAN TERJAWAB BERAPA PERSOALAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT .....KITA BERASAL DARI TANAH BUMI ,AKAN DI KEMBALIKAN,DITANAM,DISEMAI KEDALAM TANAH BUMI JUGA MAYAT KITA ESOK HARI....TANAM LAH BENIH-BENIH AMALAN,PEKERJAAN YANG BAIK SEMENTARA HIDUP DIATAS DUNIA SEMANTARA INI....AMIINNN..TQ ALLAH SWT ....SLAMAT BER SOLAT BERJEMAAH SUBUH......AMIINN YA ALLAH YA ROB'BAL'ALAMIINN .

Wednesday, December 21, 2011

DI DALAM KEIKHLASAN..

~~ Didalam keikhlasan tak ada lelah untuk selalu menunggu, menanti, tak jua bosan antri... ~~ Didalam keikhlasan tak pernah ada luka batin, tiada ada sakit hati, tak pula ada benci... ~~ Didalam keikhlasan tak ada buruk sangka, tak ada keluh kesah, tak jua ada fitnah.. ~~ Didalam keikhlasan tak ada amarah ~~ Didalam keikhlasan tak ada rasa takut, tak ada khawatir & cemas, tidak juga rasa was2... ~~ Dalam keikhlasan keredhaan itu terbentuk, dalam Keredhaan itulah keiklashan yang ter uji.... ~~Keredhaan & Keikhlasan adalah segala sesuatu yg kita sandarkan hanya kpd Allah... Hanya Allah lah yg berhak memberikan keikhlasan ke dalam hati hamba2nya..jika engkau ikhlas & redha pd ketetapan-Nya maka Allah pun redha segala-galanya untuk mu...

SOLAT DI WAKTU MALAM..

: "Salam Tahajud...bangkitlah smbil mengingatiNYA.....Insyallah Duhai MATA yang sedang MENANGIS…~ Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok. Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)"

DI MANA-MANA..

"Dimana-mana sekalipun zikir boleh dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat.
Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”"

ZIKIRULLAH...

: "•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”"

سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر

سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر سبحان الله و الحمد لله و لا إله إلا الله و الله أكبر

MENAHAN MARAH

Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud) Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari). Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih) Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim) Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud) Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud) Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Tuesday, December 20, 2011

MEREKA YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT..

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.” 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’” 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.” 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.” 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat.” 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’” 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’” **Tambahan: Juga beristighfarlah 25 kali setiap hari untuk seluruh muslimin dan muslimat. 9 . Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ “ 10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.” 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.” Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

MALAIKAT MENDOAKAN KITA..

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Peringatan diri: Solat itu wajib, jangan biarkan diri di mamah usia dengan kekosongan rohani. Isikan dengan zat- zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.

Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah.

Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaallah yang sunat pun akan berkat. Amin.

KERJASAMA ITU HANYA SESAMA ISLAM..

"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di samping orang-orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (QS. an-Nisa: 138-139).

Doa agar tidak mudah lupa

. اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا Maksudnya : “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, Muliakankah kami, jangan dihina, berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami” Dalam tafsir Ibn Kathir, diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r.a bahawa Nabi s.a.w pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas. Memerhatikan intisari munajat di atas, digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya, baik umur, rezeki, harta, anak-anak yang soleh dan solehah serta sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat. Selain itu juga, kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.

BILA DATANG-NYA...

Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata.

KEBESARAN MU..

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya."

NASIHAT NABI SAW...

: "Diriwayatkan dari Sahabat al- ‘Irbadh bin sariyah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
”Suatu hari Rasulullah shalallah ‘alaihi wasallam pernah solat bersama kami kemudian beliau menghadap kepada kami dan memberikan nasihat kepada kami dengan nasihat yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati bergetar, maka seseorang berkata,
‘Wahai Rasulullah, nasihat ini seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah, maka apa yang engkau wasiatkan kepada kami?’
Maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kalian supaya tetap bertaqwa kepada Allah, tetaplah mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak dari Habsyah. Sungguh orang yang hidup diantara kalian setelahku maka ia akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib atas kalian berpegang teguh kepada Sunnahku dan Sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk.
Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi gerahammu. Dan jauhilah oleh kalian perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.”"

INGAT-LAH PADA NYA..

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

Amiinnn..Ya Allah Ya Rob'bal'alamiinnn."

BERKATA WALI ALLAH SWT R.A.

1.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa-ketawa .(dengan lupakan ALLAH swt ) 2.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya..(dengan lupakan ALLAH swt ) 3.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 4.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta dan hitung-hitungkanya..(dengan lupakan ALLAH swt ) 5.Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 6.Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. 7.Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

HADIRLAH DLM HATI KU..YA ALLAH SWT

YA ALLAH...hadirlah kau dlm hidup kami ini wahai ALLAH yang maha DEKATNYA...amiinnn...

Rasulullah saw seringkali mengajar kita berdoa dan Rasulullah sendiri sering berdoa dgn DOA ini ,

“Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana taatsetia kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Rasulullah saw bersabda:
“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana taatsetia kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya."


Firman ALLAH SWT ,

" Sesungguhnya orang-orang yang TAATSETIA kepada ALLAH adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga diduniakhirat, dengan matair-matair terpancar padanya." (Al-Hijr 15:45)


aminn Ya Allah Ya Rob'bal'alamiinnn .

Monday, December 19, 2011

JANGAN MEMINTA..

: "Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)".

Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya" - Al-Bukhari. "

HIDUP INI MEMANG BEGITU?

: "Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...
Tapi...
Banyak pula dugaan yang datang.

Kadang-kadang kita minta kebahagiaan...
Tapi...
Masalah pula yang bertandang.

Kadang-kadang kita minta ketenangan...
Tapi...
Huru hara pula yang menjelang.

Dengan dugaan akan membuatkan mental kita menjadi kuat,
Dengan masalah akan menjadikan kita berfikir,
Dan...
Dengan huru hara pula akan menjadikan kita semakin tabah."

CARA MELAWAN NAFSU

Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya. Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya. Ulamak sufi menganjurkan TIGA langkah untuk melemahkan hawa nafsu: PERTAMA: Setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya. KEDUA: Hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama keldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya. KETIGA: Hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Ta’ala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`). Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu. Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf Alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53) BERPUASA juga antara cara untuk mengawal nafsu....Insyallah

Saturday, December 17, 2011

SAYA BUKANLAH YANG TERBAIK..

: "Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bkn juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tdk akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi (Imam Hasan al-Basri)"

NILAI HARGA DIRI..

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wassalam adalah seorang yang
sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan.
Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami
dapat mengetahuinya dari wajah baginda”.
(Muslim) ,
Renungilah kata pujangga ini:
“Orang yang dituntun oleh agamanya,yang
diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya
dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah
menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”. ......Salam kasih sayang dari ku......

“Berbahagialah orang yang jika mendapat
limpahan nikmat maka akan bersyukur,jika diuji
maka akan bersabar,jika berbuat dosa maka akan
beristigfar,jika marah maka akan segera
mengawalnya dan jika berkuasa maka akan
berlaku adil”.

MASIH ADAKAH HARAPAN?..

:"Aku menoleh pada diri,
Merenung hari-hari yang dilalui,
Melihat betapa hati ini kian suram,
Hidup selesa di jurang dalam,
Tetapi dipertahankan penuh keyakinan,
Sedang diri tahu tidak berada di landasan.

Aku menoleh ke arah hati,
Bila senyuman tidak semanis dulu lagi,
Yang tampak jelas hanyalah kesuraman,
Kerna hidup jauh daripada iman,
Senyuman hati dulu sekadar sebuah dongeng,
Lagenda iman yang tidak mungkin berulang.

Aku menoleh sekali lagi,
Apa mungkin diri terus seperti ini,
Seronok meniti hari-hari kegelapan,
Sedang hati menangis penuh kegundahan,
Kerna semakin jauh daripada Pemiliknya,
Maka, masihkah ada ruang tersenyum bahagia?"

AMALAN2 UNTUK BERSIHKAN HATI..

Antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan : -Banyak mengingati Allah dengan berzikir. -Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat. -Berdoa kepada Allah supaya hati bersih. -Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. -Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah. “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”. ( Hadis Riwayat Muslim)

INGAT PADA-NYA..

"Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. (HR Abu Daud)"

Friday, December 16, 2011

SETAKAT MANA SAYA MAMPU..

☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...
Kita Tetap Tidak Akan Bersama ...

KITA HANYA MERANCANG ALLAH JUA YG MENENTUKAN

JANGAN BERSIFAT SOMBONG..

Bismillahhirrahmannirrahim..

Supaya kita tidak bersifat sombong:

Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.

AMALAN BAIK DN JAHAT..

NABI SAW bersabda:

“Sesungguhnya pekerjaan yang benar baiknya kerana ALLAH itu akan memancarkan cahaya di dalam hati, membersihkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rizki dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya. "

Sesungguhnya pekerjaan kejahatan masiat dosa itu akan menggelapkan hati, menyuramkan wajah, melemahkan badan, mengurangkan rizki dan menimbulkan rasa benci di hati manusia kepadanya.

Kenapa Nabi SAW dan para Sahabat bersifat ZUHUD ?

HARTA SEBENAR bukan apa yang kita kumpul tapi apa yang telah kita belanjakan pada jalan Allah dan kebaikan.

Rumah besar, kenderaan hebat, wang simpanan yang banyak bukanlah HARTA.

Sebab tu Nabi SAW dan para Sahabat hanya mengambil keperluan dunia sekadar perlu saja untuk meneruskan hidup dan beribadah kpd ALLAH, rezeki kekayaan selebihnya dibelanjakan pada jalan ALLAH.

Kenapa pada hari ini sukar nak jumpa Muslim yang bersifat Zuhud ?

Manusia tertipu kerana menganggap rumah, kenderaan dan duit itu adalah harta yang perlu dikumpul. Lebih malang lagi jika bermegah-megah dan ia dikumpul melalui jalan hutang. Inilah fitnah budaya materialistik yang selama ini mengaburi mata umat Islam.

Kekayaan yang sebenar adalah berapa banyak harta yang dibelanjakan pada jalan ALLAH (bukan berapa banyak harta yang kita kumpul/simpan)

Wallahua'lam..

INGAT MATI...

♥~Ingat mati cegah manusia bergelumang maksiat♥~
Sesungguh nya tiada nasihat terbaik selain pemutus segala kelazatan iaitu ajal yang sedang menanti.

Ya Latif ultufbina Ya Allah La aqwa a’lannaril jahim Irhamna Ya Allah Ya Arhamarrahimin.
Firman Allah:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan di sempurna kan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang di jauh kan daripada neraka dan di masuk kan ke syurga maka sesungguh nya dia sudah berjaya. Dan ingat lah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran nya tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185)

SALAM FRENZZ 2012: DALAM TANGISAN YG KERING..

SALAM FRENZZ 2012: DALAM TANGISAN YG KERING..

Thursday, December 15, 2011

BERDEBAT UNTUK KEBENARAN..

Rasullullah SAW dan Para sahabat-sahabat baginda r.a , bagaimana beliau menegakkan kebenaran? Dengan debat! Kenapa beliau berani berdebat di khalayak ramai, secara langsung? Kerana beliau yakin dengan kebenaran ISLAM. Dan sesungguhnya kebenaran itu sama sekali tak akan dapat dipadam walau bagaimana hebat pun tekanan yang diberikan.

Firman Allah SWT ,

“mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah AL-DINN=ugama Islam dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka akan agama ALLAH tersebar luas .” suruh aS – Saff : 8

Ingat lah, kegelapan tidak mungkin dapat ada sekiranya cahaya itu ada. Apabila tiada cahaya, maka ketika itu lah kegelapan akan menyelubungi.

“Setiap yang benar

betapa ditekan

tetap menjalar,

tanpa dibaja

kan tetap mekar,

tanpa udara pun

kan tetap segar.”

CAHAYA DI ATAS CAHAYA .


Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi." (Suruh An-Nur: 35)

amiinnn...TQ ALLAH SWT .

Wednesday, December 14, 2011

MUHASABAH DIRI SEPANJANG MASA

Manusia itu perubahan dirinya bermula di hati dan akalnya. Hatinya mesti diajak berzikir mengingati Allah Ta'ala dan akalnya mesti diisi dengan ilmu bermanfaat yg menjadikan ia mencintai akhirat yg kekal abadi berbanding dunia yg pasti akan berkesudahan. Kalau akal tidak diajak tafakkur dan hati kosong dari mengingati Allah Ta'ala maka pasti akan lahir watak jahiliyah di tengah masyarakat Muslim walaupun lidah mereka bersyahadah.

Tuesday, December 13, 2011

TUTUP-LAH KEAIBAN ITU..

Dalam hadis Muslim, seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata: 

“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.” 

Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya:

“Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi saw tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi saw menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya)

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya:

“Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi saw:

“Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Demikianlah hadis ini menggambarkan Nabi SAW tidak mendedahkan keaiban orang lain selagi keburukan itu tidak dilakukan secara terang-terang. Juga, amalan soleh seperti solat boleh menghapuskan keburukan yang dilakukan. Ya, Islam memang mengharamkan zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak mengancam keselamatan awam dan empunya berusaha menutupinya.

Monday, December 12, 2011

KEUTAMAAN SOLAT MALAM.

Allah SWT berfirman:
'Sesungguhnya beribadah pada malam,lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya.'Al-Muzzammil:6
Rasulullah SAW bersabda:
'Solat dua rakaat di tengah malam,adalah lebih baik bagi seorang hamba daripada dunia seisinya.Jika ia telah memberatkan umatku tentu aku mewajibkan ke atas mereka sembahyang malam.'

'Ada waktu di sebahagian malam apabila seseorang memohon pasti Allah akan mengabulkannya.'

'Hendaklah engkau beribadah malam.Itulah kebiasaan orang-orang soleh sebelumnya qiamulail(ibadah malam) itu mendekatkan diri kepada Allah SWT menghapuskan dosa,menghilangkan penyakit dari jasad dan menghindarkan dosa.'

Rasulullah SAW bersabda lagi:
'Wahai Abu Hurairah inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati,dikuburkan dan dibangkitkan?Bangunlah ditengah malam dan solatlah!Bukankah engkau inginkan redha Tuhanmu,wahai Abu Hurairah?Solatlah di sudut rumahmu,maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni bumi.'

ROH, AKAL N HATI..

Firman ALLAH swt kepada mereka yang suka berdoa kepada ALLAH,berkata ALLAH swt ..""Wahai orang yang mempunyai ROH AKAL DAN HATI yang sentiasa ingatkan daku dan yang sentiasa tenang tetap dengan keyakinan yang benar baiknya terhadap diri-ku ini.""datanglah DEKAT kepada diriku dengan keadaan engkau berpuas hati dengan segala nikmat yang diberikan lagi diredhai di sisi aku.""Serta masuklah engkaudalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan berjaya didunia dan akhirat." "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu didunia dan diakhirat " (Al-Fajr 89:27-30)...aminnn Ya Allah Ya Rob'bal'alamiinn........


oleh itu berbanyak lah...sentiasa lah ingat kan ALLAH ..ingat kan YA ALLAH kita ini ,walaupun dimana kita ber ada ....agar ALLAH selalu cinta,kasih dan sayangi diri kita sentiasa ada nya ...aminnn..


Firman Allah, "Maka apabila kamu wahai wanita dan lelaki telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman wanita dan lelaki, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)

Allah berfirman : " orang yang beriman wanita dan lelaki ,roh hati mereka menjadi tenteram,tenang sentosa,bahagia dengan mengingat Allah. Ingatlah kamu wahai mereka yang tidak beriman, hanya dengan mengingati Allah roh hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)....


Sabda Nab SAW, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi ALLAH dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih BENAR baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami."Wahai Rasulullah S.A.W.,Nabi SAW pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah".

AKAN DATANGLAH SESEORANG ITU..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui."
(Al Maidah (5)

INGAT-LAH...

" Ingatlah...segala kekayaan yang dimiliki oleh seseorang adalah merupakan suatu ujian dari Allah, yang mahu melihat sejauh mana kesyukuran serta ketakwaan kita dalam menerima anugerah itu.

Bagi mereka yang tebal rasa keimanannya, tentu sahaja mereka akan menerima segala bentuk kekayaan dan harta benda itu sebagai satu pemberian yang perlu disyukuri.

...dan manakala mereka yang tamak haloba akan sering berasa tidak pernah cukup. Malah harta dan kekayaan itu menjadikan mereka bertambah sombong, bongkak, kikir dan kedekut serta berpaling dan menjauhkan diri daripada Allah."


DEMI SESUNGGUH-NYA...

‎"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik.

Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan." [s. al-baqarah; 96]"


RAHSIA SOLAT

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat
Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur
Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur
Rukuk
Sebagai tikar kita didalam kubur
Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur
Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim
Duduk Antara Dua Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar
Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur
Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur
Salam
Memelihara kita didalam kubur
Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah"

'via Blog this'

Sunday, December 11, 2011

Aurat Wanita Muslimah

i) Batasan aurat wanita.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya
kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher
dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki
ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek
kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki
kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup. 



Hal ini berlandaskan firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
darinya.”
Yang di maksud “wa laa yubdiina
ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan
perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla
ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka
menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh)
yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar
Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].


Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara
minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini
bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh
dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan.


Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti
Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh
tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua
telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’
binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu
apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan
ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak
tangannya.” [HR Abu Dawud]


ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan
Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah
keadaan di mana wanita itu berada di luar dari
kawasan rumahnya di mana mereka bercampur
dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam
kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari
dua jenis iaitu


(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan
jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu
boleh berada dalam kehidupan umum seperti di
jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus,
taman-taman, dewan orang ramai dan
seumpamanya. 



Dalil wajib memakai jilbab bagi
wanita adalah berdasarkan firman Allah,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya.”


iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah
(Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah
keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani
kehidupannya di rumahnya bersama dengan
anggota keluarganya yang lain.
Adapun cara seorang Muslimah menutupi
auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan
khusus seperti di rumahnya atau di dalam
kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan
secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup
dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka
menampakkan”) [Surah An-Nur:31]
atau sabda Nabi,
“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya
menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya
kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah
menutupi, walau bagaimana pun bentuknya.

Saturday, December 10, 2011

BILAKAH KIAMAT?..

6-15 : Ia berkata: "Bilakah hari kiamat itu?", Maka apabila mata terbelalak (ketakutan), "dan apabila bulan telah hilang cahayanya", dan matahari dan bulan dikumpulkan, pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat berlari?" sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung! Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya - Al-Qiyamah