Tuesday, December 20, 2011

BERKATA WALI ALLAH SWT R.A.

1.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa-ketawa .(dengan lupakan ALLAH swt ) 2.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya..(dengan lupakan ALLAH swt ) 3.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 4.Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta dan hitung-hitungkanya..(dengan lupakan ALLAH swt ) 5.Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 6.Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. 7.Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

No comments:

Post a Comment