Saturday, December 10, 2011

TIDAK ADA PAKSAAN DALAM ISLAM?..BIAR BETUL FAHAMAN-NYA.

TAK TAU!? TANNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE. Tidak ada paksaan dalam agama Seringkali kita mendengar ayat dari surah al-Baqarah ( 2 ) :256 ] yang mafhumnya: '' TIDAK ADA PAKSAAN UNTUK MEMASUKI AGAMA ISLAM " dijadikan alasan bagi umat Islam untuk melepaskan diri apabila ada yang menegur kelakuan buruk mereka yang melanggar sahaja perintah suruh dan larang Allah. Bagi mereka ayat 'Tidak ada paksaan dalam agama' itu (tanpa memahami maksud keseluruhannya) sudah cukup dijadikan dalil bagi mengelakkan diri mereka dari terus dihentam. Contoh paling klise, seorang perempuan Islam apabila dinasihati supaya menutup aurat dengan sempurna sesuai dengan perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 31, mereka pun dengan angkuhnya berteriak, "Tidak ada paksaan dalam agama. Jangan sibuk jaga tepi kain orang!" Sekiranya tidak tahu mentafsir ayat al-Quran dengan tepat, jangan memandai hendak mempergunakan ayat al-Quran. Sebenarnya ayat pada tajuk di atas adalah dalil yang perlu umat Islam pegang bagi mengelakkan mereka memaksa bukan Islam memeluk Islam (tugas sebagai seorang Islam adalah menyampaikan kebenaran Islam kepada bukan Islam bukan memaksa mereka masuk Islam). Ayat itu bukan dalil bagi orang Islam yang mahu keluar dari agama Islam. Semoga kita berhati-hati apabila mahu memetik ayat al-Quran ataupun hadis bagi menguatkan hujah. Wallahu A'klam

No comments:

Post a Comment