Rasullullah SAW dan Para sahabat-sahabat baginda r.a , bagaimana beliau menegakkan kebenaran? Dengan debat! Kenapa beliau berani berdebat di khalayak ramai, secara langsung? Kerana beliau yakin dengan kebenaran ISLAM. Dan sesungguhnya kebenaran itu sama sekali tak akan dapat dipadam walau bagaimana hebat pun tekanan yang diberikan.
Firman Allah SWT ,
“mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah AL-DINN=ugama Islam dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka akan agama ALLAH tersebar luas .” suruh aS – Saff : 8
Ingat lah, kegelapan tidak mungkin dapat ada sekiranya cahaya itu ada. Apabila tiada cahaya, maka ketika itu lah kegelapan akan menyelubungi.
“Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.”
CAHAYA DI ATAS CAHAYA .
Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi." (Suruh An-Nur: 35)
amiinnn...TQ ALLAH SWT .
No comments:
Post a Comment