Sunday, December 11, 2011

Aurat Wanita Muslimah

i) Batasan aurat wanita.
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya
kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher
dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki
ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek
kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki
kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup. 



Hal ini berlandaskan firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak
darinya.”
Yang di maksud “wa laa yubdiina
ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan
perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla
ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka
menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh)
yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar
Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].


Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara
minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini
bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh
dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan.


Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti
Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh
tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua
telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’
binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu
apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan
ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak
tangannya.” [HR Abu Dawud]


ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan
Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah
keadaan di mana wanita itu berada di luar dari
kawasan rumahnya di mana mereka bercampur
dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam
kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari
dua jenis iaitu


(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan
jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu
boleh berada dalam kehidupan umum seperti di
jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus,
taman-taman, dewan orang ramai dan
seumpamanya. 



Dalil wajib memakai jilbab bagi
wanita adalah berdasarkan firman Allah,
“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya.”


iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah
(Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah
keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani
kehidupannya di rumahnya bersama dengan
anggota keluarganya yang lain.
Adapun cara seorang Muslimah menutupi
auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan
khusus seperti di rumahnya atau di dalam
kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan
secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup
dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka
menampakkan”) [Surah An-Nur:31]
atau sabda Nabi,
“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya
menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya
kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah
menutupi, walau bagaimana pun bentuknya.

No comments:

Post a Comment