Friday, December 2, 2011

ALAM BARZAKH IALAH LAH ALAM KUBUR KITA ESOK HARI ADANYA ....

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan Penciptanya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. What you get is what you see – apa yang kita dapat, bergantung kepada apa yang dilihat. Dan tidak ada penglihatan yang paling benar tepatnya dan jelas terang menerang melainkan dirujuk kepada pandangan Allah.

Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati – melihat hidup dengan penuh kesedaran. Untuk jadi sedar (celik mata hati) kita perlu memahami skrip kehidupan seperti yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Kita tidak minta untuk dihidupkan tetapi hidup ini adalah kurniaan daripada Allah.

Untuk hidup selamat, tenang, dan bahagia, hiduplah mengikut “skrip” Pencipta. Jadilah hamba yang sebenarnya kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Who you are determines how you see – siapa anda menentukan bagaimana anda melihat (memandang). Jadi, apabila kita merasakan diri kita hamba Allah, maka kita akan melihat hidup ini dari kaca mata Penciptanya Allah swt kita ini ADANYA itu dan ini kehadapan diri kita !

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya dengan keterangan yang tersebut, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya,yakni mati,maut-mu iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan pada hari itu orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan.” (Surah al-Naba’ 78: 40).

No comments:

Post a Comment