Wednesday, February 29, 2012

~✿>> HEBATLAH KERANA ALLAH..<<✿~

‎Dia baik, saya tidak. Dia alim, saya tidak. Dia hebat, saya tidak. Dia cantik, saya tidak. Dia menawan, saya tidak. Dia menarik, saya tidak. Dia tumpuan, saya tidak. Dia rebutan, saya tidak. Dia solehah, saya tidak. Dia semuanya, saya pastinya tidak. >>> Jangan..jangan kita menilai dia dan kita..yang menilai bukanlah kita selayaknya..tapi, hanya Allah yang BERHAK..kita hanya mampu doa, usaha, tawakkal..ingat, kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..kita hidup di dunia, untuk saling melengkapi.saling memberi apabila mampu, dan berkongsi selagi terdaya..duhai hati, jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI..ingat, Allah saja yang layak untuk menilai dan kita tidak punya skala sempurna untuk menilai..Allahurabbi… p/s : NILAIAN Allah adalah yang TERBAIK..insyaAllah..

Tuesday, February 28, 2012

YANG BAIK DAN BURUK..

"ALLAH berfirman:
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
(An-Nisaa' 4:79)"

Monday, February 27, 2012

JGN ZALIMI DIRI SENDIRI..

"ASSALAMUALAIKUM sahabat sekelian...
Di pagi yg mulia ini marilah kita sama mengambil pengajaran dari ayat2 Allah ini..
Dalam surah Al Anbiyaa ayat 45:46:Allah SWT telah berfirman yg maksudnya....
.....................................................................................................................
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.......
Katakanlah (wahai Muhammad)Sesungguhnya aku (Muhammad) hanyalah memberi amaran kepada kamu dg Wahyu Allah (Al Quran yg diturunkan Allah kepada Ku) dan sudah tentu orang2 yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka di beri amaran,(maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat)..
Dan demi sesungguhnya,jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhan mu,sudah tentu mereka akan berkata:"Aduhai celakanya kami! sebenarnya kami adalah orang2 yang zalim terhadap diri sendiri..

CARA DIRIKAN TAHAJJUD

Assalamualaikum.... Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud 1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. Kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya: Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya: "Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit." 2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah: Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala" 3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali) 4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut: Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa. Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu" 5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja. 6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini: Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa. Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang

5 Pesanan Buat Mu...


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI..

DARI KERANA AIR MATA...

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan. Apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya, air mata dapat memadamkan lautan api NERAKA" Ada 10 JeNis TangiSan: * Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.. * Menangis kerana rasa takut * Menangis kerana Cinta * Menangis kerana gembira * Menangis kerana menghadapi penderitaan * Menangis kerana terlalu sedih * Menangis kerana berasa hina dan lemah * Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang * Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis * Menangis orang munafik: pura-pura menangis AiR Mata yang TIDAK Dituntut!!! * Janganlah menangis jika cita-cita tidak tercapai. Bukankah ALLAH SWT yang telah menentukan?? * Janganlah menangis kerana menonton filem Hindustan, Sinetron atau apa-apa sahaja kerana itu cuma lakonan. * Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan. * Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan. * Janganlah menangis jika wang kita hilang di jalanan, kerana mungkin kita kurang bersedekah membuat amalan. * Janganlah menangis jika tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian ALLAH SWT. Simpanlah semua air mata dan tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati sehingga sukar menerima hidayah dari ALAH SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya, iaitu di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan semoga akan mendapat keampunanNya.

Sunday, February 26, 2012

ADA DAN TIDAK ADA..

"MUHASABAH DIRI ~

Ada orang baca Al-Quran hari-hari,
Ada orang baca Al-Quran 2 hari sekali,
Ada orang baca Al-Quran selang sehari,
Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali,
Ada orang baca Al-Quran setahun sekali,
Ada orang baca Al-Quran seumur hidup sekali,
Ada orang baca Al-Quran hanya bila ada orang mati,
Ada juga yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan waktu dia mati..

~ jangan pilih yg bawah sekali, agar selamat di akhirat nanti..
sayang anda semua yg sedang baca status ini, semoga segala urusan berjalan baik hari-hari...."

INGAT-LAH PADA ALLAH SWT..

Assalamualaikum untuk semua rakan-rakan
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati
akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan,
Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan
terasa ringan.

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap
cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu,
dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka
pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati,
mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan
menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik.
Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh,
dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur
aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi
kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian
yang besar yang akan menutup semua kekurangan
dan cacat.

Friday, February 24, 2012

MEMARTABATKAN MASJID SEBAGAI TUNJANG MENJANA INSAN MUTTAQIN.”

Oleh: AHMAD SUFFIAN Pendakwah Islamiah, Institut Al-Quran Malaysia (Iqra’) KENAPA MASJID LENGANG?...Kalau solat fardu satu saf susah dipenuhi, itu menunjukan keadaan yang kritikal. Bila ada kuliah agama, kehadiran pula tak seberapa…pasti ada yang tak kena. Inilah kemelut yang sedang mendepani masjid-masjid kita, lambang keIslaman kita. Masjid terpinggir…Penjanaan insan mulia masih tidak menjadi. Ramai dikalangan kita hanya Muslim pada nama sahaja. Kenapa sampai begitu sekali? Bukankah peranan utama sesebuat masjid itu adalah untuk menjana insan muttaqin sepertimana pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengislahkan kaum Jahiliah kira-kira 1,400 tahun dahulu? Apakah peranan masjid-masjid hari ini tidak menepati matlamatnya itu? Dan kenapa masjid-masjid hari ini seolah-olah terpinggir oleh masyarakat setempat? ….Atau mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kewajiban seorang Muslim adalah mendirikan solat fardu pada waktunya, secara berjemaah dan dilakukan didalam masjid? Untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini, presiden Institut Al-Quran Malaysia (IQRA’) Ustaz Dr Muhammad Zain telah membuat pemantauan ke masjid-masjid dan surau-surau di serata tempat seluruh tanahair selama lima tahun. Selain pemerhatian beliau terhadap urusan pentadbiran masjid-masjid dan surau-surau demikian, Dr Muhammad Zain juga telah bermuzakarah dengan para pentadbir masjid/surau, ahli jawatankuasanya, ahli-ahli kariah setempat dan juga masyarakat tempatan untuk mendapat pandangan serta harapan mereka untuk menambahbaikkan “Rumah Allah SWT” ini. Kesemua pemerhatian dan perbincangan beliau berserta dengan ulasan-ulasan dan saranan-saranan bagi meningkatkan peranan masjid agar lebih progresif dan proaktif, telah dihimpunkan dalam satu manuskrip setebal 224 mukasurat yang kini diterbitkan oleh IQRA’ sebagai satu usaha fisabilillah untuk umat Islam keseluruhannya. Penulisan buku ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang teliti dan menyeluruh mengenai isu ini dari semua sudut, merangkumi pelbagai faktor serta persepsi masyarakat mengenai peranan masjid. Langkah-langkah untuk menyelesaikan persoalan ini berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan perlu diamalkan dengan ikhlas dan tawadduk sebagai satu jihad kepada Allah SWT. Pandangan yang dikemukakan berdasarkan keyakinan terhadap keunggulan ajaran Islam untuk beroleh kejayaan dalam usaha dakwah yang terulung ini. Buku bertajuk “SEJADAH” ini bakal diterbitkan dalam masa terdekat ini untuk disebarkan kepada para pentadbir di semua masjid-masjid dan surau-surau bagi mentransformasikan lanskap dakwah Islamiah dinegara ini. Buat masa ini, Dr Muhammad Zain sedang dalam rangka lawatan “roadshow” keseluruh Negara untuk mempersembahkan buku “SEJADAH” ini kepada mufti-mufti negeri dan merangka kaedah terbaik bagi melaksanakan saranan-saranannya bagi meningkatkan imej masjid dan menghangatkan proses pengimarahannya. Ketika ditemui baru-baru ini, Mufti Kelantan Darul Naim Dato’ Mohamad Shukri Mohd berkata penerbitan buku "SEJADAH" bertepatan dengan keadaan hari ini di mana umat Islam semakin terpinggir dari masjid. Katanya, saranan-saranan yang terkandung di dalam buku yang dihasilkan oleh presiden INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA’) Dr Muhammad Zain ternyata “sesuatu yang unik” kerana menyentuh pelbagai isu berkaitan hubungan intim manusia dengan “Rumah Allah SWT”. “Kewajiban setiap Muslim adalah mendirikan solat fardu pada waktunya, secara berjemaah dan dilakukan di dalam masjid. Paling kurang pun, harus mendirikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah di masjid kerana besar fadhilatNya.” Mohamad Shukri berkata hubungan manusia dengan masjid telah terjalin rapat sejak masjid pertama didirikan oleh Rasulullah SAW untuk mengislahkan kaum Jahiliah kira-kira 1,400 tahun dahulu. “Baginda telah menggunakan masjid yang sederhana itu bagi menyebarkan ajaran Islam dan berjaya menarik hati mereka kepada Islam selepas 25 tahun. “Namun, kurang pemahaman terhadap ajaran Islam dan amalannya di kalangan masyarakat kita telah menyebabkan masjid-masjid di negeri Kelantan tidak dikunjungi sepenuhnya pada setiap waktu fardu. “Muslimin dan Muslimat harus diberi kefahaman akan tanggungjawab mereka dalam mengimarahkan masjid”. Kiranya masjid dikunjungi setiap waktu dan ketika oleh penduduk setempat, Mohamad Shukri yakin bahawa masjid-masjid di negeri ini tidak perlu dikunci pagarnya seperti yang sedang dilakukan sekarang ini. Katanya, kebanyakan mereka yang berkunjung kemasjid ingin beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT sekalipun terdapat segelintir anasir-anasir jahat yang “mencemarkan kesuciannya dengan mencuri dari dalam masjid.” “Jika semua Muslim menghormati kesucian masjid ketika berada di dalamnya, kita tidak perlu gusar akan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. “Orang Islam juga disarankan agar bersangka baik sesama Muslimin Muslimat sekalian kerana ini adalah sunnah Nabi SAW.” Mohamad Shukri berkata ekoran dari pelbagai kejadian yang menimpa masjid-masjid disekitar Kelantan sejak setahun yang lalu, Pejabat Mufti berpendapat adalah wajar untuk mengunci pintu pagar masjid setiap hari selepas Isyak. Pintu pagar hanya dibuka kembali pada waktu Subuh nanti. “Masjid-masjid terutama yang terletak disekitar Kota Baru terpaksa dikawal dan dikunci setiap malam bagi mengelak daripada dipecah masuk atau dicerobohi anasir-anasir tertentu,” katanya. Ujarnya, sekiranya setiap orang menghormati kesucian "Rumah Allah SWT" ini, tidak perlulah dikuncikan pintu-pintu masuk ke masjid. "Dalam keadaan hari ini, jika dibiarkan pintu masjid terbuka luas sepanjang masa, akan hilanglah segala perabot, perhiasan dinding dan peralatan letrik didalam nya, terutama sekali tabung derma masjid yang terletak disekitar kawasannya. "Pernah sekali tu, sekumpulan kambing telah menjadikan kawasan mimbar masjid sebagai tempat bersemayam mereka..Sejak hari itu, saya telah mengarahkan supaya masjid-masjid semua dikunci rapi setiap hari selepas solat Isyak." Katanya, penghasilan buku "SEJADAH" amat bertepatan dengan keadaan masyarakat hari ini yang semakin berkurangan mengunjungi masjid untuk mendirikan solat fardu secara berjemaah. "Banyak masjid-masjid baru telah dibina oleh kerajaan untuk kemudahan masyarakat setempat dan bukan sebagai perhiasan sahaja. “Maka itu, umat Islam perlu diperingatkan akan kewajiban mereka mengimarahkan masjid-masjid di kariah mereka dan bukan hanya ketika solat Juma'at sahaja." Datuk Mohamad Shukri menyambut baik penghasilan buku "SEJADAH" oleh president INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (Iqra') Dr Muhammad Zain yang memaparkan saranan-saranannya bagi "Memartabatkan Masjid Sebagai Tunjang Menjana Insan Muttaqin". Katanya, usaha Dr Muhammad Zain harus dituruti oleh penulis-penulis tempatan kerana ini merupakan satu usaha dakwah yang berkesan dalam membimbing masyarakat kepada ajaran dan tuntutanNya yang sebenar. Mufti Perak Darul Ridhuan Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan penghasilan buku "SEJADAH" sebagai satu wadah untuk mengukuhkan akidah umat Islam di negeri itu. Katanya, Pejabat Mufti akan mengesyorkan buku itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar dapat disebarkan kesetiap masjid dan surau dinegeri Perak bagi "meningkatkan kecekapan dan memantapkan kaedah pengurusan masjid" agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke masjid pada setiap waktu fardu. Katanya, ramai umat Islam tidak faham kewajiban mereka untuk mengimarahkan masjid dan juga tidak faham akan peranan dan fungsi masjid itu sendiri. Tan Sri Harussani berkata peranan masjid yang utama adalah menjana insan muttaqin. "Namun, keadaan hari ini dimana masyarakat terlibat dalam pelbagai gejala sosial and maksiat telah menunjukkan kelemahan institusi masjid dalam menangani perkara-perkara tersebut. "Secara peribadi, saya akan mengemukakan buku "SEJADAH" ini kepada para ulama di negeri ini untuk dipertimbangkan sebagai satu buku panduan bagi pengurusan dan pentadbiran masjid-masjid dan surau-surau diseluruh negeri Perak ini, insyallah." Tan Sri Harussani memuji Dr Muhammad diatas semangatnya menghasilkan buku sebegitu rupa kerana "apa-apa usaha untuk memartabatkan agama kita harus disanjung dan disokong oleh semua umat Islam kerana ini adalah satu usaha dakwah Islamiah." Penceramah bebas Datuk Dr Mahmood Zuhdi berkata apa-apa usaha yg boleh meningkatkan pemahaman orang Melayu kepada ajaran Islam serta amalan-amalannya memang sesuatu yang harus digalakan. "Sebarang usaha untuk menerbitkan hasil karya tempatan berbentuk dakwah Islamiah harus dipertingkatkan agar lebih banyak tajuk-tajuk baru dapat disajikan kepada masyarakat umum." Katanya, melalui pembacaan pelbagai genre buku, masyarakat umum terutama orang Melayu dapat mendalami pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang keilmuan khususnya ajaran Islam dan tuntutanNya. "Ini akan membuka minda dan menjana pemikiran mereka serta mengalakan mereka agar mengubah diri menjadi lebih progresif dan proaktif." Dr Mahmood berkata usaha menerbitkan buku secara persendirian menggunakan sumber kewangan yang terhad, memanglah sukar tapi mempunyai hikmahNya. "Usaha secara peribadi mungkin menyukarkan sedikit tetapi kepuasan yang diraih dari usaha individu itu sendiri amat memuaskan hati kerana kita dapat menyebarkan ilmu kepada masyarakat selain mendapat keredhaanNya....Ini adalah satu usaha fisabilillah yang mulia." Katanya, berdakwah melalui penulisan merupakan satu cara terbaik untuk mengukuhkan aqidah umat Islam dan membimbing mereka kearah satu kehidupan yang Addin. "Melalui pembacaan pelbagai genre buku dari penulis tempatan, masyarakat kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka serta memahami sesuatu keadaan dari pandangan yang berbeza." Dalam masa yang sama, Dr Muhammad Zain menjemput semua Muslimin/Muslimat untuk turut serta dalam “Satu Usaha Dakwah Yang Terulung” ini dengan memesan seberapa naskah untuk disumbangkan kemasjid dan surau-surau di kariah mereka. “Mereka boleh menyumbangkan kos senaskah @ RM50 dan buku-buku yang dipesan itu akan dihantar ke destinasinya melalui perkhidmatan penghantaran kurier.” Sebarang pertanyaan boleh hubungi/sms ke 010-4298828 dan Emel: ahmadsuffian11@yahoo.com.my Keterangan Gambar: 1. MENINGKATKAN AKIDAH ISLAM…Dr Muhammad Zain (kiri) bersama dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti di Ipoh, baru-baru ini. 2. PENGIMARAHAN MASJID…Dr Muhammad Zain (kiri) berbincang dengan Mufti Kelantan Darul Naim Dato’ Mohamad Shukri Mohamad tentang usaha memartabatkan masjid-masjid di negeri itu. 3. BERSAMA-SAMA BERDAKWAH…Dr Muhammad Zain (kiri) akan berganding bahu dengan penceramah bebas yang tersohor Datuk Dr Mahmood Zuhdi untuk menerbitkan buku-buku dakwah islamiah. 4. TERHANGAT DI PASARAN..Buku “SEJADAH” yang diharapkan dapat meningkatkan imej serta menghangatkan proses pengimarahan masjid-masjid dan surau-surau diseluruh Negara. 5. SATU USAHA DAKWAH…Bekas imam besar Masjid Bukit Aman (kiri) Ustaz Dr Abdul Salam Zain bersama Mufti Perak Darul Ridhuan Tan Sri Harussani Zakaria (tengah) dan penulis Dr Muhammad Zain dalam perbincangan dipejabat mufti negeri baru-baru ini.

Wednesday, February 22, 2012

AWAS DENGAN GODAAN SYAITAN..

‎"Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan."

-- Pesanan Khalifah ar-Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a"

Tuesday, February 21, 2012

PETUA MEMILIH KAWAN..

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Monday, February 20, 2012

SIRAH NABI SAW

Sirah Nabi membuktikan dakwah dimulakan dengan peneguhan tauhidullah baru diikuti pensyariatan yang seterusnya iaitu ibadah dan muamalat.. Dalam Al-Quran, ayat-ayat makkiah adalah ayat yang diturunkan sebelum hijrah dan ayat-ayat dalam ayat makkiah adalah ayat yang ditujukan untuk menanamkan tauhid kepada ALLAH dan ayat-ayat yang menempelak orang-orang musyrikin.. Selepas hijrah pula, ayat-ayat yang diturunkan adalah ayat yang ditujukan kepada muslimin untuk seruan jihad dan seterusnya perintah kepada syariat selain tauhidullah dan juga ayat-ayat kepada para munafiqin.[quote] .. Dimensi dakwah Rasulullah bermula dengan menerapkan nilai2 tauhid. Memperbetulkan aqidah orang2 kafir quraisy makkah yang mempersekutukan Allah.. Antara perkara pertama yang Rasulullah saw sampaikan berkaitan dengan "Akhirat, siksaan Azab api neraka, nikmat syurga, malaikat dan semua yang mejoritinya adalah perkara-perkara ghaib. -Sebabnya "TAUHID" itu sendiri asasnya adalah 6 perkara seperti yang kita maklumi(Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar). Bgitu jualah ayat-ayat makiah, kalau kita selidiki terjemahannya semuanya lebih kepada 'perkara-perkara ghaib' Sama-samalah kita bayangkan, bagaimana sukarnya dakwah rasulullah saw. Membersihkan aqidah orang2 kafir quraisy yg sudah pun berakar umbi sejak berabad2 lamanya.. Sedangkan kita hanya menyambung dakwah rantaian dakwah rasulullah saw. Tapi, adakah dalam seharian kita mengikuti jejak baginda?? InsyaAllah, sedaya upaya kita usahakan. Dakwah itu luas maknanya.. Besar pengertiannya dalam perlaksanaan. Hatta senyum itu juga adalah dakwah. Memberi salam itu juga adalah dakwah. Mudahan, Allah memilih kita antara mereka-mereka yang sama-sama berjuang menyambung dakwah baginda saw. Wallahu'alam.. ~ Muhasabah khusus untuk diriku

KELEBIHAN AIR MATA..

PERBANYAKLAH MENANGIS DAN KURANGILAH TERTAWA, Saudara-ku.. Allah SWT berfirman di dalam Al-qur’anul Kariim: “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak…(QS.At-Taubah/9:82). Dan Rasulullah Saw bersabda:"Sesungguhnya aku melihat apa yg tidak kamu lihat; langit itu bersuara (keriet-keriat), dan dia pantas bersuara (demikian) karena tiada tempat selebar empat jari melainkan disana ada satu malaikat yang meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah seandainya kamu mengetahui apa yg aku ketahui niscaya KAMU SEDIKIT TERTAWA DAN BANYAK MENANGIS, dan niscaya kamu tidak akan bisa bersenang-senang dengan istrimu diatas tempat tidur, dan tentu kamu segera keluar menuju jalan-jalan untuk memohon kepada Allah SWT" (HR.Tirmidzi) Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya seorang Mukmin itu melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berada di kaki sebuah gunung, dia khawatir gunung itu akan menimpanya. Sebaliknya, orang yang durhaka melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, dia mengusirnya dengan tangannya –begini–, maka lalat itu terbang”. (HR. at-Tirmidzi, no. 2497 dan telah dishahîhkan oleh al-Albâni rahimahullâh) Ibnu Abi Jamrah rahimahullâh berkata,“Sebabnya (menangis) adalah, karena hati seorang Mukmin itu diberi cahaya. Apabila dia melihat pada dirinya ada sesuatu yang menyelisihi hatinya yang diberi cahaya, maka hal itu menjadi berat baginya. Hikmah perumpamaan dengan gunung yaitu apabila musibah yang menimpa manusia itu selain runtuhnya gunung, maka masih ada kemungkinan mereka selamat dari musibah-musibah itu. Lain halnya dengan gunung, jika gunung runtuh dan menimpa seseorang, umumnya dia tidak akan selamat. Kesimpulannya bahwa rasa takut seorang Mukmin (kepada siksa Allâh Ta’ala) itu mendominasinya, karena kekuatan imannya menyebabkan dia tidak merasa aman dari hukuman itu. Inilah keadaan seorang Mukmin, dia selalu takut (kepada siksa Allâh-pen) dan bermurâqabah (mengawasi Allâh). Dia menganggap kecil amal shalihnya dan khawatir terhadap amal buruknya yang kecil”. (Tuhfatul Ahwadzi, no. 2497) Dan dalam pribahasa Arab " Laa tuktsir fid dhahiki, Innad dhahika Tumiitul Qalbi" yang artinya "Janganlah banyak tertawa, karena tertawa bisa mematikan HATI" Semua orang normal pasti pernah menangis. Banyak faktor yang membuat tiap orang menjadi nangis, Jika terlalu banyak tertawa itu akan menyebabkan hati keras/beku dan mati, jadi berhentilah untuk terlalu banyak tertawa dan perbanyaklah menangis, karena dengan menangis hati menjadi lunak/lembut dan peka. Dan menangis yang sesungguhnya adalah menangis karena Allah SWT, takut akan siksaan Allah/menangis karena keimanan dan menangis dalam Taubat Nasuha yang penuh keinsyafan. Air mata yang memiliki banyak fungsi, kelebihan dan fungsi air mata : 1. Dapat Membantu Penglihatan Air mata yang keluar ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh Bakteri Jadi sebenarnya Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteri alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 menit. 3. Meningkatkan Mood Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi karena dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 4. Dapat Mengeluarkan Racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi penelitian tentang air mata dan menemukan bahwa ternyata air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya lewat mata. Jadi bukan air matanya yang beracun. 5. Mengurangi Stress Bagaimana menangis / mengeluarkan air mata bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi. 6. Membangun Komunitas Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunitas. Membangun sebuah hubungan yang erat antar sesama. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang bisa memberikan dukungan atau support, dan hal ini bisa meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi. 7. Menangis Dapat Melegakan Perasaan Aku yakin Semua orang akan merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu lewat menangis, jangan dipendam karena Anda bisa menangis meledak-ledak. Jadi setelah menangis perasaan kita akan plong. Apalagi menangis disertai dengan pelukan orang yang dicintai. Nah, banyak kan manfaatnya air mata. Jadi kita jangan takut untuk dibilang cengeng karena banyak menangis. “MENANGISLAH SEBELUM MENANGIS ITU DILARANG”. (*_^)

Pertemuan Iblis bersama Nabi Muhammad SAW

Wahab bin Munabbih berkata: Allah telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad SAW. untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaannya. Maka datanglah iblis berupa orang yang tua yang bertongkat dan ketika ditanya oleh Nabi SAW. "Siapakah kamu?" Jawabnya; "Iblis." Nabi SAW. bertanya lagi; "Kenapakah kamu datang?". Jawab iblis; "Allah menyuruhku datang kepadamu untuk menjawab segala pertanyaanmu." Lalu Nabi Muhammad SAW bertanya; "Ya Mal'uun! berapa musuh-musuhmu dari ummatku?". Jawab iblis; "Lima belas orang". 1. Engkau (Nabi Muhammad SAW). 2. Imam yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur [benar]. 5. Orang Alim yang khusyuk. 6. Orang mukmin yang suka menasihati. 7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih). 8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya. 9. Orang yang menjauh dari segala yang haram. 10. Orang yang tetap berwudhu {apabila batal sentiasa diperbaharui dengan wudhu yang lain). 11. Orang mukmin yang banyak bersedekah. 12. Orang mukmin yang baik budi akhlaqnya. 13. Orang mukmin yang banyak jasa gunanya pada manusia. 14. Orang yang membawa Al-Qur'an dan selalu membacanya. 15. Orang yang suka sembahyang tahajjud malam di waktu orang-orang sedang tidur. Lalu ditanya oleh Nabi SAW.; "Siapakah kawan-kawanmu dari umatku?". Jawab iblis; "Sepuluh orang". 1. Raja(pemerintah) yang zalim.. 2. Orang kaya yang sombong. 3. Peniaga yang khianat(penipu). 4. Pemabuk (Peminum arak). 5. Tukang adu domba (fitnah). 6. Pelacur. 7. Pemakan harta anak yatim. 8. Orang yang meremehkan sembahyang. 9. Penolak zakat (tidak mengeluarkan zakat). 10. Orang yang panjang angan-angan. Mereka itulah sahabat-sahabatku. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. [Al-Araaf : 16]

Ciri-ciri wanita solehah:



♥ Mentaati dan menyenangkan hati ibu.
♥ Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan.
♥ Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
♥ Kesederhanaan dan kemulian merupakan sebahagian daripada iman
♥ Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain
♥ Wanita yang menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak2 yang belum mengerti ttg seks
♥ Kesopanan adalah sebahagiaan drpd iman dan iman itu tempatnya di syurga.
♥ Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita.

(Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

♥ "Menetaplah di rumah dan janganlah kamu pamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah."

(Surah Al-Ahzab)

SIAPA PUNYAI HATI EMAS..?

HATI EMAS.. Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran. Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’ walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya. Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai ‘orang agama’ tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya. Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya… hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya? Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak ‘berminyak air’. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama. Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan. Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi apa yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat sarjana, master mahupun doktor apatah lagi profesor. Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Saturday, February 18, 2012

KAEDAH TERBAIK UTK ISLAHKAN WANITA..

"Rasanya macam kadang-kadang kita sendiri kabur tentang kaedah terbaik dalam mengajak wanita ( terutamanya isteri ) kepada syariat. Bila kita teliti semula khazanah sirah yang sahih, ia seolah-olah menggambarkan dalam bab pakaian tak boleh terlalu memaksa walaupun melibatkan keputusan wanita untuk pakai tudung atau tidak ( freehair ). Sebab dalam mengislah ( memperbaiki) manusia, Allah memerintahkan sesuatu peringkat demi peringkat. Tidaklah Allah memerintahkan hijab serta merta selepas Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul bahkan ayat perintah untuk berhijab turun pada tahun ke-5 Hijrah iaitu 5 tahun sebelum kewafatan baginda SAW dan 5 tahun sebelum sempurnanya agama ! Contohnya ketika zaman Rasulullah SAW, kaum muslimin selepas memeluk Islam makin hari makin rasa tak senang dengan keadaan pakaian wanita mereka walaupun ayat perintah untuk wanita berhijab belum lagi diwahyukan. Antara sahabat yang paling peka dan mampu meluahkan perasaan tidak senang dengan keadaan cara berpakaian wanita mereka adalah Umar Al Khattab RA yang terkenal dengan ilhamnya yang tajam dan tepat. Perasaan tidak senang itu semakin hari semakin meningkat berkadar lansung dengan peningkatan iman semenjak para sahabat memeluk Islam sehingga akhirnya Umar Al Khattab meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW..."

HAK SEORANG MUSLIM PADA SAUDARANYA..

Sabda Rasulullah saw...
"Hak seorang muslim terhadap muslim lainnya ada enam perkara. Kalangan sahabat bertanya, apakah dia wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab, "Jika bertemu dengannya, hendaklah kamu memberi salam. Jika dia mengundangmu, hendaklah kamu memenuhi undangannya. Jika dia meminta nasihat, hendaklah kamu menasihatinya. Jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, hendaklah kamu mendoakannya. Jika dia sakit, hendaklah kamu menjenguknya. Dan jika dia mati, hendaklah kamu menghantarkan jenazahnya ke kubur." (Riwayat Muslim)

Friday, February 17, 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

KISAH YANG SUNGGUH KASIHAN

~ Kisah Si Kasihan Perlukan Ihsan ~ 1) Handphone Seorang businessman terlalu risau kerana perniagaannya yang merosot. Dia bercadang untuk menjual sahamnya sebanyak 100 lot pada harga RM5.00. Pesanan telah diberitahu pada remisier supaya menghubunginya bila harga naik kepada RM5.00 Masuk waktu zohor,dia pun sembahyang zohor dan ingin berdoa supaya harga saham naik.Ketika rakaat kedua, telefon bimbitnya berbunyi,panggilan dari remisiernya. Sidia pun cakap, "Hello! Aku tengah sembahyang ni!, Kejap lagi aku telefon kau balik!' 2) Mat Rock Sudah Insaf!!!! Seorang Mat Rock berasa sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia pun singgah di Masjid Jamek, waktu asar. Setelah ambik air sembahyang, Mat Rock pun sembahyang asar. Selepas dua rakaat, mat rock beri salam. Selesai. Seorang abang bilal pun bertanya, "Saudara sembahyang apa tadi? "sembahyang asar" jawab mat rock "Tapi sembahyang asar empat rakaat, bukan dua rakaat" sampuk abang bilal. Dengan nada marah, mat rock jawab "Nasib baik saya sembahyang dua rakaat, kat luar sana tu, masih ramai yang tak sembahyang langsung!!!!! 3) Sembahyang tak boleh cakap Ada tiga orang muallaf yang baru masuk islam dan sedang belajar sembahyang. Sedang sujud rakaat kedua sembahyang maghrib, mullaf pertama bertanya kepada mullaf kedua, "Eh! sembahyang maghrib berapa rakaat? "Hei, sembahyang mana boleh cakap!, nanti batal sembahyang kau ni" marah muallaf kedua. "Nasib baik saya tak cakap!" kata muallaf ketiga. tegur menegur sangat dianjur oleh ISLAM. method menegur mesti betul pada tempat, masa dan caranya. Apepun Selamat Beramallah ye...^_^ —

BACA SURAH ALAM NASYRAH

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

~ Amin ~

Wednesday, February 15, 2012

JANGAN BERDUSTA..

‎"Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar."

Tuesday, February 14, 2012

MAAFKAN SAUDARA MU..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara
kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan
orang lain padahal dia berkuasa untuk
membalasnya."
(HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang itu suka
memaafkan, melainkan dia akan semakin
mulia." (HR. Muslim)

Allah swt berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada
ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-
orang yang menafkahkan hartanya di waktu
senang maupun di waktu sempit, dan orang-
orang yang menahan marah dan memaafkan
kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang
berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

‎21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat...

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan. 2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji. 3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara. 4-Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT. 5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab. 6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran. 7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur. 8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati. 9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa. 10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT. 11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa. 12-Kunci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia. 13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya. 14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci. 15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran, menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa. 16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT. 17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT. 18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. 19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan. 20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat. 21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

Saturday, February 11, 2012

WASIAT RASULLAH SAW

Sahabat Hikmah...
Ada wasiat Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kepada sahabatnya Mu'sdz bin Jabbal yang boleh di ambil pelajarannya seperti wasiat beliau kepada kita.

“Hai Mu’adz. Saya berwasiat kepadamu, agar kamu bertakwa kepada Allah, benar dalam berkata-kata, menepati janji, menunaikan amanat, meninggalkan khianat, menjaga tetangga, belas kasihan pada anak yatim, manis dalam berbicara, meratakan salam, bagus dalam bekerja, sedikit berangan-angan, menetapi keimanan, berusaha menjadi pandai dalam Al Qur’an, cinta akhirat, takut hari hisab dan merendahkan diri.

Saya melarang kepadamu memaki-maki seorang yang bijaksana, mendustakan orang yang benar, mengikuti orang yang berdosa, melawan pemimpin yang adil atau membuat kerusakan di bumi.

Saya berwasiat lagi kepadamu supaya kamu takwa kepada Allah dengan menjauhkan diri dari menyembah batu, pohon dan benda apapun.

Hendaklah kamu memperbarui taubat setiap melakukan dosa. Dosa rahasia hendaklah bertaubat dengan rahasia dan dosa yang terang-terangan, hendaklah bertaubat secara terang-terangan”.

DOA MOHON REZEKI..

Sahabatku, yuk aminkan doa ini agar kita mendapatkan rizki yg tak terduga & berkah, "Allahuma ashlih lii diini wa wassi'lii fi daarii wa baarikli fii rizqi" "Ya Allah, perbaikilah agamaku yg menjadi pokok urusanku, lapangkan untukku dalam rumahku dan berkahilah dalam rizkiku."

Friday, February 10, 2012

APABILA SANGKAKALA DITIUP...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. ✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

SABAR ITU ADA DUA JENIS..

Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar Al Khattab kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

6 KEBURUKAN KUAT MAKAN

6 Keburukkan disebabkan tabiat banyak makan.. 1- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT. 2- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya. 3- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan. 4- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah. 5- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya. 6- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.

14 JENIS TANAH MENCIPTA ADAM

Riwayat Asal Kejadian Nabi Adam A.S Pada suatu ketika Allah swt memerintahkan malaikat jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanah yang akan dijadikan sebagai bahan untuk mencipta Adam. Namun, setelah sampai ke bumi, bumi enggan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, "demi Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya dijadikan Adam kerana ia khuatir kelak Adam akan menjadi derhaka kepada Allah!" Lalu jibril kembali ke hadirat Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa setelah mendengar bumi bersumpah. Kemudian Allah menitahkan malaikat Mikail pula turun ke bumi, dengan tujuan yang sama. Namun, setelah mendengar sumpahan bumi, seperti apa yang telah dikatakan Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, ia pun kembali ke hadirat Allah dengan tangan-tangan hampa. Bumi amat takut tanahnya diambil kerana dikhuatiri Adam akan menderharkai Allah swt. Akhirnya Allah menitahkan malaikat Izra'il supaya turun ke bumi untuk mengambil tanah. Kata Allah : "Hai Izra'il engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau hiraukan. Katakan bahawa kamu kerjakan atas perintah dan atas namaKu". Begitulah setelah Izra'il tiba diatas bumi ia berkata : "Hai bumi, ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah. Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini, bermakna engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang durhaka kepada Allah, bukan?". Setelah mendengar kata-kata Izra'il sedemikian, bumi tidak dapat berkata apa-apa lagi kecuali membiarkan sahaja Izra'il mengambil tanahnya dengan pasrah. Setelah Izra'il mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadhirat Allah. Kata Allah : "Ya Izra'il… pertama, engkau yang aku tugaskan untuk mengambil tanah, dan kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut ruh manusia. Jika demikian, hamba kuatir yang hamba ini akan dibenci oleh anak adam kerana pekerjaan hamba ini, kata Izra'il. "Tidak!" jawab Allah… Mereka tidak akan memusuhi engkau. Aku yang mengaturkanya. Lalu aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian bagi mereka. Seperti sebab terbunuh, sebab terbakar, sebab sakit dan sebagainya. Manusia tidak akan menyalahkan Malaikat jika dicabut nyawanya Menurut keterangan para alim Ulama bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut: 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Telaga Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah Babilon ( Babylon ) 10. Tanah India 11. Tanah Syurga Firdaus 12. Tanah Tha'if Kata Ibnu Abbas: 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana disitulah berada otak manusia, dan disitulah tempat akal 2. Telinganya dari tanah bukit Tursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat 3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan 5. Mata dari tanah telaga Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian 6. Giginya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat bermanis-manis 7. Tangan kanannya dari tanah Ka'bah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak 9. Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus 10. Kemaluannya dari tanah Babylon, disitu tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa 11. Tulang dari tanah Bukit Tursina, sebagai alat penyokong tubuh manusia 12. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan 13. Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana disitu tempatnya iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya 14. Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap syahadah, bersyukur dan beIman kepada Tuhan. Sekian Terima Kasih

YANG RINGAN DAN YANG BERAT

Rasulullah s.a.w berkata, 'Yang paling ringan dan mudah adalah mengucap dua khalimah Syahadah dan yang paling berat adalah amanah. Sesungguhnya tidak ada agama bagi orang yang tiada amanah,tidak sembahyang dan tidak menunaikan zakat. Oleh demikian,beratnya TANGGUNGJAWAB AMANAH sehingga Nabi Muhammad menganggap tiada agama bagi orang yang tidak amanah.DAN ALLAH SWT juga ada berfirman dalam Surah Al-Anfal ayat 27 yang bermaksud, 'Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah kamu mengkhianati(amanah) Allah swt dan Rasul-Nya,dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui salahnya.' 'Sesungguhnya Allah swt akan menanyai setiap PENANGGUNGJAWAB akan apa yang diamanahkan kepadanya,samada dia memelihara ataupun dia mensia-siakannya,sehinggalah seorang lelaki akan ditanya tentang ahli rumah tangganya.'Maksud Al-Hadis riwayat Ibnu Hibban.

Thursday, February 9, 2012

KHALIFAH DI BUMI INI...

‎"Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan serta mengembangkan agama mereka yang telah diredhai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadah kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka". (An-Nur : 55)

USAH BUDAYAKAN HARI VALENTINE

Tak perlu berkias-kias

Semua sudah jelas

Budaya valentines bukan budaya kita

Bukan perintah Allah

Bukan jua sunnah Rasulullah

Yg disuruh dan dilarang masih byk diabaikan

Kenapa perlu tambah lagi perkara yg merosakkan iman?

Cukuplah mujahadah utk bina iman

Jangan berani nak mujahadah melawan Tuhan

Hidup dunia bukan mainan

Diakhirat nanti semua dipersoalkn

Perbaikilah diri, sebelum kita mati

MATI ITU PASTI.

MAHUKAH KITA MATI KETIKA MEMBUDAYAKAN VALENTINES PADA DIRI ???

NA'UZUBILLAH.

BANTU SAUDARA MU...

"Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di Akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di Akhirat nanti. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, pasti Allah akan menutup aibnya di dunia dan juga di Akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."

DOA UNTUK 99 PENYAKIT

Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling RINGAN adalah kebimbangan”
:: Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.::

DOA UNTUK 99 PENYAKIT

Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling RINGAN adalah kebimbangan”
:: Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.::

SIAPAKAH HAMBA YG MULIA..?

.....Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya : "Siapakah hamba Allah yang mulia?" Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah" ... Sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yang mulia" Nabi tersenyum lalu berkata : "Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia" Para sahabat terdiam lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah" Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan" Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata : " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"- Beruntungnya kita...kita belum wujud didunia semasa Zaman Rasulullah SAW tapi kita telah mendapat tempat di hati Baginda Rasulullah SAW..Rebutlah peluang yg ader sebaik mungkin dgn perbanyakan selawat keatasnya dan mengikuti sunnahnya yg ditinggalkan ..patuhilah ajaran Al-Quran agar Baginda mengenal kita di padang Masyar kelak utk mendapatkan syafaatnya..iaitu Umat yg Baginda SAW sebut2 kan didepan sahabatnya semasa zaman mereka....

SALAM JUMA'AT : KHUTBAH HARUS MENARIK..

Semoga Kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghayati raja bagi segala hari dalam setiap minggu.

Sempurnakan kerja sebaik mungkin dan bersedia untuk menerima nasihat serta mengambil pengajaran daripada khutbah dan solat Jumaat sebentar nanti.

Para khatib dan Jabatan agama Islam pula harus mengambil inisiatif untuk melakukan penambahbaikan terhadap khutbah Jumaat. Janganlah ulangi tajuk-tajuk yang tak selayaknya seperti 'kempen makanlah buah-buahan tempatan' dan sebagainya.

Isi khutbah juga mestilah bersifat semasa, global, dan sesuai dengan latar belakang kebanyakan masyarakat setempat. Ini bermakna satu teks khutbah itu tidak boleh digunakan utk kesemua kawasan kerana setiap kawasan mempunyai masalah dan latar belakang yg berlainan.

Ramai daripada kalangan khatib yang tidak mempunyai skil berkhutbah yang baik yg baik. Hanya membaca sahaja apa yang tertulis di atas kertas dengan nada yang sekata (mono-tonus) dan kadang-kala tersekat-sekat, seolah-olah teks tersebut baru dibacanya untuk pertama kali.

Ini adalah punca utama kenapa para jemaah menjadi hilang minat untuk mendengar dan ramai yang membuat keputusan untuk 'bertafakkur'.

Kuatkan semangat dan salam perjuangan..

TIADA ALASAN UNTUK KITA TIDAK SOLAT.

Allah telah memberikan kita Seumur Hidup sebagai Masa di dunia,

Lama sangatkah ?
Perlukan tenaga sangat kah ?
Susah sangat kah ?

Ingat,

"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali

(1) orang-orang yang beriman,
(2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran
(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".

Surah Al-'Asr.

WASIAT RASULLAH...

Sahabat Hikmah...
Ada wasiat Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kepada sahabatnya Mu'sdz bin Jabbal yang boleh di ambil pelajarannya seperti wasiat beliau kepada kita.

“Hai Mu’adz. Saya berwasiat kepadamu, agar kamu bertakwa kepada Allah, benar dalam berkata-kata, menepati janji, menunaikan amanat, meninggalkan khianat, menjaga tetangga, belas kasihan pada anak yatim, manis dalam berbicara, meratakan salam, bagus dalam bekerja, sedikit berangan-angan, menetapi keimanan, berusaha menjadi pandai dalam Al Qur’an, cinta akhirat, takut hari hisab dan merendahkan diri.

Saya melarang kepadamu memaki-maki seorang yang bijaksana, mendustakan orang yang benar, mengikuti orang yang berdosa, melawan pemimpin yang adil atau membuat kerusakan di bumi.

Saya berwasiat lagi kepadamu supaya kamu takwa kepada Allah dengan menjauhkan diri dari menyembah batu, pohon dan benda apapun.

Hendaklah kamu memperbarui taubat setiap melakukan dosa. Dosa rahasia hendaklah bertaubat dengan rahasia dan dosa yang terang-terangan, hendaklah bertaubat secara terang-terangan”.

SOLAT MALAM ADALAH TERAPI..

"Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa penat dan lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirah, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa.

Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (H.R. at-Tirmidzi)"

Wednesday, February 8, 2012

JGN PERCAYA TUKANG TILIK..

Rasulullah s.a.w bersabda:
'Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang tilik dan ia mempercayainya,maka sesungguhnya ia telah ingkar dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad.'(Riwayat Abu Daud,at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

SOLAT MALAM

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:- * Jauh daripada segala penyakit * Lahir kesan taqwa pada wajahnya * Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia * Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) * Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati) Sementara empat perkara di akhirat ialah:- * Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri * Dipermudahkan hisab * Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat * Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

BERTASBIH SELALU..

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Al-Israa' : 44"

HIDUP DAN MATI KU...

‎~8 PERISTIWA PENTING KETIKA KELAHIRAN DAN KEMATIAN~ 1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan. 2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur. 3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan. 4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara. 5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah. 6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap. 7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup. 8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-nantikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

3 KALI PANGGILAN..

Allah Swt hanya memanggil kita 3 kali sahaja seumur hidup :-

❀ Panggilan pertama adalah ketika AZAN ❀
Itu adalah panggilan Allah Swt yang pertama..Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita,sangat kuat terdengar..Ketika kita solat,sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah Swt ツ

❀ Panggilan yang kedua adalah Panggilan UMRAH / HAJI ❀
Panggilan ini bersifat halus..Allah Swt memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’..Hamba yang satu mendapat peluang yang berbeza dengan hamba yang lain,jalannya bermacam-macam..Yang tidak mempunyai wang jadi mempunyai wang,yang tidak merancang ternyata akan pergi,ada yang memang merancang dan terkabul perancangannya ツ

❀ Panggilan ketiga,adalah KEMATIAN ❀
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita..Pada kebanyakannya,Allah Swt tidak memberikan tanda-tanda secara langsung,dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan..Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh..Kerana itu,manfaatkan waktumu sebaik-baiknya ツ♥ الله ♥..

Tuesday, February 7, 2012

MUJAHIDAH SEJATI..

"Mujahidah sejati Intan permata mutiara mahkota Seindah pelangi di cakerawala Menghiasi taman indahnya permai Mujahidah sejati Engkaulah serikandi pembela agama Peribadi solehah hiasan diri Subur dengan iman dan ketaqwaan Mujahidah sejati akhirat utama Kerana dunia bukan pilihannya Mujahidah sejati hatinya berbeza Kerana diasuh iman dan taqwa Mujahidah sejati Berbekal al-quran dan as-sunnah Bersulam pengorbanan Bisa menggegarkan isi dunia Mujahidah sejati Terus subur mekar mewangi Seindah suria menerangi bumi Harapan ummah yang abadi Mujahidah sejati Menyoroti langkah Khadijah Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin Bbermujahadah, merebut cinta Dan kasih Allah Paras rupa bukannya ukuran Nilainya sama di sisi Tuhan Cuma ibadah yang membezakan Wanita solehah di sisi Tuhan Berhati-hatilah hasutan dunia Kerana ia merbahaya Jangan dibiarkan ia bertakhta Dalam iringan dosa-dosa..."

KIAMAT 2012...?

Masih ingat andaian kiamat 2012 ? Tahun ni kan?? JANGAN percaya lagi !!!!! Sebab Kiamat menurut Agama Islam ... ... ... ... ... ... ... ... - Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Keturunan Hazrat Isa (AS) - Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan, - Pemusnahan Kabah, - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap, - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak." Kita selalu kirim ribuan bende kat fb, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir. Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

Monday, February 6, 2012

ISTIMEWA MENGHAFAZ AL-QURAN

KEISTIMEWAAN PEMBACA DAN PENGHAFAZ AL-QURAN. Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga. Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi). Berada dalam rahmat Allah. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud). Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi) Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah. Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu ahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie). Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat. Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim) Dipakaikan mahkota pada hari kiamat. Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)

UJIAN DI DUNIA..MAMPUKAH?

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.

SOLAT DHUHA

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan umat Rasulullah saw...

Dikisahkan bahawa Nabi Adam A.S pernah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

• Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima di sebarang tempat oleh Allah SWT.

• Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

• Ketika aku telah menderhaka kepada Allah SWT, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

• Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT.

Kelebihan umat Rasulullah saw...

Dikisahkan bahawa Nabi Adam A.S pernah berkata, "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

• Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima di sebarang tempat oleh Allah SWT.

• Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

• Ketika aku telah menderhaka kepada Allah SWT, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

• Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT.

BILA KITA SALAH..

"Bila kita buat SALAH pada manusia, kita MINTA MAAF..kita ULANG BALIK kesalahan kita..dan kita minta maaf lagi, lama-lama orang SAKIT HATI dengan kita..tapi bila dengan ALLAH, Kita buat salah dan kita BERTAUBAT..kita ulang-ulang buat kesalahan, ALLAH masih TERIMA taubat kita..betapa ALLAH SAYANG kita, kita yang selalu TERLUPA akan hakikat tersebut..
KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA..kita masih diberi PELUANG kembali kepadaNYA dalam keadaan DIA redhakan.."

MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN.............

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'SAKARATUL MAUT'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam menghormati azan banyak fadhilatnya. Jika lagu diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut."YA ALLAH! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin.."

SESIAPA NAK BUAT MAKSIAT??

SIAPA NAK BUAT MAKSIAT BACA INI YA!! Jika kamu mahu menerima 5 syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat. Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?” Ibrahim bin Adham berkata, Syarat pertama jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?” Yang kedua, kata Ibrahim kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?” “Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Sunday, February 5, 2012

DAYUS..

APA itu dayus. !
Dayus ialah dimaksudkan kepada orang yang
membiarkan atau merelakan keluarganya
melakukan maksiat tanpa dicari jalan untuk
mencegahnya.Umpamanya seorang suami
membiarkan isterinya bergaul bebas dengan lelaki
bukan mahram.Sementara isteri pula merelakan
dirinya sebegitu.Atau kedua ibu bapa membiarkan
anak-anak mereka melakukan pergaulan bebas dan
melakukan maksiat.
Tahukah anda,bahawa perkara ini tergolong dalam
dosa besar.
Rasulullah s.a.w bersabda:
'Ada tiga golongan yang diharamkan oleh Allah
masuk syurga:iaitu peminum arak,orang yang
durhaka ibu bapa dan orang yang menggalak dan
mengekalkan kekejian(maksiat)pada keluarganya
(bersikap dayus).(Riwayat Ahmad,Al-Bazzar dan
Al-Hakim)

SEJARAH PERJUANGAN NABI SAW

Sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W. Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW adalah sebuah rentetan sejarah hidup yang panjang yang mengandungi pelbagai pengajaran dan pendoman untuk umat Islam. Sejarah kehidupan atau sirah baginda Rasulullah SAW dihiasi dengan kisah perjuangan yang tidak mengenal erti jemu, sebuah hakikat pengorbanan yang sangat tinggi, pergantungan dan kepasrahan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan contoh panduan yang hidup untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman. Inilah ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa segala apa yang dialami oleh Rasulullah SAW adalah contoh panduan kepada umat Islam. Keperibadian dan kehidupan baginda umpama “manual” panduan untuk dilihat dan dijadikan contoh oleh seluruh manusia dan seharusnya kita fahami bahawa baginda Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh dan ikutan. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” ( Al- Ahzab : 21) Rasulullah SAW telah berjaya membina satu ketamadunan yang hebat dan gemilang. Di dalam buku yang ditulis oleh seorang penulis barat iaitu Michael H. Hart, beliau telah meletakkan Nabi Muhammad SAW di tempat pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, malah ia mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History, menyatakan bahawa satu faktor yang menyebabkan Nabi Muhammad SAW menjadi insan berpengaruh adalah kerana kualiti yang ada pada diri baginda. Kualiti yang dimaksudkan ialah kualiti integriti dan kualiti kompetensi. Inilah yang menjadikan kehidupan baginda sangat signifikan kepada manusia lain terutamanya kepada para sahabat di bawah didikan Baginda. Di dalam Islam, kualiti ini kita namakan ia sebagai akhlakul karimah atau budi pekerti yang mulia. Bermula dari kualiti ini akhirnya Rasulullah SAW berjaya membentuk dan membina satu tamadun yang sangat gemilang dan dihormati seantero dunia. Sudah pasti terdapat satu rahsia yang perlu dilihat secara terperinci terhadap proses pembentukan ketamadunan Islam yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW kerana di dalam hanya masa yang singkat iaitu 23 tahun, Baginda berjaya mengasaskan dan membentuk satu ketamadunan yang mampu bertahan selama 1400 tahun! Justeru itu, melihat dan meneliti sejarah perjuangan Rasulullah SAW adalah menjadi keutamaan kita di dalam menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan murrabi di dalam perjuangan menegakan Islam. -Sejarah Sebelum Islam Sebelum zaman kedatangan Islam, kehidupan masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu berada dalam kehidupan yang porak peranda dan hilang aspek nilai kemanusiaannya. Masyarakat arab ketika itu, berada dalam keadaan yang jahil disebabkan sistem kemasyarakatan yang rosak dan penindasan sesama manusia itu berlaku secara berleluasa. Kerosakan ini berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dari segi ekonomi, perundangan dan juga sosial kehidupan. Di dalam buku sejarah, para ahli sejarahawan menamakan zaman ini sebagai zaman jahiliyah atau zaman kegelapan. Pada dasarnya, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki sifat-sifat positif seperti berani, setia, ramah, sederhana, cintakan kebebasan dan menghormati tetamu. Mereka juga mempunyai kelebihan-kelebihan lain seperti ingatan yang kuat dan pandai bersyair. Namun kerana sifat jahiliyah yang menyelimuti kehidupan mereka, segala kebaikan itu tenggelam dalam sifat keburukan. Mereka berpaling daripada kebenaran, menyembah berhala yang pelbagai jenis rupa dan bentuk, melanggar hak orang lain dan menindas sesama manusia. Kejahilan ini terus menyelubungi masyarakat jahiliyah sehingga kedatangan Nabi Muhammad SAW yang akhirnya telah mengubah kehidupan mereka. Cahaya keislaman itu telah menyinari kehidupan mereka yang gelap kepada kehidupan yang terang benderang dan akhirnya mereka dapat hidup dengan aman serta bahagia dipimpinan Rasulullah SAW. -Sejarah Semasa Zaman Rasulullah SAW Namun, selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW dengan membawa risalah kebenaran kepada masyarakat arab, kehidupan mereka berubah sama sekali. Risalah Islam yang benar ini telah mengubah kehidupan yang penuh dengan kegelapan kepada kehidupan yang disinari dengan cahaya keimanan kepada Allah SWT. Proses dakwah baginda Rasulullah SAW di Makkah telah menekankan kepada aspek keimanan kepada Allah SWT sebagai teras dan tunjang pembinaan masyarakat Islam yang tulen dan kukuh. Dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah seruan dan ajakan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW membina ummah Islam bermula dengan diri baginda seorang diri secara terancang sehinggalah lahirnya satu kelompok muslim yang beriman kepada Allah SWT dengan seluruh jiwa dan raga mereka. Mereka inilah generasi awal yang menerima didikan Rasulullah SAW secara terus-menerus sehinggalah mereka digelar sebagai “ sebaik-baik generasi” di dalam sejarah peradaban manusia. Firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran : 110 yang bermaksud : “ Kamu ( umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana (kamu) menyuruh berbuat yang maruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT. Sekiranya ahli kitab yang beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.” Di dalam usaha baginda mengajak kepada Islam, baginda telah melakukan proses pembinaan individu muslim secara terancang dan proses ini mengambil masa yang begitu lama. Proses pembentukan ini menekankan kepada proses penanaman aqidah dan keyakinan kepada Allah SWT secara mendalam. Proses pembinaan generasi unggul ini adalah berteraskan kepada proses pendidikan Islamiyah dan dakwah islamiyah secara tersusun dan terancang. Rasulullah SAW telah menggunakan beberapa kaedah untuk melaksanakan usaha dakwah ini. Antara perkara yang utama yang dilakukan ialah dengan menghimpunkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang bersih serta ikhlas untuk diproses dengan didikan keimanan kepada Allah SWT. Pemilihan individu ini tidak berlaku secara kebetulan, tetapi ia dilakukan secara sedar dan penuh keyakinan kepada Allah SWT. Proses penanaman aqidah ini berterusan sehinggalah jumlah generasi awal di bawah didikan Rasulullah SAW mulai bertambah dari satu masa ke satu masa. Dakwah peringkat rahsia ini mempunyai penekanan yang memfokuskan kepada proses didikan hati dan pembinaan individu muslim secara kolektif. Pendidikan yang dijalankan oleh baginda Rasulullah SAW adalah proses yang mensasarkan kepada pendidikan hati. Pendidikan hati ini ditekankan dengan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, keikhlasan dan ihsan kepada Allah SWT sehinggalah melahirkan suatu keperibadian yang murni dan berakhlak mulia. Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW adalah tunjang kepada pendidikan yang mendidik jiwa dan hati untuk patuh dan mengesakan Allah SWT. Pada peringkat ini, sumber rujukan baginda hanyalah Al-Quran semata-mata. Ini bertujuan untuk memastikan para sahabat generasi awal mendapat satu kefahaman yang benar-benar bersih dan tulen berkaitan Islam. Penekanan kepada sumber rujukan yang satu ini boleh digambarkan melalui satu sirah Rasulullah SAW. Pernah satu ketika Saidina Umar Al-Khattab membawa satu kitab yang dikatakan sebagai kitab Taurat untuk dijadikan bahan didikan Islam. Pada ketika itu, merah muka baginda Rasulullah SAW, dan sambil berkata : “ Sekiranya, Nabi Musa ada pada ketika ini, nescaya beliau juga mengikut aku.” -Zaman Ketamadunan Islam Zaman pemerintahan Islam sesudah wafatnya Rasulullah SAW diteruskan dengan gagasan pemerintan sistem Khalifah Islamiyah iaitu kepimpinan Khulafa’ Ar Rasyidin, Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Zaman ketamadunan ini melalui satu perjalanan pembinaan, perkembangan dan kejatuhan yang sangat panjang. Sejarah telah menunjukan peradaban ketamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangannya sehingga seluruh dunia mengenali dan mengakui kehebatan Ketamaduanan Islam. Pengasas kerajaan Bani Umaiyyah ialah Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.Pada zaman ini, perkembangan penyebaran Ilmu berkembang pesat terutamanya pada Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz.Penghasilan teknologi baru seperti Seni Ukir, sistem pengasing benda asing melalui aplikasi tarikan graviti dan juga kinci air. Kemudian sistem pemerintan Islam diteruskan dengan pemerintahan kerajaan Abbasiyah pada 763 M. Penubuhan Kota Baghdad sebagai Pusat pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyah telah menjadi dimensi perubahan kerajaan Islam ketika itu.Pada tahun 786 M merupakan zaman Keemasan Bani Abbasiyah ( Pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid dan Anaknya Al-Makmum). Ketika itu ilmu berkembang pesat dan masyarakat Islam sangat dihormati kerana kemajuan yang dikecapi oleh mereka. Pembinaan Baitul Hikmah telah merancakan lagi aktiviti penyebaran ilmu dalam peradaban tamadun Islam. Baitul Hikmah telah menjadi pusat penyebaran dan pengumpulan Ilmu yang mengandungi setengah juta jilid buku dan 36 buah perpustakaan. Dengan jumlah buku yang banyak ini, pihak pengurusan baitul hikmah yang memerlukan 120-400 ekor unta untuk pindahkan kesemua buku-buku itu ke suatu tempat. Pada era ini, lahirlah tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusdh dan ramai lagi. -Zaman keruntuhan Islam Setelah melalui sejarah ketamadunan yang panjang, umat Islam mengalami kemunduran dan perpecahan di kalangan mereka. Akhirnya ketamadunan Islam mengalami saat-saat keruntuhan dan kehancuran yang amat memilukan hati dan jiwa umat Islam seluruh dunia. Jika dilihat dan diamati, antara faktor keruntuhan ini adalah berpunca daripada Umat Islam itu sendiri. Bertarikh pada 3 Mac 1924, ia merupakan tarikh kesedihan dan saat yang memilukan ummat Islam seluruh dunia kerana pada tarikh ini runtuh dan berakhirnya sebuah empayar Islam yang selama ini memayungi pemerintahan kerajaan Islam di seluruh dunia. Keruntuhan kerajaan Turki Uthamaniyah memberi tamparan yang hebat kepada umat Islam dan ia telah memberi kesan yang sangat besar kepada sejarah umat Islam dalam sejarah dunia. Dalam kajian sejarah, punca-punca keruntuhan yang paling ketara ialah masalah perebutan kuasa di kalangan Khalifah Islam pada ketika itu, sikap sambil lewa pemerintah yang lebih sukakan hiburan serta mengejar kemewahan dan sekaligus menunjukan kepimpinan yang sangat lemah. Selain daripada itu, masalah konflik dalaman sesama umat Islam dan konflik luaran daripada musuh Islam itu sendiri, menambahkan lagi masalah kepimpinan Islam pada zaman tersebut untuk terus mengekalkan kegemilangan Islam. -Suasana Ummat Islam Kini Ketamadunan Islam telah melalui satu rentetan sejarah yang panjang bermula pada zaman Rasulullah SAW sehinggalah kepada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah yang berakhir dengan kejatuhan sistem khalifah islamiyah. Sejarah ketamadunan islam yang panjang ini, memberi kesan yang sangat mendalam kepada pembinaan, pembentukan dan keberadaan ketamadunan Islam sehingga kini. Kini, kita dapat lihat keadaan ummat Islam yang semakin hari semakin lemah dan tiada perpaduan di kalangan mereka sendiri. Kelemahan inilah yang banyak memberi kesan kepada kemajuan dan kemunduran umat Islam pada hari ini. Sekiranya, tiada usaha-usaha yang bersepadu ke arah pemulihan dan kebangkitan semula ketamadunan Islam ini, nescaya umat Islam akan terus berada dalam krisis perpecahan dan kehancuran. Negara Islam secara umumnya dan umat Islam secara khususnya, sangat lemah dari segi pelbagai bidang dan aspek. Jika kita nyatakan satu per satu bidang yang ada, tiada satu pun Negara Islam yang mampu menandingi Negara-negara barat yang ada di dunia ini. Hampir semua aspek umat Islam lemah. Antaranya, aspek ekonomi, pendidikan, keilmuan, pembangunan Negara, dan sebagainya. Satu contohnya mudah, dari segi ekonomi dan pembangunan, tidak ada satu pun Negara Islam yang tersenarai dalam negara yang maju dan hanya beberapa buah Negara Islam sahaja yang terletak dalam senarai Negara yang membangun. -Penyelesaian Ke Arah Kebangkitan Islam Justeru itu, usaha ke arah pemulihan ini harus dimulakan dan diteruskan sehinggalah umat Islam kembali kepada acuan yang sebenar seperti yang digariskan oleh Allah SWT. Sekiranya kita kembali kepada sejarah yang dinyatakan di atas, kita akan dapati formula untuk membina dan membentuk sesuatu generasi dan tamadun itu telah pun ditunjukan serta dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW. Seharusnya, jalan, kaedah, cara dan juga panduan yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW dijadikan kaedah utama dalam membentuk generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Perkara inilah yang seharusnya menjadi perkara utama yang kita tekankan dan fokuskan sekiranya kita ingin membina semula generasi Islam yang dapat mengembalikan kegemilangan Islam. Fokus penekanan Rasulullah SAW adalah membangunkan sumber manusia itu sendiri. Inilah modal utama pembangunan dan pembinaan ketamadunan Islam. Peringkat awal perkembangan Islam, tapak asas kepada tamadunan Islam yang dibina oleh Rasulullah SAW adalah penanaman ‘aqidah yang jitu dan kukuh di dalam jiwa dan hati para sahabat dan pengikut Rasulullah SAW. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi tonggok utama kepada penyebaran dan perjuangan Rasulullah SAW di dalam mengerakan jentera dakwah selepas era dakwah rahsia kepada dakwah terbuka. Seharusnya, pembinaan sumber manusia bermula dengan aspek aqidah dan kepercayaan ini. Ia boleh diserapkan melalui proses pendidikan kerohanian dan ini wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh Ummat Islam di dalam kehidupan seharian mereka. Seharusnya inilah penghayatan yang perlu dilakukan oleh Umat Islam dalam mencontohi perjuangan Rasulullah SAW. Sunnah yang paling besar yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW adalah perjuangan dan penyebaran ajaran Islam itu sendiri. Lantas, segala kehidupan yang ditunjukan oleh baginda mestilah difahami, dihayati dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian secara penuh sedar dan faham. Inilah kejayaan utama yang harus dilihat secara serius dan seterusnya dilakukan sebagai agenda utama dalam kehidupan kita. Jika Ada Salah Dan Silap.. Sila Lah Tegur.. Dan Maafkan Kami Jika Ada Salah Dan Silap.. Kepada Yang Nak Share.. Nak Tag.. Silakan.. Tak Perlu Minta Izin.. Kami Benarkan.. Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya.. Wallahu a'lam...