Thursday, February 9, 2012

SALAM JUMA'AT : KHUTBAH HARUS MENARIK..

Semoga Kita lebih bertenaga dan bersemangat untuk menghayati raja bagi segala hari dalam setiap minggu.

Sempurnakan kerja sebaik mungkin dan bersedia untuk menerima nasihat serta mengambil pengajaran daripada khutbah dan solat Jumaat sebentar nanti.

Para khatib dan Jabatan agama Islam pula harus mengambil inisiatif untuk melakukan penambahbaikan terhadap khutbah Jumaat. Janganlah ulangi tajuk-tajuk yang tak selayaknya seperti 'kempen makanlah buah-buahan tempatan' dan sebagainya.

Isi khutbah juga mestilah bersifat semasa, global, dan sesuai dengan latar belakang kebanyakan masyarakat setempat. Ini bermakna satu teks khutbah itu tidak boleh digunakan utk kesemua kawasan kerana setiap kawasan mempunyai masalah dan latar belakang yg berlainan.

Ramai daripada kalangan khatib yang tidak mempunyai skil berkhutbah yang baik yg baik. Hanya membaca sahaja apa yang tertulis di atas kertas dengan nada yang sekata (mono-tonus) dan kadang-kala tersekat-sekat, seolah-olah teks tersebut baru dibacanya untuk pertama kali.

Ini adalah punca utama kenapa para jemaah menjadi hilang minat untuk mendengar dan ramai yang membuat keputusan untuk 'bertafakkur'.

Kuatkan semangat dan salam perjuangan..

No comments:

Post a Comment