Monday, February 27, 2012

DARI KERANA AIR MATA...

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan. Apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya, air mata dapat memadamkan lautan api NERAKA" Ada 10 JeNis TangiSan: * Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.. * Menangis kerana rasa takut * Menangis kerana Cinta * Menangis kerana gembira * Menangis kerana menghadapi penderitaan * Menangis kerana terlalu sedih * Menangis kerana berasa hina dan lemah * Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang * Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis * Menangis orang munafik: pura-pura menangis AiR Mata yang TIDAK Dituntut!!! * Janganlah menangis jika cita-cita tidak tercapai. Bukankah ALLAH SWT yang telah menentukan?? * Janganlah menangis kerana menonton filem Hindustan, Sinetron atau apa-apa sahaja kerana itu cuma lakonan. * Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan. * Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan. * Janganlah menangis jika wang kita hilang di jalanan, kerana mungkin kita kurang bersedekah membuat amalan. * Janganlah menangis jika tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian ALLAH SWT. Simpanlah semua air mata dan tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati sehingga sukar menerima hidayah dari ALAH SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya, iaitu di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan semoga akan mendapat keampunanNya.

No comments:

Post a Comment