Thursday, April 19, 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh” Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM” Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“. * Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.” * Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. * Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.. Sekian, semoga ada manfaatnya

Alangkah Beruntungnya Orang Yang Membaca Al-Quran

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke surga atau ke neraka. Terlampau banyak faedah membaca al Quraan untuk keselamatan, kebahagiaan, perlindungan dunia dan akhirat sebagaimana yang dijanjikan Allah swt. Jika hendak dihuraikan di ruang yang terhad ini agaklah sukar kerana teramat banyaknya. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan quraan dan hadis tentang faedah2 membaca al quraan. Di antaranya: 1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, 2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya. 3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat. 4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat 5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut 6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw 7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat 8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan 9. Mententeram jiwa yang resah 10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi 11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat". 12. Dapat membina akhlak yang baik 13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim) 14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. 15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan. 16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan. 17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah. 18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya. 19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.

Friday, April 13, 2012

Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. - Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. - Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. - Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. - Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. - Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. - Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. - Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. - Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. - Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. - Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”. ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. - Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. - Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. - Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. - ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. - Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. - Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. - Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. - Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. - Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. - Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. - Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. - Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. - Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. - Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. - Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. Sumber: Amar Sufi

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat,dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Wednesday, April 11, 2012

KISAH WAHABI..BE

Kisah Syaikh Abdurrahman bin Nashir al-Sa’di (Ulama Wahabi ) dan al-Imam al-Sayyid ‘Alwi bin Abbas al-Maliki al-Hasani Syaikh Muhammad bin Shalih al-’Utsaimin–ulama Wahabi kontemporer yang sangat populer–mempunyai seorang guru yang sangat alim dan kharismatik di kalangan kaum Wahabi, yaitu Syaikh Abdurrahman bin Nashir al-Sa’di, yang dikenal dengan julukan Syaikh Ibnu Sa’di. Ia memiliki banyak karangan, di antaranya yang paling populer adalah karyanya yang berjudul, Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, kitab tafsir setebal 5 jilid, yang mengikuti manhaj pemikiran Wahabi. Meskipun Syaikh Ibnu Sa’di, termasuk ulama Wahabi yang ekstrim, ia juga seorang ulama yang mudah insyaf dan mau mengikuti kebenaran, dari manapun kebenaran itu datangnya. Suatu ketika, al-Imam al-Sayyid ‘Alwi bin Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahanda Abuya al-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki) sedang duduk-duduk di serambi Masjid al-Haram bersama halaqah pengajiannya. Sementara di bagian lain serambi Masjidil Haram tersebut, Syaikh Ibnu Sa’di juga duduk-duduk. Sementara orang-orang di Masjidil Haram larut dalam ibadah shalat dan tawaf yang mereka lakukan. Pada saat itu, langit di atas Masjidil Haram penuh dengan mendung yang menggelantung, sepertinya sebentar lagi akan turun hujan yang sangat lebat. Tiba-tiba air hujan itu pun turun dengan lebatnya. Akibatnya, saluran air di atas Ka’bah mengalirkan airnya dengan derasnya. Melihat air begitu deras dari saluran air di atas kiblat kaum Muslimin yang berbentuk kubus itu, orang-orang Hijaz seperti kebiasaan mereka, segera berhamburan menuju saluran itu dan mengambil air tersebut, dan kemudian mereka tuangkan ke baju dan tubuh mereka, dengan harapan mendapatkan berkah dari air itu. Melihat kejadian tersebut, para polisi pamong praja Kerajaan Saudi Arabia, yang sebagian besar berasal dari orang Baduwi daerah Najd itu, menjadi terkejut dan mengira bahwa orang-orang Hijaz tersebut telah terjerumus dalam lumpur kesyirikan dan menyembah selain Allah SWT. Akhirnya para polisi pamong praja itu berkata kepada orang-orang Hijaz yang sedang mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air Ka’bah itu, “Jangan kalian lakukan wahai orang-orang musyrik. Itu perbuatan syirik. Itu perbuatan syirik.” Mendengar teguran para polisi pamong praja itu, orang-orang Hijaz itu pun segera berhamburan menuju halaqahal-Imam al-Sayyid ‘Alwi al-Maliki al-Hasani dan menanyakan prihal hukum mengambil berkah dari air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu. Ternyata Sayyid ‘Alwi membolehkan dan bahkan mendorong mereka untuk melakukannya. Akhirnya untuk yang kedua kalinya, orang-orang Hijaz itu pun berhamburan lagi menuju saluran air di Ka’bah itu, dengan tujuan mengambil berkah air hujan yang jatuh darinya, tanpa mengindahkan teguran para polisi baduwi tersebut. Bahkan mereka berkata kepada para polisi baduwi itu, “Kami tidak akan memperhatikan teguran Anda, setelah Sayyid ‘Alwi berfatwa kepada kami tentang kebolehan mengambil berkah dari air ini.” Akhirnya, melihat orang-orang Hijaz itu tidak mengindahkan teguran, para polisi baduwi itu pun segera mendatangi halqah Syaikh Ibnu Sa’di, guru mereka. Mereka mengadukan perihal fatwa Sayyid ‘Alwi yang menganggap bahwa air hujan itu ada berkahnya. Akhirnya, setelah mendengar laporan para polisi Baduwi, yang merupakan anak buahnya itu, Syaikh Ibnu Sa’di segera mengambil selendangnya dan bangkit menghampirihalqah Sayyid ‘Alwi dan duduk di sebelahnya. Sementara orang-orang dari berbagai golongan, berkumpul mengelilingi kedua ulama besar itu. Dengan penuh sopan dan tata krama layaknya seorang ulama, Syaikh Ibnu Sa’di bertanya kepada Sayyid ‘Alwi: “Wahai Sayyid, benarkah Anda berkata kepada orang-orang itu bahwa air hujan yang turun dari saluran air di Ka’bah itu ada berkahnya?” Sayyid ‘Alwi menjawab: “Benar. Bahkan air tersebut memiliki dua berkah.” Syaikh Ibnu Sa’di berkata: “Bagaimana hal itu bisa terjadi?” Sayyid ‘Alwi menjawab: “Karena Allah SWT berfirman dalam Kitab-Nya tentang air hujan: وَنَزَّلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۭ مُّبَرَكًۭا “Dan Kami turunkan dari langit air yang mengandung berkah.” (QS. 50:9). Allah SWT juga berfirman mengenai Ka’bah: إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍۢ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكًۭا وَهُدًۭى لِّلْعَلَمِينَ ﴿٩٦﴾ “Sesungguhnya rumah yang pertama kali diletakkan bagi umat manusia adalah rumah yang ada di Bekkah (Makkah), yang diberkahi (oleh Allah).” (QS. 3:96). Dengan demikian air hujan yang turun dari saluran air di atas Ka’bah itu memiliki dua berkah, yaitu berkah yang turun dari langit dan berkah yang terdapat pada Baitullah ini.” Mendengar jawaban tersebut, Syaikh Ibnu Sa’di merasa heran dan kagum kepada Sayyid ‘Alwi. Kemudian dengan penuh kesadaran, mulut Syaikh Ibnu Sa’di itu melontarkan perkataan yang sangat mulia, sebagai pengakuannya akan kebenaran ucapan Sayyid ‘Alwi: “Subhanallah (Maha Suci Allah), bagaimana kami bisa lalai dari kedua ayat ini.” Kemudian Syaikh Ibnu Sa’di mengucapkan terima kasih kepada Sayyid ‘Alwi dan meminta izin untuk meninggalkan halqah tersebut. Namun Sayyid ‘Alwi berkata kepada Syaikh Ibnu Sa’di: “Tenang dulu wahai Syaikh Ibnu Sa’di. Aku melihat para polisi Baduwi itu mengira bahwa apa yang dilakukan oleh kaum Muslimin dengan mengambil berkah air hujan yang mengalir dari saluran air di Ka’bah itu sebagai perbuatan syirik. Mereka tidak akan berhenti mengkafirkan orang dan mensyirikkan orang dalam masalah ini sebelum mereka melihat orang yang seperti Anda melarang mereka. Oleh karena itu, sekarang bangkitlah Anda menuju saluran air di Ka’bah itu, lalu ambillah air di situ di depan para polisi baduwi itu, sehingga mereka akan berhenti mensyirikkan orang lain.” Akhirnya mendengar saran Sayyid ‘Alwi tersebut, Syaikh Ibnu Sa’di segera bangkit menuju saluran air di Ka’bah. Ia basahi pakaiannya dengan air itu, dan ia pun mengambil air itu untuk diminumnya dengan tujuan mengambil berkahnya. Melihat tingkah laku Syaikh Ibnu Sa’di ini, para polisi Baduwi itu pun pergi meninggalkan Masjidil Haram dengan perasaan malu. Semoga Allah SWT merahmati Sayyidina al-Imam ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki al-Hasani. Amin. Kisah ini disebutkan oleh Syaikh Abdul Fattah Rawwah, dalam kitab Tsabat (kumpulan sanad-sanad keilmuannya). Beliau termasuk salah seorang saksi mata kejadian itu.

51 KeUtamaan BerZikir..

51 Keutamaan berdzikir. (1) Mengusir syaitan. (2) Mendatangkan redho Ar Rahman. (3) Menghilangkan gelisah dan hati yang gundah gulana. (4) Hati menjadi gembira dan lapang/tenang. (5) Menguatkan hati dan badan. (6) Menerangi hati dan wajah menjadi bersinar. (7) Mendatangkan rezeki. (8) Orang yang berdzikir akan merasakan manisnya iman dan keceriaan. (9) Mendatangkan cinta Ar Rahman yang merupakan ruh Islam. (10) Mendekatkan diri pada Allah sehingga memasukkannya pada golongan orang yang berbuat ihsan yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihatnya. (11) Mendatangkan inabah, yaitu kembali pada Allah ‘azza wa jalla. Semakin seseorang kembali pada Allah dengan banyak berdzikir pada-Nya, maka hatinya pun akan kembali pada Allah dalam setiap keadaan. (12) Seseorang akan semakin dekat pada Allah sesuai dengan kadar dzikirnya pada Alalh ‘azza wa jalla. Semakin ia lalai dari dzikir, ia pun akan semakin jauh dari-Nya. (13) Semakin bertambah ma’rifah (mengenal Allah). Semakin banyak dzikir, semakin bertambah ma’rifah seseorang pada Allah. (14) Mendatangkan rasa takut pada Rabb ‘azza wa jalla dan semakin menundukkan diri pada-Nya. Sedangkan orang yang lalai dari dzikir, akan semakin terhalangi dari rasa takut pada Allah. (15) Meraih apa yang Allah sebut dalam ayat, فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ “Maka ingatlah pada-Ku, maka Aku akan mengingat kalian.” (QS. Al Baqarah: 152). Seandainya tidak ada keutamaan dzikir selain yang disebutkan dalam ayat ini, maka sudahlah cukup keutamaan yang disebut. (16) Hati akan semakin hidup. Ibnul Qayyim pernah mendengar gurunya, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, الذكر للقلب مثل الماء للسمك فكيف يكون حال السمك إذا فارق الماء ؟ “Dzikir pada hati semisal air yang dibutuhkan ikan. Lihatlah apa yang terjadi jika ikan tersebut lepas dari air?” (17) Hati dan ruh semakin kuat. Jika seseorang melupakan dzikir maka keadaannya seperti badan yang hilang kekuatan. Ibnul Qayyim rahimahullah menceritakan bahwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah sesekali pernah solat Shubuh dan beliau duduk berdzikir pada Allah Ta’ala sampai beranjak siang. Setelah itu beliau berpaling padaku dan berkata, ‘Ini adalah kebiasaanku di pagi hari. Jika aku tidak berdzikir seperti ini, hilanglah kekuatanku’ –atau perkataan beliau yang semisal ini-. (18) Dzikir menjadikan hati semakin bersinar yang sebelumnya berkarat. Karatnya hati adalah disebabkan kerana lalai dari dzikir pada Allah. Sedangkan bersinarnya hati adalah dzikir, taubat dan istighfar. (19) Menghapus dosa, kerana dzikir adalah kebaikan terbesar dan kebaikan akan menghapus keburukkan. (20) Menghilangkan kerisauan. Kerisauan ini dapat dihilangkan dengan dzikir pada Allah. (21) Ketika seorang hamba rajin mengingat Allah, maka Allah akan mengingat dirinya di saat hambaNya memerlukan. (22) Jika seseorang mengenal Allah dalam keadaan lapang, Allah akan mengenalnya dalam keadaan sempit. (23) Menyelamatkan seseorang dari adzab neraka. (24) Dzikir menyebabkan turunnya sakinah (ketenangan), naungan rahmat, dan dikelilingi oleh malaikat. (25) Dzikir menyebabkan lisan semakin sibuk sehingga terhindar dari ghibah (menggunjing), namimah (adu domba), dusta, perbuatan keji dan batil. (26) Majlis dzikir adalah majlis para malaikat dan majlis orang yang lalai dari dzikir adalah majlis syaitan. (27) Orang yang berdzikir begitu bahagia, begitu pula ia akan membahagiakan orang-orang di sekitarnya. (28) Akan memberikan rasa aman bagi seorang hamba dari kerugian di hari kiamat. (29) Tangisan orang yang berdzikir, maka Allah akan memberikan naungan ‘Arasy' padanya di hari kiamat yang amat panas. (30) Sibuknya seseorang pada dzikir adalah sebab Allah memberi untuknya lebih dari yang diberikan pada peminta-minta. (31) Dzikir adalah ibadah yang paling ringan, namun ibadah tersebut amat mulia. (32) Dzikir adalah tanaman syurga. (33) Pemberian dan keutamaan yang diberikan pada orang yang berdzikir, tidak diberikan pada amalan lainnya. (34) Sentiasa berdzikir pada Allah menyebabkan seseorang tidak mungkin melupakan-Nya. Orang yang melupakan Allah adalah sebab sengsara dirinya dalam kehidupannya dan di hari ia dikembalikan. Seseorang yang melupakan Allah menyebabkan ia melupakan dirinya dan maslahat untuk dirinya. Allah Ta’ala berfirman, وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka Itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al Hasyr: 19) (35) Dzikir adalah cahaya bagi pemiliknya di dunia, kubur, dan hari berbangkit. (36) Dzikir adalah ro’sul umuur (inti segala perkara). Siapa yang dibukakan baginya kemudahan dzikir, maka ia akan memperoleh berbagai kebaikan. Siapa yang luput dari pintu ini, maka luputlah ia dari berbagai kebaikan. (37) Dzikir akan memperingatkan hati yang tertidur lelap. Hati akan menjadi sedar dengan dzikir. (38) Orang yang berdzikir akan semakin dekat dengan Allah dan bersama dengan-Nya. Kebersamaan di sini adalah dengan kebersamaan yang khusus, bukan hanya sekedar Allah itu bersama dalam erti mengetahui atau meliputi. Namun kebersamaan ini menjadikan lebih dekat, mendapatkan perwalian, cinta, pertolongan dan taufik Allah. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman, إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. An Nahl: 128) وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ “Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah: 249) وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ “Dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al ‘Ankabut: 69) لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا “Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita.” (QS. At Taubah: 40) (39) dzikir itu dapat menyamai seseorang yang memerdekakan budak, menafkahkan harta, dan menunggang kuda di jalan Allah, serta juga dapat menyamai seseorang yang berperang dengan pedang di jalan Allah. Sebagaimana terdapat dalam hadits, مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ . فِى يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku, wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syain qodiir dalam sehari sebanyak 100 kali, maka itu seperti memerdekakan 10 budak.”[1] (40) dzikir adalah inti dari bersyukur. Tidaklah bersyukur pada Allah Ta’ala orang yang enggan berdzikir. Nabi SAW bersabda pada Mu’adz, « يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ ». فَقَالَ « أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ » “Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku mencintaimu. Demi Allah, aku mencintaimu.” Lantas Nabi SAW bersabda, “Aku menasihatkan kepadamu –wahai Mu’adz-, janganlah engkau tinggalkan di setiap akhir solat bacaan ‘Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah tolonglah aku untuk berdzikir dan bersyukur serta beribadah yang baik pada-Mu).”[2] Dalam hadits ini digabungkan antara dzikir dan syukur. Begitu pula Allah Ta’ala menggabungkan antara keduanya dalam firman Allah Ta’ala, فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ “Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152). Hal ini menunjukkan bahwa penggabungan dzikir dan syukur merupakan jalan untuk meraih bahagia dan keberuntungan. (41) Makhluk yang paling mulia adalah yang bertakwa yang lisannya selalu basah dengan dzikir pada Allah. Orang seperti inilah yang menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Ia pun menjadikan dzikir sebagai syi’arnya. (42) Hati itu ada yang keras dan meleburnya dengan berdzikir pada Allah. Oleh karena itu, siapa yang ingin hatinya yang keras itu sembuh, maka berdzikirlah pada Allah. Ada yang berkata kepada Al Hasan, “Wahai Abu Sa’id, aku mengadukan padamu akan kerasnya hatiku.” Al Hasan berkata, “Lembutkanlah dengan dzikir pada Allah.” Kerana hati ketika semakin lalai, maka semakin keras hati tersebut. Jika seseorang berdzikir pada Allah, cairlah kekerasan hati tersebut sebagaimana timah itu mencair dengan api. Maka kerasnya hati akan cair semisal itu, yaitu dengan dzikir pada Allah SWT. (43) Dzikir adalah bat hati sedangkan lalai dari dzikir adalah penyakit hati. Ubat hati yang sakit adalah dengan berdzikir pada Allah. Mak-huul, seorang tabi’in, berkata, “Dzikir kepada Allah adalah ubat (bagi hati). Sedangkan sibuk membicarakan (‘aib) manusia, itu adalah penyakit.” (44) Tidak ada sesuatu yang membuat seseorang mudah meraih nikmat Allah dan selamat dari murka-Nya selain dzikir pada Allah. Jadi dzikir adalah sebab datangnya dan tertolaknya murka Allah. Allah Ta’ala berfirman, وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7). Dzikir adalah inti syukur sebagaimana telah disinggung sebelumnya. Sedangkan syukur akan mendatangkan nikmat dan semakin bersyukur akan membuat nikmat semakin bertambah. (45) dzikir menyebabkan datangnya shalawat Allah dan malaikatnya bagi orang yang berdzikir. Dan siapa saja yang mendapat shalawat (pujian) Allah dan malaikat, sungguh ia telah mendapatkan keuntungan yang besar. Allah Ta’ala berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (41) وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (42) هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا (43) “Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (QS. Al Ahzab: 41-43) (46) dzikir kepada Allah adalah pertolongan besar agar seseorang mudah melakukan ketaatan. Karena Allah-lah yang menjadikan hamba mencintai amalan taat tersebut, Dia-lah yang memudahkannya dan menjadikan terasa nikmat melakukannya. Begitu pula Allah yang menjadikan amalan tersebut sebagai penyejuk mata, terasa nikmat dan ada rasa gembira. Orang yang rajin berdzikir tidak akan mendapati kesulitan dan rasa berat ketika melakukan amalan taat tersebut, berbeza halnya dengan orang yang lalai dari dzikir. Demikianlah banyak bukti yang menjadi saksi akan hal ini. (47) dzikir pada Allah akan menjadikan kesulitan itu menjadi mudah, suatu yang terasa jadi beban berat akan menjadi ringan, kesulitan pun akan mendapatkan jalan keluar. Dzikir pada Allah benar-benar mendatangkan kelapangan setelah sebelumnya tertimpa kesulitan. (48) dzikir pada Allah akan menghilangkan rasa takut yang ada pada jiwa dan ketenangan akan selalu diraih. Sedangkan orang yang lalai dari dzikir akan selalu merasa takut dan tidak pernah merasakan rasa aman. (49) dzikir akan memberikan seseorang kekuatan sampai-sampai ia bisa melakukan hal yang menakjubkan. Itulah karena disertai dengan dzikir. Contohnya adalah Ibnu Taimiyah yang sangat menakjubkan dalam perkataan, tulisannya, dan kekuatannya. Tulisan Ibnu Taimiyah yang ia susun sehari sama halnya dengan seseorang yang menulis dengan menyalin tulisan selama seminggu atau lebih. Begitu pula di medan peperangan, beliau terkenal sangat kuat. Inilah suatu hal yang menakjubkan dari orang yang rajin berdzikir. (50) orang yang senantiasa berdzikir ketika berada di jalan, di rumah, di lahan yang hijau, ketika safar, atau di berbagai tempat, itu akan membuatnya mendapatkan banyak saksi di hari kiamat. Karena tempat-tempat tadi, gunung dan tanah, akan menjadi saksi bagi seseorang di hari kiamat. Kita dapat melihat hal ini pada firman Allah Ta’ala, إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5) “Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.” (QS. Az Zalzalah: 1-5) (51) jika seseorang menyibukkan diri dengan dzikir, maka ia akan dilalaikan dari perkataan yang batil seperti ghibah (menggunjing), namimah (mengadu domba), perkataan sia-sia, memuji-muji manusia, dan mencela manusia. Karena lisan sama sekali tidak boleh diam. Lisan boleh jadi adalah lisan yang rajin berdzikir dan boleh jadi adalah lisan yang lalai. Keadaan lisan adalah salah satu di antara dua keadaan tadi. Ingatlah bahwa jiwa jika tidak tersibukkan dengan kebenaran, maka pasti akan tersibukkan dengan hal yang sia-sia.[3] Alhamdulillahilladzi bi ni'matihi tatimmush sholihaat....

Wednesday, March 28, 2012

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125) Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.” Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

Sunday, March 25, 2012

5 Petua Kejayaan ..

Syaqiq Al-Balhi berkata : "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatkannya dalam lima perkara juga. Pertama, aku mencari keberkatan dalam rezeki , dan aku mendapatkannya didalam solat Dhuha. Kedua , aku mencari lampu untuk menerangi kubur , dan aku mendapatkannya didalam solat malam . Ketiga, aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat MUnkar dan Nakir ,aku mendapatkannya didalam membaca kitab suci Al-Quran Keempat , aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim , aku telah mendapatkannya di dalam puasa dan sedekah. Kelima , aku mencari perlindungan dibawah Arasy , aku mendapatkannya didalam khalwat yakni beribadah ditempat sunyi.

ROHANI DAN JASMANI

"Manusia terdiri dari jasmani dan rohani dan yang satu saling memerlukan yang lain. Bila jasmani tidak sempurna, rohani (roh) tidak dapat berperan banyak, sebaliknya bila roh tidak sihat, maka jasmani pun akan merana.

Sebuah hadis Rasulullah saw menerangkan:
"Sesungguhnya pada diri manusia itu ada segumpal darah, bila ia baik, baik pulalah jasad manusia; dan apabila ia buruk, maka buruklah jasad itu seluruhnya, dia itu adalah hati".

Hati bagi manusia adalah terletak segala hajat, sejak dari rasa ingin sampai kepada rasa nikmat, semuanya berpusat pada hati. Tidak jarang janji seorang dipagi hari tahu-tahu berubah pada petang harinya. Begitu pula halnya dengan keimanan, kadang-kadang sempurna dipagi hari lantas kadarnya surut pada petang harinya.
"

IMAN BUKAN UCAPAN DI LIDAH

"IMAN menurut pengertian yang sesungguhnya ialah kepercayaan yang meresap kedalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.
Jadi, iman itu bukanlah semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman.

Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya, bahwa dia orang beriman (mukmin), kerana banyak pula orang-orang munafik (beriman palsu) yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedang hatinya tidak percaya.

sebagai disebutkan dalam firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 8-9"

Saturday, March 24, 2012

KETIKA DI LIANG LAHAD

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengkebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengkebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga. Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Thursday, March 22, 2012

SEPATAH KATA PUTUS...

Sepatah kata rindu yang terucap dari suara hati ku,
terbawa oleh angin malam dalam mimpi indah mu..
Semakin berulang kata rindu terucap dalam benak ku,
Semakin aku terbangun memikirkan mu..

Rasa rindu ini berkecamuk dalam sanubari,
membuat raga ini tak berdaya,
melawan bayangan wajah mu yang selalu mengikuti ku..

Semakin hari
rasa kerinduan ini merusak sayap-sayap patahku,
semakin aku terbang jauh ke langit ketujuh
lalu jatuh terhempas kehadapanmu..

Sebuah kata rindu yang tidak dapat dilukiskan
oleh seribu bait-bait syair seorang pujangga tanpa nama..
Sebuah kata rindu yang tidak dapat diukir
oleh seribu pahatan seorang seniman tanpa nama..

Biarlah senandung kisah rindu ini
slalu menemani khayalan ku..
Saat aku berbicara pada dinding – dinding kamar
menyebut nama mu selalu.. —"

Ayat 1000 Dinar (TerjemahanNya)

"Baginda kesayangan diri kita SAW,menjagar diri kita dengan satu Doa kemurahan rezeki yang melimpah ruah,

DOANYA,

" Ya Allah, sesungguhnya segala waktu itu waktu Mu,

kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah,

jika haram, sucikanlah

dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu waktumu itu dan ini adanya, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepada diri ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Sempurna dunia dan Akhiratnya."...Amiinn Ya Allah Ya Rob bal alamiinnn ."

Wednesday, March 21, 2012

Nasihat Imam Syafie

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah : 1. Imam al-Syafie pernah bersyair: Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’ 2.Beliau Berkata : Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.” Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah : 1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. 2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar. 3. Melakukan amalan-amalan sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh. 4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya. 5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Tuesday, March 13, 2012

10 mayat yg tak akan reput

"10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia."

9 WALI SONGO..

"Walisongo atau Walisanga dikenali sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. "Walisongo" bererti sembilan orang wali.

Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain."

10 Anugerah Allah SWT paling Berharga...

PENDAPAT DARIPADA ABU BAKAR AS-SIDDIQ:

1. Sentiasa bersikap jujur dengan disertai hati yang bersifat Qana'ah'.
(rela dan menerima pemberian Allah subhanahu wata’ala apa adanya)

2. Sabar yang sempurna disertai dengan selalu bersyukur. Rasulullah bersabda:
Iman yang paling Utama adalah sabar dan pemurah – H.R. Dailami.

3. Sentiasa bersifat fakir dan zuhud kepada Allah SWT.

4. Sentiasa berfikir kepada Allah berserta dengan perut yang kosong.

5. Sentiasa bersedih disertai dengan sifat takut yang berterusan. Rasulullah SAW bersabda: Mencukupi bagi seseorang dengan ilmunya,bila ia takut kepada Allah dan mencukupilah bagi seseorang kebodohannya,bila dia berbangga dengan dirinya. (H.R. Baihaqi).

6. Sentiasa zuhud yang disertai dengan sifat Tawaduk.

7. Sentiasa bersifat ramah yang disertai dengan kasih sayang.

8. Sentiasa Cinta kepada Allah Azzawajalla yang dihiasi dengan sifat malu.

9. Memiliki ilmu yang bermanfaat yang disertai dengan amalan yang berterusan.

10. Sentiasa beriman dengan Allah SWT yang disertai dengan akal yang sempurna dan tetap."

Monday, March 12, 2012

KETIKA DALAM KESUSAHAH..

Assalamualaikum

Ketika kesalahan tak sengaja dilakukan. Ketika beban dosa terasa menghimpit badan. Ketika rasa bersalah mengalir ke seluruh pembuluh darah. Ketika penyesalan menenggelamkan diri dalam air mata kesedihan. Apa yang dapat dilakukan untuk meringankan beban jiwa ini?

Rasulullah bersabda, “Ikutilah kesalahan dengan amal baik, niscaya ia akan menghapus dosa-dosamu.”

salam sapa malam"

Sunday, March 11, 2012

MENGHATAM QURAN DGN SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat2nya r.a.. Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat wahai Baginda kesayang kami SAW. Kemudiannya Sayyidina Ali r.a. mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali r.a. membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali adalh BENAR. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran karena itu sama dengan membaca 30 juz Al-Quran."...aminn TQ YA ALLAH SWT N TQ YA RASULLULLAH SAW .

Friday, March 9, 2012

Saat kerinduan...

Saat kerinduan hadir dalam jiwa
Ku tak sanggup menyapa
Hanya ku titipkan sebuah syair
Pada angin yang bersemilir

kemana harus ku mengadu tentang rinduku
Selain ke padaMu
kemana ku sandarkan harap cinta
selain kepada Mu sang maha cinta

Kuatkan hatiku wahai Sang pemilik hati
agar tak goyah berpaling dariMu yaa Robbi

Thursday, March 8, 2012

AKIBAT TERLALU DEKAT...

~ Akibat Terlalu Dekat ~ Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan di genggamnya di dalam tangannya. " Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata si pelanggan itu menunjukkan genggamannya. " Cuba berikan aku bayangan," pinta penjual telur. " Benda ini bentuknya seperti telur," ujar si pelanggan. " Lagi?" tanya si penjual. " Warnanya seperti telur." " Lagi?" rayu penjual telur itu. Pelanggan itu menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata : " Belum cukup lagi? Baiklah, jika di masak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila di panaskan ia menjadi pepejal." Penjual telur masih terpinga-pinga. " Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir." " Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!" Setelah berfikir panjang, si penjual telur menjerit : " Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!" Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebijhi telur... apalagi??? PENGAJARAN : Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu di pinggirkan tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu JAUH tetapi kerana DEKAT.

SEDEQAH JAUHKAN API NERAKA..

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari). Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api Neraka. Adalah perlu diambil ingatan bahawa jika kita bersedekah, maka hendaklah disertai dengan keikhlasan, bukan dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang menerima sedekah atau derma kerana perbuatan sedemikian hukumnya adalah haram dan merosakkan amalan bersedekah itu. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 yang tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah lebih utama dan afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Kerana perbuatan itulah yang dekat kepada keikhlasan dan jauh dari perasaan riak. Kerana sifat riak atau sifat menunjuk-nunjuk boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian orang dan mahu dikatakan seorang pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala akan diperolehi. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat 39 yang tafsirnya : "Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Saturday, March 3, 2012

SUJUD SEJADAH

"Sujud Sajadah; Pengertian, Dalil, Bacaan, Hukum dan Ayat-ayatnya 1. Pengertian: Sujud sajadah atau sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan setelah membaca salah satu ayat- ayat sajadah dalam Al-Qur’an. 2. Hadits Tentang Sujud Sajadah - Ibnu Umar meriwayatkan, bahwa Nabi saw pernah membaca Al-Qur’an. Lalu beliau membaca sebuah surah yang ada ayat sajadahnya. Beliau lantas sujud dan kami juga sujud mengikuti beliau sampai-sampai beberapa di antara kami tidak mendapatkan tempat sujud bagi keningnya (karena banyaknya sahabat yang hadir). (HR. Muslim). - “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia sujud; maka setan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud maka dia sujud, lalu mendapat surga. Dan aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka aku mendapat neraka.” (HR Muslim Ibnu Majah dan Baihaqi). 3. Surah As-Sajdah pada Shubuh Jum’at Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Nabi saw pada shalat shubuh jum’at membaca ”Alif lam mim Tanzil” (Surah As-Sajdah) dan ”Hal ataa” (Surah Al-Insan).” (HR. Muslim dan Ahmad). 4. Bacaan Sujud Sajadah ِﻪِﻟْﻮَﺤِﺑ ُﻩَﺮَﺼَﺑَﻭ ُﻪَﻌْﻤَﺳ َّﻖَﺷَﻭ ُﻪَﻘَﻠَﺧ ْﻱِﺬَّﻠِﻟ َﻲِﻬْﺟَﻭ َﺪَﺠَﺳ َﻦْﻴِﻘِﻟﺎَﺨْﻟﺍ ُﻦَﺴْﺣَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ َﻙَﺭﺎَﺒَﺘَﻓ ،ِﻪِﺗَّﻮُﻗَﻭ (Sajada wajhiya lilladzii kholaqohuu wa syaqqo sam’ahuu wa bashorohuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul khooliqiin) Artinya : “Wajahku bersujud kepada (Allah) Yang telah menciptakannya dan membuka pendengaran dan penglihatannya dengan daya dan kekuatan- Nya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta.” (Doa ini berdasarkan Hadits riwayat Ahmad, Abdu Daud dan Tirmidzi). 5. Hukum Sujud Sajadah Menurut Imam Syafi’i: sunat. Pendapat ini sesuai dengan perkataan Umar ra usai membaca ayat sajadah di mimbar: ”Wahai manusia, kita tidak diperintahkan untuk sujud. Namun siapa yang sujud dia benar, dan siapa yang tidak sujud dia tidak berdosa. (HR. Bukhari). Sementara Imam Abu Hanifah berpendapat wajib. 6. Cara Sujud Sajadah: 1. Takbir (untuk sujud) 2. Sujud dan membaca bacaan sujud sajadah 3. Takbir (untuk bangkit dari sujud) Sujud sajadah ini dilakukan tanpa tasyahud dan salam (Fiqih Sinnah, Sayyid Sabiq) 7. Ayat-ayat Sajadah dalam Al-Qur’an: 1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19".

Wednesday, February 29, 2012

~✿>> HEBATLAH KERANA ALLAH..<<✿~

‎Dia baik, saya tidak. Dia alim, saya tidak. Dia hebat, saya tidak. Dia cantik, saya tidak. Dia menawan, saya tidak. Dia menarik, saya tidak. Dia tumpuan, saya tidak. Dia rebutan, saya tidak. Dia solehah, saya tidak. Dia semuanya, saya pastinya tidak. >>> Jangan..jangan kita menilai dia dan kita..yang menilai bukanlah kita selayaknya..tapi, hanya Allah yang BERHAK..kita hanya mampu doa, usaha, tawakkal..ingat, kita bukan dalam PERSAINGAN mencari mana yang baik, dan MENGHUKUM kita yang tak baik..kita hidup di dunia, untuk saling melengkapi.saling memberi apabila mampu, dan berkongsi selagi terdaya..duhai hati, jangan MENINGGI DIRI dan jangan terlalu MERENDAH DIRI..ingat, Allah saja yang layak untuk menilai dan kita tidak punya skala sempurna untuk menilai..Allahurabbi… p/s : NILAIAN Allah adalah yang TERBAIK..insyaAllah..

Tuesday, February 28, 2012

YANG BAIK DAN BURUK..

"ALLAH berfirman:
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
(An-Nisaa' 4:79)"

Monday, February 27, 2012

JGN ZALIMI DIRI SENDIRI..

"ASSALAMUALAIKUM sahabat sekelian...
Di pagi yg mulia ini marilah kita sama mengambil pengajaran dari ayat2 Allah ini..
Dalam surah Al Anbiyaa ayat 45:46:Allah SWT telah berfirman yg maksudnya....
.....................................................................................................................
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.......
Katakanlah (wahai Muhammad)Sesungguhnya aku (Muhammad) hanyalah memberi amaran kepada kamu dg Wahyu Allah (Al Quran yg diturunkan Allah kepada Ku) dan sudah tentu orang2 yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka di beri amaran,(maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat)..
Dan demi sesungguhnya,jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhan mu,sudah tentu mereka akan berkata:"Aduhai celakanya kami! sebenarnya kami adalah orang2 yang zalim terhadap diri sendiri..

CARA DIRIKAN TAHAJJUD

Assalamualaikum.... Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud 1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. Kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya: Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya: "Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit." 2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah: Ushalli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta'ala" 3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali) Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali) 4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa berikut: Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj'allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa. Ertunya: " Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu" 5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja. 6. Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini: Allahummaj'al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj'al fii sam'ii nuuran waj'al fii basori nuuran waj'al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj'al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a'tinii nuuraa. Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang

5 Pesanan Buat Mu...


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI..

DARI KERANA AIR MATA...

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ALLAH akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan. Apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan, kecuali air mata. Sesungguhnya, air mata dapat memadamkan lautan api NERAKA" Ada 10 JeNis TangiSan: * Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.. * Menangis kerana rasa takut * Menangis kerana Cinta * Menangis kerana gembira * Menangis kerana menghadapi penderitaan * Menangis kerana terlalu sedih * Menangis kerana berasa hina dan lemah * Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang * Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis * Menangis orang munafik: pura-pura menangis AiR Mata yang TIDAK Dituntut!!! * Janganlah menangis jika cita-cita tidak tercapai. Bukankah ALLAH SWT yang telah menentukan?? * Janganlah menangis kerana menonton filem Hindustan, Sinetron atau apa-apa sahaja kerana itu cuma lakonan. * Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ditetapkan. * Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, mungkin kita kurang membuat persediaan. * Janganlah menangis jika wang kita hilang di jalanan, kerana mungkin kita kurang bersedekah membuat amalan. * Janganlah menangis jika tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian ALLAH SWT. Simpanlah semua air mata dan tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi diri di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati sehingga sukar menerima hidayah dari ALAH SWT. Serulah air mata itu dari persembunyiannya, iaitu di sebalik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan semoga akan mendapat keampunanNya.

Sunday, February 26, 2012

ADA DAN TIDAK ADA..

"MUHASABAH DIRI ~

Ada orang baca Al-Quran hari-hari,
Ada orang baca Al-Quran 2 hari sekali,
Ada orang baca Al-Quran selang sehari,
Ada orang baca Al-Quran seminggu sekali,
Ada orang baca Al-Quran setahun sekali,
Ada orang baca Al-Quran seumur hidup sekali,
Ada orang baca Al-Quran hanya bila ada orang mati,
Ada juga yang langsung tak baca, tunggu orang bacakan waktu dia mati..

~ jangan pilih yg bawah sekali, agar selamat di akhirat nanti..
sayang anda semua yg sedang baca status ini, semoga segala urusan berjalan baik hari-hari...."

INGAT-LAH PADA ALLAH SWT..

Assalamualaikum untuk semua rakan-rakan
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati
akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan,
Allah akan menjadi redha, dan tekanan hidup akan
terasa ringan.

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap
cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu,
dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka
pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati,
mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan
menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik.
Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh,
dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur
aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi
kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian
yang besar yang akan menutup semua kekurangan
dan cacat.

Friday, February 24, 2012

MEMARTABATKAN MASJID SEBAGAI TUNJANG MENJANA INSAN MUTTAQIN.”

Oleh: AHMAD SUFFIAN Pendakwah Islamiah, Institut Al-Quran Malaysia (Iqra’) KENAPA MASJID LENGANG?...Kalau solat fardu satu saf susah dipenuhi, itu menunjukan keadaan yang kritikal. Bila ada kuliah agama, kehadiran pula tak seberapa…pasti ada yang tak kena. Inilah kemelut yang sedang mendepani masjid-masjid kita, lambang keIslaman kita. Masjid terpinggir…Penjanaan insan mulia masih tidak menjadi. Ramai dikalangan kita hanya Muslim pada nama sahaja. Kenapa sampai begitu sekali? Bukankah peranan utama sesebuat masjid itu adalah untuk menjana insan muttaqin sepertimana pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika mengislahkan kaum Jahiliah kira-kira 1,400 tahun dahulu? Apakah peranan masjid-masjid hari ini tidak menepati matlamatnya itu? Dan kenapa masjid-masjid hari ini seolah-olah terpinggir oleh masyarakat setempat? ….Atau mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kewajiban seorang Muslim adalah mendirikan solat fardu pada waktunya, secara berjemaah dan dilakukan didalam masjid? Untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini, presiden Institut Al-Quran Malaysia (IQRA’) Ustaz Dr Muhammad Zain telah membuat pemantauan ke masjid-masjid dan surau-surau di serata tempat seluruh tanahair selama lima tahun. Selain pemerhatian beliau terhadap urusan pentadbiran masjid-masjid dan surau-surau demikian, Dr Muhammad Zain juga telah bermuzakarah dengan para pentadbir masjid/surau, ahli jawatankuasanya, ahli-ahli kariah setempat dan juga masyarakat tempatan untuk mendapat pandangan serta harapan mereka untuk menambahbaikkan “Rumah Allah SWT” ini. Kesemua pemerhatian dan perbincangan beliau berserta dengan ulasan-ulasan dan saranan-saranan bagi meningkatkan peranan masjid agar lebih progresif dan proaktif, telah dihimpunkan dalam satu manuskrip setebal 224 mukasurat yang kini diterbitkan oleh IQRA’ sebagai satu usaha fisabilillah untuk umat Islam keseluruhannya. Penulisan buku ini dibuat berdasarkan pemerhatian yang teliti dan menyeluruh mengenai isu ini dari semua sudut, merangkumi pelbagai faktor serta persepsi masyarakat mengenai peranan masjid. Langkah-langkah untuk menyelesaikan persoalan ini berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan perlu diamalkan dengan ikhlas dan tawadduk sebagai satu jihad kepada Allah SWT. Pandangan yang dikemukakan berdasarkan keyakinan terhadap keunggulan ajaran Islam untuk beroleh kejayaan dalam usaha dakwah yang terulung ini. Buku bertajuk “SEJADAH” ini bakal diterbitkan dalam masa terdekat ini untuk disebarkan kepada para pentadbir di semua masjid-masjid dan surau-surau bagi mentransformasikan lanskap dakwah Islamiah dinegara ini. Buat masa ini, Dr Muhammad Zain sedang dalam rangka lawatan “roadshow” keseluruh Negara untuk mempersembahkan buku “SEJADAH” ini kepada mufti-mufti negeri dan merangka kaedah terbaik bagi melaksanakan saranan-saranannya bagi meningkatkan imej masjid dan menghangatkan proses pengimarahannya. Ketika ditemui baru-baru ini, Mufti Kelantan Darul Naim Dato’ Mohamad Shukri Mohd berkata penerbitan buku "SEJADAH" bertepatan dengan keadaan hari ini di mana umat Islam semakin terpinggir dari masjid. Katanya, saranan-saranan yang terkandung di dalam buku yang dihasilkan oleh presiden INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA’) Dr Muhammad Zain ternyata “sesuatu yang unik” kerana menyentuh pelbagai isu berkaitan hubungan intim manusia dengan “Rumah Allah SWT”. “Kewajiban setiap Muslim adalah mendirikan solat fardu pada waktunya, secara berjemaah dan dilakukan di dalam masjid. Paling kurang pun, harus mendirikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah di masjid kerana besar fadhilatNya.” Mohamad Shukri berkata hubungan manusia dengan masjid telah terjalin rapat sejak masjid pertama didirikan oleh Rasulullah SAW untuk mengislahkan kaum Jahiliah kira-kira 1,400 tahun dahulu. “Baginda telah menggunakan masjid yang sederhana itu bagi menyebarkan ajaran Islam dan berjaya menarik hati mereka kepada Islam selepas 25 tahun. “Namun, kurang pemahaman terhadap ajaran Islam dan amalannya di kalangan masyarakat kita telah menyebabkan masjid-masjid di negeri Kelantan tidak dikunjungi sepenuhnya pada setiap waktu fardu. “Muslimin dan Muslimat harus diberi kefahaman akan tanggungjawab mereka dalam mengimarahkan masjid”. Kiranya masjid dikunjungi setiap waktu dan ketika oleh penduduk setempat, Mohamad Shukri yakin bahawa masjid-masjid di negeri ini tidak perlu dikunci pagarnya seperti yang sedang dilakukan sekarang ini. Katanya, kebanyakan mereka yang berkunjung kemasjid ingin beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah SWT sekalipun terdapat segelintir anasir-anasir jahat yang “mencemarkan kesuciannya dengan mencuri dari dalam masjid.” “Jika semua Muslim menghormati kesucian masjid ketika berada di dalamnya, kita tidak perlu gusar akan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. “Orang Islam juga disarankan agar bersangka baik sesama Muslimin Muslimat sekalian kerana ini adalah sunnah Nabi SAW.” Mohamad Shukri berkata ekoran dari pelbagai kejadian yang menimpa masjid-masjid disekitar Kelantan sejak setahun yang lalu, Pejabat Mufti berpendapat adalah wajar untuk mengunci pintu pagar masjid setiap hari selepas Isyak. Pintu pagar hanya dibuka kembali pada waktu Subuh nanti. “Masjid-masjid terutama yang terletak disekitar Kota Baru terpaksa dikawal dan dikunci setiap malam bagi mengelak daripada dipecah masuk atau dicerobohi anasir-anasir tertentu,” katanya. Ujarnya, sekiranya setiap orang menghormati kesucian "Rumah Allah SWT" ini, tidak perlulah dikuncikan pintu-pintu masuk ke masjid. "Dalam keadaan hari ini, jika dibiarkan pintu masjid terbuka luas sepanjang masa, akan hilanglah segala perabot, perhiasan dinding dan peralatan letrik didalam nya, terutama sekali tabung derma masjid yang terletak disekitar kawasannya. "Pernah sekali tu, sekumpulan kambing telah menjadikan kawasan mimbar masjid sebagai tempat bersemayam mereka..Sejak hari itu, saya telah mengarahkan supaya masjid-masjid semua dikunci rapi setiap hari selepas solat Isyak." Katanya, penghasilan buku "SEJADAH" amat bertepatan dengan keadaan masyarakat hari ini yang semakin berkurangan mengunjungi masjid untuk mendirikan solat fardu secara berjemaah. "Banyak masjid-masjid baru telah dibina oleh kerajaan untuk kemudahan masyarakat setempat dan bukan sebagai perhiasan sahaja. “Maka itu, umat Islam perlu diperingatkan akan kewajiban mereka mengimarahkan masjid-masjid di kariah mereka dan bukan hanya ketika solat Juma'at sahaja." Datuk Mohamad Shukri menyambut baik penghasilan buku "SEJADAH" oleh president INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (Iqra') Dr Muhammad Zain yang memaparkan saranan-saranannya bagi "Memartabatkan Masjid Sebagai Tunjang Menjana Insan Muttaqin". Katanya, usaha Dr Muhammad Zain harus dituruti oleh penulis-penulis tempatan kerana ini merupakan satu usaha dakwah yang berkesan dalam membimbing masyarakat kepada ajaran dan tuntutanNya yang sebenar. Mufti Perak Darul Ridhuan Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan penghasilan buku "SEJADAH" sebagai satu wadah untuk mengukuhkan akidah umat Islam di negeri itu. Katanya, Pejabat Mufti akan mengesyorkan buku itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar dapat disebarkan kesetiap masjid dan surau dinegeri Perak bagi "meningkatkan kecekapan dan memantapkan kaedah pengurusan masjid" agar dapat menarik lebih ramai pengunjung ke masjid pada setiap waktu fardu. Katanya, ramai umat Islam tidak faham kewajiban mereka untuk mengimarahkan masjid dan juga tidak faham akan peranan dan fungsi masjid itu sendiri. Tan Sri Harussani berkata peranan masjid yang utama adalah menjana insan muttaqin. "Namun, keadaan hari ini dimana masyarakat terlibat dalam pelbagai gejala sosial and maksiat telah menunjukkan kelemahan institusi masjid dalam menangani perkara-perkara tersebut. "Secara peribadi, saya akan mengemukakan buku "SEJADAH" ini kepada para ulama di negeri ini untuk dipertimbangkan sebagai satu buku panduan bagi pengurusan dan pentadbiran masjid-masjid dan surau-surau diseluruh negeri Perak ini, insyallah." Tan Sri Harussani memuji Dr Muhammad diatas semangatnya menghasilkan buku sebegitu rupa kerana "apa-apa usaha untuk memartabatkan agama kita harus disanjung dan disokong oleh semua umat Islam kerana ini adalah satu usaha dakwah Islamiah." Penceramah bebas Datuk Dr Mahmood Zuhdi berkata apa-apa usaha yg boleh meningkatkan pemahaman orang Melayu kepada ajaran Islam serta amalan-amalannya memang sesuatu yang harus digalakan. "Sebarang usaha untuk menerbitkan hasil karya tempatan berbentuk dakwah Islamiah harus dipertingkatkan agar lebih banyak tajuk-tajuk baru dapat disajikan kepada masyarakat umum." Katanya, melalui pembacaan pelbagai genre buku, masyarakat umum terutama orang Melayu dapat mendalami pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang keilmuan khususnya ajaran Islam dan tuntutanNya. "Ini akan membuka minda dan menjana pemikiran mereka serta mengalakan mereka agar mengubah diri menjadi lebih progresif dan proaktif." Dr Mahmood berkata usaha menerbitkan buku secara persendirian menggunakan sumber kewangan yang terhad, memanglah sukar tapi mempunyai hikmahNya. "Usaha secara peribadi mungkin menyukarkan sedikit tetapi kepuasan yang diraih dari usaha individu itu sendiri amat memuaskan hati kerana kita dapat menyebarkan ilmu kepada masyarakat selain mendapat keredhaanNya....Ini adalah satu usaha fisabilillah yang mulia." Katanya, berdakwah melalui penulisan merupakan satu cara terbaik untuk mengukuhkan aqidah umat Islam dan membimbing mereka kearah satu kehidupan yang Addin. "Melalui pembacaan pelbagai genre buku dari penulis tempatan, masyarakat kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan mereka serta memahami sesuatu keadaan dari pandangan yang berbeza." Dalam masa yang sama, Dr Muhammad Zain menjemput semua Muslimin/Muslimat untuk turut serta dalam “Satu Usaha Dakwah Yang Terulung” ini dengan memesan seberapa naskah untuk disumbangkan kemasjid dan surau-surau di kariah mereka. “Mereka boleh menyumbangkan kos senaskah @ RM50 dan buku-buku yang dipesan itu akan dihantar ke destinasinya melalui perkhidmatan penghantaran kurier.” Sebarang pertanyaan boleh hubungi/sms ke 010-4298828 dan Emel: ahmadsuffian11@yahoo.com.my Keterangan Gambar: 1. MENINGKATKAN AKIDAH ISLAM…Dr Muhammad Zain (kiri) bersama dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti di Ipoh, baru-baru ini. 2. PENGIMARAHAN MASJID…Dr Muhammad Zain (kiri) berbincang dengan Mufti Kelantan Darul Naim Dato’ Mohamad Shukri Mohamad tentang usaha memartabatkan masjid-masjid di negeri itu. 3. BERSAMA-SAMA BERDAKWAH…Dr Muhammad Zain (kiri) akan berganding bahu dengan penceramah bebas yang tersohor Datuk Dr Mahmood Zuhdi untuk menerbitkan buku-buku dakwah islamiah. 4. TERHANGAT DI PASARAN..Buku “SEJADAH” yang diharapkan dapat meningkatkan imej serta menghangatkan proses pengimarahan masjid-masjid dan surau-surau diseluruh Negara. 5. SATU USAHA DAKWAH…Bekas imam besar Masjid Bukit Aman (kiri) Ustaz Dr Abdul Salam Zain bersama Mufti Perak Darul Ridhuan Tan Sri Harussani Zakaria (tengah) dan penulis Dr Muhammad Zain dalam perbincangan dipejabat mufti negeri baru-baru ini.

Wednesday, February 22, 2012

AWAS DENGAN GODAAN SYAITAN..

‎"Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan."

-- Pesanan Khalifah ar-Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a"

Tuesday, February 21, 2012

PETUA MEMILIH KAWAN..

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Monday, February 20, 2012

SIRAH NABI SAW

Sirah Nabi membuktikan dakwah dimulakan dengan peneguhan tauhidullah baru diikuti pensyariatan yang seterusnya iaitu ibadah dan muamalat.. Dalam Al-Quran, ayat-ayat makkiah adalah ayat yang diturunkan sebelum hijrah dan ayat-ayat dalam ayat makkiah adalah ayat yang ditujukan untuk menanamkan tauhid kepada ALLAH dan ayat-ayat yang menempelak orang-orang musyrikin.. Selepas hijrah pula, ayat-ayat yang diturunkan adalah ayat yang ditujukan kepada muslimin untuk seruan jihad dan seterusnya perintah kepada syariat selain tauhidullah dan juga ayat-ayat kepada para munafiqin.[quote] .. Dimensi dakwah Rasulullah bermula dengan menerapkan nilai2 tauhid. Memperbetulkan aqidah orang2 kafir quraisy makkah yang mempersekutukan Allah.. Antara perkara pertama yang Rasulullah saw sampaikan berkaitan dengan "Akhirat, siksaan Azab api neraka, nikmat syurga, malaikat dan semua yang mejoritinya adalah perkara-perkara ghaib. -Sebabnya "TAUHID" itu sendiri asasnya adalah 6 perkara seperti yang kita maklumi(Percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar). Bgitu jualah ayat-ayat makiah, kalau kita selidiki terjemahannya semuanya lebih kepada 'perkara-perkara ghaib' Sama-samalah kita bayangkan, bagaimana sukarnya dakwah rasulullah saw. Membersihkan aqidah orang2 kafir quraisy yg sudah pun berakar umbi sejak berabad2 lamanya.. Sedangkan kita hanya menyambung dakwah rantaian dakwah rasulullah saw. Tapi, adakah dalam seharian kita mengikuti jejak baginda?? InsyaAllah, sedaya upaya kita usahakan. Dakwah itu luas maknanya.. Besar pengertiannya dalam perlaksanaan. Hatta senyum itu juga adalah dakwah. Memberi salam itu juga adalah dakwah. Mudahan, Allah memilih kita antara mereka-mereka yang sama-sama berjuang menyambung dakwah baginda saw. Wallahu'alam.. ~ Muhasabah khusus untuk diriku

KELEBIHAN AIR MATA..

PERBANYAKLAH MENANGIS DAN KURANGILAH TERTAWA, Saudara-ku.. Allah SWT berfirman di dalam Al-qur’anul Kariim: “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak…(QS.At-Taubah/9:82). Dan Rasulullah Saw bersabda:"Sesungguhnya aku melihat apa yg tidak kamu lihat; langit itu bersuara (keriet-keriat), dan dia pantas bersuara (demikian) karena tiada tempat selebar empat jari melainkan disana ada satu malaikat yang meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah seandainya kamu mengetahui apa yg aku ketahui niscaya KAMU SEDIKIT TERTAWA DAN BANYAK MENANGIS, dan niscaya kamu tidak akan bisa bersenang-senang dengan istrimu diatas tempat tidur, dan tentu kamu segera keluar menuju jalan-jalan untuk memohon kepada Allah SWT" (HR.Tirmidzi) Nabi Muhammad Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya seorang Mukmin itu melihat dosa-dosanya seolah-olah dia berada di kaki sebuah gunung, dia khawatir gunung itu akan menimpanya. Sebaliknya, orang yang durhaka melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, dia mengusirnya dengan tangannya –begini–, maka lalat itu terbang”. (HR. at-Tirmidzi, no. 2497 dan telah dishahîhkan oleh al-Albâni rahimahullâh) Ibnu Abi Jamrah rahimahullâh berkata,“Sebabnya (menangis) adalah, karena hati seorang Mukmin itu diberi cahaya. Apabila dia melihat pada dirinya ada sesuatu yang menyelisihi hatinya yang diberi cahaya, maka hal itu menjadi berat baginya. Hikmah perumpamaan dengan gunung yaitu apabila musibah yang menimpa manusia itu selain runtuhnya gunung, maka masih ada kemungkinan mereka selamat dari musibah-musibah itu. Lain halnya dengan gunung, jika gunung runtuh dan menimpa seseorang, umumnya dia tidak akan selamat. Kesimpulannya bahwa rasa takut seorang Mukmin (kepada siksa Allâh Ta’ala) itu mendominasinya, karena kekuatan imannya menyebabkan dia tidak merasa aman dari hukuman itu. Inilah keadaan seorang Mukmin, dia selalu takut (kepada siksa Allâh-pen) dan bermurâqabah (mengawasi Allâh). Dia menganggap kecil amal shalihnya dan khawatir terhadap amal buruknya yang kecil”. (Tuhfatul Ahwadzi, no. 2497) Dan dalam pribahasa Arab " Laa tuktsir fid dhahiki, Innad dhahika Tumiitul Qalbi" yang artinya "Janganlah banyak tertawa, karena tertawa bisa mematikan HATI" Semua orang normal pasti pernah menangis. Banyak faktor yang membuat tiap orang menjadi nangis, Jika terlalu banyak tertawa itu akan menyebabkan hati keras/beku dan mati, jadi berhentilah untuk terlalu banyak tertawa dan perbanyaklah menangis, karena dengan menangis hati menjadi lunak/lembut dan peka. Dan menangis yang sesungguhnya adalah menangis karena Allah SWT, takut akan siksaan Allah/menangis karena keimanan dan menangis dalam Taubat Nasuha yang penuh keinsyafan. Air mata yang memiliki banyak fungsi, kelebihan dan fungsi air mata : 1. Dapat Membantu Penglihatan Air mata yang keluar ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh Bakteri Jadi sebenarnya Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteri alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 menit. 3. Meningkatkan Mood Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi karena dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. 4. Dapat Mengeluarkan Racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi penelitian tentang air mata dan menemukan bahwa ternyata air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya lewat mata. Jadi bukan air matanya yang beracun. 5. Mengurangi Stress Bagaimana menangis / mengeluarkan air mata bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi. 6. Membangun Komunitas Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunitas. Membangun sebuah hubungan yang erat antar sesama. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang bisa memberikan dukungan atau support, dan hal ini bisa meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi. 7. Menangis Dapat Melegakan Perasaan Aku yakin Semua orang akan merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cobaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu lewat menangis, jangan dipendam karena Anda bisa menangis meledak-ledak. Jadi setelah menangis perasaan kita akan plong. Apalagi menangis disertai dengan pelukan orang yang dicintai. Nah, banyak kan manfaatnya air mata. Jadi kita jangan takut untuk dibilang cengeng karena banyak menangis. “MENANGISLAH SEBELUM MENANGIS ITU DILARANG”. (*_^)

Pertemuan Iblis bersama Nabi Muhammad SAW

Wahab bin Munabbih berkata: Allah telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad SAW. untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaannya. Maka datanglah iblis berupa orang yang tua yang bertongkat dan ketika ditanya oleh Nabi SAW. "Siapakah kamu?" Jawabnya; "Iblis." Nabi SAW. bertanya lagi; "Kenapakah kamu datang?". Jawab iblis; "Allah menyuruhku datang kepadamu untuk menjawab segala pertanyaanmu." Lalu Nabi Muhammad SAW bertanya; "Ya Mal'uun! berapa musuh-musuhmu dari ummatku?". Jawab iblis; "Lima belas orang". 1. Engkau (Nabi Muhammad SAW). 2. Imam yang adil. 3. Orang kaya yang merendah diri. 4. Pedagang yang jujur [benar]. 5. Orang Alim yang khusyuk. 6. Orang mukmin yang suka menasihati. 7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih). 8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya. 9. Orang yang menjauh dari segala yang haram. 10. Orang yang tetap berwudhu {apabila batal sentiasa diperbaharui dengan wudhu yang lain). 11. Orang mukmin yang banyak bersedekah. 12. Orang mukmin yang baik budi akhlaqnya. 13. Orang mukmin yang banyak jasa gunanya pada manusia. 14. Orang yang membawa Al-Qur'an dan selalu membacanya. 15. Orang yang suka sembahyang tahajjud malam di waktu orang-orang sedang tidur. Lalu ditanya oleh Nabi SAW.; "Siapakah kawan-kawanmu dari umatku?". Jawab iblis; "Sepuluh orang". 1. Raja(pemerintah) yang zalim.. 2. Orang kaya yang sombong. 3. Peniaga yang khianat(penipu). 4. Pemabuk (Peminum arak). 5. Tukang adu domba (fitnah). 6. Pelacur. 7. Pemakan harta anak yatim. 8. Orang yang meremehkan sembahyang. 9. Penolak zakat (tidak mengeluarkan zakat). 10. Orang yang panjang angan-angan. Mereka itulah sahabat-sahabatku. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. [Al-Araaf : 16]

Ciri-ciri wanita solehah:



♥ Mentaati dan menyenangkan hati ibu.
♥ Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan.
♥ Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
♥ Kesederhanaan dan kemulian merupakan sebahagian daripada iman
♥ Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain
♥ Wanita yang menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak2 yang belum mengerti ttg seks
♥ Kesopanan adalah sebahagiaan drpd iman dan iman itu tempatnya di syurga.
♥ Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita.

(Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

♥ "Menetaplah di rumah dan janganlah kamu pamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah."

(Surah Al-Ahzab)

SIAPA PUNYAI HATI EMAS..?

HATI EMAS.. Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya ‘tidak berakal’. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu ialah pelita bagi hati. Justeru di dalam Al Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayatNya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang daripada Al Quran. Malangnya, sedikit sekali ‘orang yang berakal’ walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga dengan itu ramai manusia yang tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya. Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai ‘orang agama’ tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya. Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya… hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya? Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak ‘berminyak air’. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama. Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan. Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi apa yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat sarjana, master mahupun doktor apatah lagi profesor. Ramai yang hanya di tahap ‘lepas fardu Ain’… Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi ‘hati yang bercahaya’ berbanding ‘otak yang bergeliga’, hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Saturday, February 18, 2012

KAEDAH TERBAIK UTK ISLAHKAN WANITA..

"Rasanya macam kadang-kadang kita sendiri kabur tentang kaedah terbaik dalam mengajak wanita ( terutamanya isteri ) kepada syariat. Bila kita teliti semula khazanah sirah yang sahih, ia seolah-olah menggambarkan dalam bab pakaian tak boleh terlalu memaksa walaupun melibatkan keputusan wanita untuk pakai tudung atau tidak ( freehair ). Sebab dalam mengislah ( memperbaiki) manusia, Allah memerintahkan sesuatu peringkat demi peringkat. Tidaklah Allah memerintahkan hijab serta merta selepas Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul bahkan ayat perintah untuk berhijab turun pada tahun ke-5 Hijrah iaitu 5 tahun sebelum kewafatan baginda SAW dan 5 tahun sebelum sempurnanya agama ! Contohnya ketika zaman Rasulullah SAW, kaum muslimin selepas memeluk Islam makin hari makin rasa tak senang dengan keadaan pakaian wanita mereka walaupun ayat perintah untuk wanita berhijab belum lagi diwahyukan. Antara sahabat yang paling peka dan mampu meluahkan perasaan tidak senang dengan keadaan cara berpakaian wanita mereka adalah Umar Al Khattab RA yang terkenal dengan ilhamnya yang tajam dan tepat. Perasaan tidak senang itu semakin hari semakin meningkat berkadar lansung dengan peningkatan iman semenjak para sahabat memeluk Islam sehingga akhirnya Umar Al Khattab meluahkan isi hatinya kepada Rasulullah SAW..."

HAK SEORANG MUSLIM PADA SAUDARANYA..

Sabda Rasulullah saw...
"Hak seorang muslim terhadap muslim lainnya ada enam perkara. Kalangan sahabat bertanya, apakah dia wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab, "Jika bertemu dengannya, hendaklah kamu memberi salam. Jika dia mengundangmu, hendaklah kamu memenuhi undangannya. Jika dia meminta nasihat, hendaklah kamu menasihatinya. Jika dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, hendaklah kamu mendoakannya. Jika dia sakit, hendaklah kamu menjenguknya. Dan jika dia mati, hendaklah kamu menghantarkan jenazahnya ke kubur." (Riwayat Muslim)

Friday, February 17, 2012

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

KISAH YANG SUNGGUH KASIHAN

~ Kisah Si Kasihan Perlukan Ihsan ~ 1) Handphone Seorang businessman terlalu risau kerana perniagaannya yang merosot. Dia bercadang untuk menjual sahamnya sebanyak 100 lot pada harga RM5.00. Pesanan telah diberitahu pada remisier supaya menghubunginya bila harga naik kepada RM5.00 Masuk waktu zohor,dia pun sembahyang zohor dan ingin berdoa supaya harga saham naik.Ketika rakaat kedua, telefon bimbitnya berbunyi,panggilan dari remisiernya. Sidia pun cakap, "Hello! Aku tengah sembahyang ni!, Kejap lagi aku telefon kau balik!' 2) Mat Rock Sudah Insaf!!!! Seorang Mat Rock berasa sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Dia pun singgah di Masjid Jamek, waktu asar. Setelah ambik air sembahyang, Mat Rock pun sembahyang asar. Selepas dua rakaat, mat rock beri salam. Selesai. Seorang abang bilal pun bertanya, "Saudara sembahyang apa tadi? "sembahyang asar" jawab mat rock "Tapi sembahyang asar empat rakaat, bukan dua rakaat" sampuk abang bilal. Dengan nada marah, mat rock jawab "Nasib baik saya sembahyang dua rakaat, kat luar sana tu, masih ramai yang tak sembahyang langsung!!!!! 3) Sembahyang tak boleh cakap Ada tiga orang muallaf yang baru masuk islam dan sedang belajar sembahyang. Sedang sujud rakaat kedua sembahyang maghrib, mullaf pertama bertanya kepada mullaf kedua, "Eh! sembahyang maghrib berapa rakaat? "Hei, sembahyang mana boleh cakap!, nanti batal sembahyang kau ni" marah muallaf kedua. "Nasib baik saya tak cakap!" kata muallaf ketiga. tegur menegur sangat dianjur oleh ISLAM. method menegur mesti betul pada tempat, masa dan caranya. Apepun Selamat Beramallah ye...^_^ —

BACA SURAH ALAM NASYRAH

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

~ Amin ~

Wednesday, February 15, 2012

JANGAN BERDUSTA..

‎"Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.” Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.” Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?” Berkata Omar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.” Maksudnya, manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar."

Tuesday, February 14, 2012

MAAFKAN SAUDARA MU..

Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang paling sabar diantara
kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan
orang lain padahal dia berkuasa untuk
membalasnya."
(HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seorang itu suka
memaafkan, melainkan dia akan semakin
mulia." (HR. Muslim)

Allah swt berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada
ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan
untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-
orang yang menafkahkan hartanya di waktu
senang maupun di waktu sempit, dan orang-
orang yang menahan marah dan memaafkan
kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang
berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

‎21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat...

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan. 2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji. 3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara. 4-Kunci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT. 5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab. 6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran. 7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur. 8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati. 9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa. 10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT. 11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa. 12-Kunci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia. 13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya. 14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci. 15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran, menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa. 16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT. 17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT. 18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. 19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan. 20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat. 21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.

Saturday, February 11, 2012

WASIAT RASULLAH SAW

Sahabat Hikmah...
Ada wasiat Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kepada sahabatnya Mu'sdz bin Jabbal yang boleh di ambil pelajarannya seperti wasiat beliau kepada kita.

“Hai Mu’adz. Saya berwasiat kepadamu, agar kamu bertakwa kepada Allah, benar dalam berkata-kata, menepati janji, menunaikan amanat, meninggalkan khianat, menjaga tetangga, belas kasihan pada anak yatim, manis dalam berbicara, meratakan salam, bagus dalam bekerja, sedikit berangan-angan, menetapi keimanan, berusaha menjadi pandai dalam Al Qur’an, cinta akhirat, takut hari hisab dan merendahkan diri.

Saya melarang kepadamu memaki-maki seorang yang bijaksana, mendustakan orang yang benar, mengikuti orang yang berdosa, melawan pemimpin yang adil atau membuat kerusakan di bumi.

Saya berwasiat lagi kepadamu supaya kamu takwa kepada Allah dengan menjauhkan diri dari menyembah batu, pohon dan benda apapun.

Hendaklah kamu memperbarui taubat setiap melakukan dosa. Dosa rahasia hendaklah bertaubat dengan rahasia dan dosa yang terang-terangan, hendaklah bertaubat secara terang-terangan”.

DOA MOHON REZEKI..

Sahabatku, yuk aminkan doa ini agar kita mendapatkan rizki yg tak terduga & berkah, "Allahuma ashlih lii diini wa wassi'lii fi daarii wa baarikli fii rizqi" "Ya Allah, perbaikilah agamaku yg menjadi pokok urusanku, lapangkan untukku dalam rumahku dan berkahilah dalam rizkiku."