Monday, January 30, 2012

7 AYAT YG BERULANG...

Nama-nama lain Al-Fatihah : Fatihatul-Kitab, Ummul Kitab, Ummul-Qur'an, as-Sab'ul-Matsani, al-Qur'anul-`Azhim,asy-Syifa, dan Assaul-Qur'an. Imam Ahmad bin Hambal r.a. meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, "Rasulullah saw. Menemui Ubai bin Ka'ab, namun dia sedang solat. Rasul berkata, `Hai Ubai.' Maka Ubai melirik, namun tidak menyahut. Nabi berkata, `Hai Ubai!' Lalu Ubai mempercepat solatnya, kemudian beranjak menemui Rasulullah saw. Sambil berkata, `Asalamu'alaika, ya Rasulullah.' Rasul menjawab, `Wa'alaikassalam. Hai Ubai, mengapa kamu tidak menjawab ketika kupanggil?' Ubai menjawab, `Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sedang shalat.' Nabi bersabda, `Apakah kamu tidak menemukan dalam ayat yang diwahyukan Allah Ta'ala kepadaku yang menyatakan, `Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu.' (al-Anfal:24) Ubai menjawab, `Ya Rasulullah, saya menemukan dan saya tidak akan mengulangi hal itu.' Rasul bersabda, `Sukakah kamu bila kuajari sebuah surat yang tidak diturunkan surat lain yang serupa dengannya di dalam Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan?' Ubai menjawab, `Saya suka, wahai Rasulullah.' Rasulullah saw. Bersabda, `Sesungguhnya aku tidak mahu keluar dari pintu ini sebelum aku mengajarkannya.' Ubai berkata, `Kemudian Rasulullah memegang tanganku sambil bercerita kepadaku. Saya memperlahankan berjalan kerana khuatir beliau akan sampai di pintu sebelum menghabiskan pembicaraannya. Ketika kami sudah mendekati pintu, aku berkata, `Ya Rasulullah, surat apakah yang janjikan itu?' Beliau bertanya, `Apa yang kamu baca dalam solat?' Ubai berkata, `Maka aku membacakan Ummul-Qur'an kepada beliau.' Beliau bersabda, `Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya, Allah tidak menurunkan surat yang setara dengan itu baik dalam Taurat,Injil,Zabur,maupun al-Furqan. Ia merupakan tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang.' "Muslim meriwayatkan dalam sahihnya dan Nasa'I meriwayatkan dalam sunannya dengan sanad dari Ibnu, dia berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw. (sedang duduk) dan di sisinya ada Jibril. Tiba-tiba jibril mendengar suara dari atas. Maka dia mengarahkan pandangannya ke langit, lalu berkata, `Inilah pintu langit dibukakan, padahal sebelumnya tidak pernah.' Ibnu Abbas berkata, "Gembirakanlah (umatmu) dengan dua cahaya. Sungguh keduanya diberikan kepadamu dan tidak pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelummu, iaitu Fatihatul-Kitab dan beberapa ayat terakhir surat al-Baqarah. Tidakkah anda membaca satu hurufpun darinya melainkan anda akan diberi (pahalanya).'"

AJAL ITU PASTI DATANG..

"Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya." Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian: Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.

ALLAH SWT SEDANG MEMERHATI MU...

"Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa." Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Surah Al-Qaf 50:Ayat 16) Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan? Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa? Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan. Cuba kita bayangkan, seandainya kita berkeadaan seperti ini pada setiap ketika iaitu berkeadaan seolah-olah seorang imam yang sentiasa berasa diri diperhatikan, sudah pasti kita akan jauh daripada dosa dan penderhakaan. Sudah pasti, kita akan semakin hampir dengan Allah dan merasakan ketenangan hati.

ALLAH SWT SANGAT DEKAT DGN KITA...

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)

PERINGATAN DARI AL-QURAN

Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu). Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu. (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara agama. Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata): Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan. (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Padahal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)! Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila! Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya). Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia; (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu. Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata. Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku. Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku). (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka dia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya).(Ad -Dukhan) (kabut 1-21)

JGN MEMUSUHI LEBIH 3 HARI..

SEMPENA MAULIDUR RASUL...PERINGATAN AGAR JGN RASA MUDAH MASUK SYURGA N JGN RASA SUSAH UNTUK MASUK NERAKA, NA'UZUBILLAH...
Rasullullah SAW bersabda :

"Tidak halal seorang muslim bermusuhan (bertengkar) dengan sesama muslim lebih dari 3 malam, maka sesiapa yang bermusuhan lebih dari tiga malam, ia mati, maka ia masuk neraka" (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Nasa'i)

"Tidal halal bagi seorang muslim memusuhi sesama muslim lebih dari 3 hari, kerana kedua orang yang saling bermusuhan itu bererti keduanya telah berpaling daripada hak selama bermusuhan. Dan yang lebih dahulu berdamai bererti tertebus dosanya dan jika ia memberi salam tetapi tidak dijawab salamnya, maka akan dijawab oleh malaikat, sedang yang tidak menjawab diliputi oleh syaitan. Dan jika keduanya mati sedang dalam permusuhan itu maka keduanya tidak dapat masuk syurga selamanya" (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Sunday, January 29, 2012

BUKU SEJADAH...Isu murtad

"ISU MURTAD..Mubaligh Kristian telah melakukan misi mereka sejak dahulu kala lagi sehingga kini..usah disalahkan mereka tapi harus lihat pada usaha dakwah kita sendiri yg lemah dan pendekatan kita yg tidak berkesan untuk mengislahkan orang kita sendiri.
-Sekali pun kita ada ramai ulama', banyak masjid2 yg tersergam indah, banyak agensi yg mendokong Islam, namun tidak nampak sebarang usaha untuk membantu orang kita memahami ajaran Islam yg sebenar. Yang selalu ketara hanyalah berpolemik tetang perkara2 titik bengit tanpa ada usaha sebenar utk membina sahsiah individu itu sendiri. Salah siapa kah itu?
-Disebabkan ini, maka presiden INSTITUT AL-QURAN MALAYSIA (IQRA') Dr Muhammad Zain telah merungkai perkara ini dan memberi saranan2 yg bernas bagaimana untuk "Memartabatkan Masjid Sebagai Tunjang Menjana Insan Muttaqin" sebagai "Satu Usaha Dakwah Yang Terulung" ini."

KISAH 3 ORANG BANI ISRAIL YANG DIUJI ALLAH

Kisah yang telah kita biasa dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji Allah dengan penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka. Mereka adalah yang biasa kita dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta. Saya tidak akan ceritakan keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh Rasul s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Mereka ini semuanya telah didatangi oleh malaikat untuk mendoakan kesembuhan bagi diri mereka. Bahkan, mereka telah ditawarkan dengan binatang ternakan yang mereka inginkan. Kesemua mereka mendapat apa yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan masing-masing berkembang biak, Allah telah menguji mereka sekali lagi. Allah datangkan malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan susah untuk menguji mereka. Setelah berada dalam keadaan yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan Allah. Si Sopak dan Si Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap penuh kepada Allah. Setelah Allah anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka, mereka melupakan Allah. Si Buta, tetap dalam keadaan celiknya itu , dalam keadaan beliau yang telah kaya raya itu, masih tetap terus mengingati Allah dengan membenarkan malaikat yang datang mengujinya untuk mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan yang dimilikinya. Dia tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia celik adalah Tuhan yang sama, iaitu Allah.

AGAMA ITU NASIHAT...

Dari Abu Ruqayyah yaitu Tamin bin Aus ad-Dari Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Agama itu adalah merupakan nasihat." Kita semua bertanya: "Untuk siapa?" Baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpin- pemimpin kaum muslimin serta bagi segenap umumnya ummat Islam." (Riwayat Muslim) Penjelasan: Sendi pokok dan tiang utama dalam Agama Islam adalah nasihat. Kata "nasihat" itu meliputi seluruh makna dan pengertian yang tujuannya adalah untuk mendapatkan kebahagiaan bagi orang yang dinasihati. Dalam Hadis di atas dijelaskan pengertian nasihat itu: Bagi Allah yakni dengan iman pada Allah dan tampaknya tanda-tanda kemuliaan Allah, bagi kitab Allah yakni dengan mengenang-ngenangkan arti-artinya serta mengamalkan, apa saja yang tercantum di dalamnya. Bila ini sudah diamalkan, maka orang itu telah dinasihati oleh jiwanya sendiri. Bagi Rasul Allah yakni dengan mengikuti segala perintah-perintahnya serta tunduk dan menjauhi larangan-larangannya. Bagi pemimpin-pemimpin Islam yakni dengan meminta nasihat-nasihat dan fatwa-fatwa mereka yang mengenai hukum-hukum agama yang semuanya itu tentu diambil dari pokok-pokoknya yakni al-Quran dan Hadis, dan bagi segenap umat Islam yakni memimpin mereka ini pada jalan yang benar serta diredhai Allah, juga menunjukkan kepada mereka ini mana-mana yang baik (benar) dan mana-mana yang buruk (salah).

20 AMALAN MURAH REZEKI...

1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.) 2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.) 3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28) 5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) 7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim) 8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. 9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari) 12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.) 14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah . 15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145) 17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. 19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Saturday, January 28, 2012

JANGAN LALAI DGN DUNIA...

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."
(Al-Munaafiquun ayat:9)

JANGAN BERPUTUS ASA...

“Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah.” (Hadis riwayat Darimi)

Walaupun kita kerap mengulangi kesalahan/dosa, namun jangan berputus asa dengan keampunan Allah.. kerana Allah Maha Pengampun dan Allah sayang kepada mereka yang sentiasa sedar akan kesalahannya, lalu memohon ampun kepada Allah.
Sesungguhnya kita bukan seorang yang perfect & ma'sum.

Friday, January 27, 2012

AKHLAK SEMULIA RASULULLAH SAW

Ya Rasulullah, Kekasih ALLAH…… Kekasih yang tiada bandingan….. Kekasih sejati….. hanya engkau ya Rasulullah. Ya Rasulullah, peribadimu tidak mampu kami miliki….. akhlakmu tidak mampu kami tandingi….. kasih sayangmu pada umatmu tidak mampu kami ikuti….. pengorbananmu tidak mampu kami jejaki….. kerana kami hanya insan biasa. Ya Rasulullah, tak termampu kami untuk mengikuti jejak langkahmu….. yang sanggup berkorban apa saja…. demi menegakkan syiar islam….. sesungguhnya kami insan kerdil….. terima kasih ya Rasulullah….. kerana menyayangi umatmu…… hingga ke akhir hayatmu. Ya Rasulullah, Kekasih ALLAH….. akhlakmu mulia…… peribadimu mempesonakan…… jujurmu menambat hati…… sehinggakan kau di gelar Al- Amin…… keperibadian dan kejujuran yang kau miliki…… menambat hati seorang hartawan lagi dermawan….. Saidatina Siti Khatijah empunya diri. Ya Rasulullah, perjuanganmu menegakkan agama tercinta…… tanpa mengharapkan balasan….. mampukah kami umat-umatmu….. di akhir zaman ini mengikut jejak langkahmu….. “Ya ALLAH bantulah kami hamba-hambaMU yang hina ini untuk meneruskan perjuangan kekasihMU”….. “Ya ALLAH,sesungguhnya kami rindu akan kekasihMU”…. “Ya ALLAH sesungguhnya kami cinta akan kekasihMU”. Ya Rasulullah, kau tetap di hati kami semua…… “Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, Sallallahu ‘Ala Muhammad,Sallallahu ‘Alaihi Wassalam”…. selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam….. Kekasih ALLAH.

ALLAH SWT SENTIASA MEMBANTU MU...

Rasulullah saw bersabda : " Seorang hamba memiliki suatu derajat di surga, ketika dia tidak dapat mencapai dengan amal2 kebaikannya maka Allah swt menguji dan mencobanya agar dia mencapai derajat itu ( HR. Athabrani)

FIKIRKANLAH HIDUP KITA DI DUNIA INI...

Assalamualaikum

Pernahkah anda memikirkan bahwa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan?

Pernahkan anda berpikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni?

Pernahkan anda berpikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan seperti pisang, semangka, melon dan jeruk berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualitas, yang membungkus daging buahnya sedemikian rupa sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?

Pernahkan anda berpikir bahwa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesehatan dan kekuatan anda?

Pernahkan anda memikirkan bahwa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini?

DOA TIDAK DIMAKBULKAN KERANA..

Doa tidak dimakbulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu telah buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Wallahu’Alam

Wednesday, January 25, 2012

Kesengsaraan Di Padang Mahsyar

Rasulullah s.a.w bersabda: "Didekatkan matahari pada hari kiamat kepada makhluk-makhluk sehingga matahari itu menjadi dekat kepada mereka sejarak satu mil; maka pada saat itu manusia berada dalam peluh masing-masing mengikut kadar amal jahatnya; ada di antara mereka yang peluhnya sampai ke mata kakinya, ada yang sampai ke lututnya, ada yang sampai ke pinggangnya, dan ada yang sampai peluhnya masuk ke mulutnya".

HINDARI DARI BERHUTANG..

Wahai Anak Adam....hindarilah dirimu dari bernutang, kerana akibatnya amatlah buruk bukan sahaja dialam dunia malahan sehingga dialam akhirat. Jika kamu berhutang maka selesaikanlah sebelum hayat mu berakhir.....subhanallah

Aisyah r.a. isteri Nabi saw. menceritakan, bahawasanya Nabi saw. mendoa dalam solat.

Doanya: "Allahumma inni a'udzubika' min 'adzabil qabri, wa a'udzu bika min fitnatil masihid dajjaal, wa a'udzu bika min fitnatil mahyaa wa fitnaatil mamati, Allahumma inni a'udzu bika minal ma'tsam wal maghram." (Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari bencana kehidupan dan dari bencana kematian. Wahai, Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari segala dosa dan bencana hutang). Seseorang bertanya, "Mengapa sering benar Tuan meminta perlindungan dari bencana hutang?" Jawab Nabi, "Sesungguhnya apabila seseorang telah berhutang, biasanya apabila dia berkata dia dusta. Dan apabila dia berjanji dia mungkir."
~HR Bukhari~

LELAKI SOLEH MENGEJAR DUNIA DAN AKHIRAT

Assalamualaikum Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingat hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil didunia dan akhirat. “Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.” “Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajiban agamanya dengan baik, kemudian terasa Lelah dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”. Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh dgn jalan yang benar. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR. Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain . Salam

JIKA MIMPI RASULULLAH SAW..

: "Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim...."

Perbezaan SOLAT dan SEMBAHYANG.

Ramai umat Islam pada hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat” termasuklah saya. Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur “Syirik.” Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.” Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang”. Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang”, terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.” Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh.. “nak, bangun! pergi Sembahyang Subuh” kepada “nak, bangun! pergi Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya. Bagi kita yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Monday, January 23, 2012

BERTAQWA PADA ALLAH SWT..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Hadiid 57:28)"

Sunday, January 22, 2012

Memperbaharui Syahadah dan Iman.

Di akhir zaman ini,pelbagai kejadian syirik yang terlalu sukar dielak oleh orang Islam.Pengaruh dari suasana kehidupan,pergaulan,bacaan mahupun melalui perkataan serta lain-lain menyebabkn kita sentiasa terdedah kepada syirik atau riddah.

Abu Hurairah berkata,bahawa Rasulullah SAW bersabda:
'Segeralah melakukan amal soleh(kebajikan),(sebabnya)nanti kamu akan berhadapan dengan fitnah besar bagaikan kegelapan malam yang sangat gelap gelita.Ketika itu seorang beriman pada waktu pagi akan(mudah)kafir pada waktu petang hari dan sebaliknya.(Kerana)mereka menukar agama dengan keuntungan duniawi yang sedikit.'(Riwayat Muslim)

Oleh sebab itu kita diperintahkan SENTIASALAH memperbaharui Syahadah dan Iman setiap masa.
Abu Hurairah berkata,Rasulullah SAW bersabda:
'Sentiasalah kamu memperbaharuilah iman kamu.'Rasulullah ditanya:'Bagaimana memperbaharui iman Ya Rasulullah SAW?Jawab Baginda s.a.w:'Perbanyakanlah mengucap LAILAHA ILLALLAH.'(Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

BERZIKIR DENGAN KHALIMAH SYAHADAH.

Abu Hurairah berkata,Rasulullah s.a.w bersabda: 'Setelah Malaikat Maut mencabut nyawa seseorang,diperiksa segenap tubuh badan orang itu dan didapati tidak ada sebarang kebajikan.Setelah itu Malaikat Maut membelah hati orang itu dan tidak juga ditemui sebarang kebajikan,kemudia dibuka mulutnya pula,tiba-tiba didapati lidahnya terlekat bekas-bekas menyebut kalimah LAILAHA ILLALLAH,maka orang itu diampuni dosanya oleh Allah kerana kalimat IKHLAS itu.'(Riwayat Ibnu Abi Dunya dan Al- Baihaqi) Ummi Hani r.a berkata,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 'Kalimat LAILAHA ILLALLAH itu tidak dapat dikejar (ditandingi)oleh amalan lain dan tidak meninggalkan dosa(yakni semua dosa dihapus sehingga tidak ada lagi saki-bakinya).'(Riwayat Ibnu Majah) Usman bin Malik r.a berkata,Nabi s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya Allah telah mengharamkan api neraka terhadap orang yang telah berkata LAILAHA ILLALLAH dengan IKHLAS mengharapkan wajah Allah.'(Riwayat Bukhari dan Muslim) Mu'az bin Jabbal berkata,Rasulullah s.a.w bersabda: 'Siapa yang akhir kalamnya (ketika mati) mengucap kalimah LAILAHA ILLALLAH,pasti ia masuk syurga.'(Riwayat Abu Daud dan Ahmad) Renungkan,di samping kita berusaha memperbaharui iman,hendaklah kita sentiasa mengucap syahadah.Fikirkanlah sedalamnya. .Apakah ucapan Syahadah kita sekadar menunjukkan perbezaan seseorang manusia itu Islam dengan bukan Islam?Ketahuilah syahadah juga sebagai kifarah kepada dosa.Jadikanlah ia sebagai wirid harian.

KISAH AZAB MAYAT DI DALAM KUBUR

Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut.

Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.

Amin merasa tidak sedap hati dengan kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai tattoo salib di dadanya.

Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam.

Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.

Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab.

Mata yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur.Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan. Allah telah takdirkan peristiwa ini berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang masa.

Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali didatangkan peringatan terlebih dahulu.

Allah itu maha adil dan tidak menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.

Wallahualam.

7 WAJAH JASAD

Tujuh jenis wajah mayat di dalam kubur : 1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. 2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya. 3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa. 4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. 5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang. 6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'. 7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

La Ilaha Illallah

"Selalu lah ,sentiasa lah mengucapkan kalimah tayyibah iaitu 'La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah'.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Allah kami ialah Allah yang benar ”, kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita,bersedih. Merekalah ahli Syurga, tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." (Surah Al-Ahqaf:13~14)..

La Ilaha Illallah

"Selalu lah ,sentiasa lah mengucapkan kalimah tayyibah iaitu 'La Ilaha Illallah Muhammadar Rasulullah'.
Firman Allah SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Allah kami ialah Allah yang benar ”, kemudian mereka tetap teguh di atasnya, maka tidak ada kebimbangan dari sesuatu yang tidak baik terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita,bersedih. Merekalah ahli Syurga, tetap kekal mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan." (Surah Al-Ahqaf:13~14)..

ALLAH SWT SAYANG PADA KITA..

Subhanallah!!! inilah 3 bukti Allah swt sayang kepada kita 1.Tidak menyegerakan azab Allah tidak menyegerakan azab bagi hamba-Nya yang berbuat dosa kerana mungkin hamba itu akan bertaubat. Allah tahu kalau kita suatu masa kita akan tergoda juga untuk berbuat dosa, tapi Allah menunda siksanya untuk memberi kita kesempatan. Jadi bertaubatlah sekarang? 2.Menerima taubat Kalau difikir-fikir lagi, kenapa Allah mahu menerima taubat kita? Kenapa tak dimasukkan sahaja kedalam neraka orang2 yg jahat ini? Apa tujuan Allah menerima taubat kita itu? Diceritakan dalam sebuah hadits bahawa Allah itu sangat gembira ketika hamba-Nya bertaubat, lebih dari gembiranya seorang musafir yang bertemu kembali dengan haiwan tunggangannya yang hilang. Ini kerana Allah sangat mencintai kita! 3.Bukan satu tapi.... Melipat gandakan pahala kebaikan.... Secara Jujurnya, kalau dihitung kira-kira banyak mana antara kebaikan yang kita lakukan dengan dosa yang kita kerjakan? Boleh jadi banyak dosanya. Potensi masuk neraka jadi sangat besar bukan?! Tapi Allah telah menetapkan bahawa sebuah kebaikan berlipat pahalanya dari 10 sampai 700 kali. berniat baik saja sudah dapat 1 pahala! Sedangkan niat buruk tidak dicatat kecuali setelah dilakukan, itupun dihitung sebagai satu keburukan saja. Kalau seseorang menunda niat buruknya, itu malah dicatat sebagai satu kebaikan. Begitulah sabda Rasulullah dalam sebuah hadits riwayat Bukhari. Masih ragu2 lagi akan cinta Allah? semua bukti cinta Allah pada kita tadi seharusnya membuat kita malu dan sedar, kalau menolak cinta-Nya ..Aduhai rugi nya kita.. Wallahualam

KERANA CINTA ILLAHI..

Kerana cinta Illahi...aku masih bernyawa
Kerana cinta Illahi...aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat
Kerana cinta Illahi...aku masih m'punyai ibubapa
Kerana cinta Illahi...aku berubah menjadi insan yang lebih baik
Kerana cinta Illahi...aku m'punyai pekerjaan
Kerana cinta Illahi...aku dipertemukan dengan pasangan hidupku
Kerana cintaMU..Aku beragama ISLAM

KERANA CINTA ILLAHI..

Kerana cinta Illahi...aku masih bernyawa
Kerana cinta Illahi...aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat
Kerana cinta Illahi...aku masih m'punyai ibubapa
Kerana cinta Illahi...aku berubah menjadi insan yang lebih baik
Kerana cinta Illahi...aku m'punyai pekerjaan
Kerana cinta Illahi...aku dipertemukan dengan pasangan hidupku
Kerana cintaMU..Aku beragama ISLAM

KERANA CINTA ILLAHI..

Kerana cinta Illahi...aku masih bernyawa
Kerana cinta Illahi...aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat
Kerana cinta Illahi...aku masih m'punyai ibubapa
Kerana cinta Illahi...aku berubah menjadi insan yang lebih baik
Kerana cinta Illahi...aku m'punyai pekerjaan
Kerana cinta Illahi...aku dipertemukan dengan pasangan hidupku
Kerana cintaMU..Aku beragama ISLAM

KERANA CINTA ILLAHI..

Kerana cinta Illahi...aku masih bernyawa
Kerana cinta Illahi...aku dilahirkan sebagai manusia yang cukup sifat
Kerana cinta Illahi...aku masih m'punyai ibubapa
Kerana cinta Illahi...aku berubah menjadi insan yang lebih baik
Kerana cinta Illahi...aku m'punyai pekerjaan
Kerana cinta Illahi...aku dipertemukan dengan pasangan hidupku
Kerana cintaMU..Aku beragama ISLAM

Belajar DIAM dari banyak BICARA..

Belajar DIAM dari banyak BICARA

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN

Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG

Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAAN

Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN

Belajar TAWAKKAL dari UJIAN

Belajar REDHA dari satu KETENTUAN

7 hamba yg akan dilindungi pada Hari Kiamat...

1. Iman pemimpin yg adil..
2. Pemuda yg Tumbuh dewasa yg hobynya beribadah pada Allah padahal nafsunya bergejolak..
3. Hamba yg hatinya selalu terikat pada masjid, senangnya berjamaah & beraktivitas ke masjid..
4. Dua orang yg saling mencintai karena Allah, berkumpul, berjumpa, bersahabat karna Allah & berpisah karna Allah pula..
5. Seorang hamba lelaki yg di rayu oleh seorang waninta yg mempunyai kedudukan & kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata: aku takut pada Allah..
6. Hamba yg bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yg di perbuat oleh tangan kanannya..
7. Hamba yg berdzikir & berdoa kepada Allah dalam keheningan malam, dalam kesendirian, dalam muhasabah.."
(HR.Bukhari & Muslim)

Saturday, January 21, 2012

Pondok Tua

Dikisahkan Allah memerintahkan Nabi Musa pergi berjumpa dengan Nabi Hider untuk mendapatkan ilmu. Atas arahan tadi...berjumpalah Nabi Musa dengan Nabi Hider dan menyampaikan hajatnya. 'Ya Musa, jangan kau tanya aku ape pun sepanjang perjalanan engkau bersama ku, Jawapan Musa; baik lah Hider aku akan patoh. Bermulalah perjalanan mereka menuju sebuah kampong,...sampailah disebatang sungai...1) Ternampaklah Nabi Hider sebuah perahu lalu digunakan untuk menyeberang, setibanya ditebing sana, lalui dibocori perahu itu hingga tenggelam...2) Mereka meneruskan perjalanan dan bertemu seorang kanak2 perempuan sedang menangis, lalu di pancung kepala budak itu hingga mati...3) setibanya mereka di kampong tepi hutan terjumpalah sebuah masjid...lalu dibakar oleh Nabi Hider....4) Mereka meneruskan perjalanan sehingga tiba diatas bukit yang terdapat Pondok usang yang telah condong dan tua...lalu diarah oleh Nabi hider agar Nabi Musa membantunya memperbaiki pondok itu...akhirnya tamatlah perjalanan mereka. Oleh kerana ketidakpuasan Hati Nabi Musa terhadap perbuatan Nabi Hider, bertanyalah beliau untuk mendapatkan jawapan: 1)" Hai hider knapa kau bocori perahu yang digunakan oleh orang kampong tadi"...Jawapan Nabi Hider; Taukah engkau ya Musa, perahu itu digunkan oleh perompak untuk menyeludup barang pade waktu malam, itulah sebabnya. 2) "Knapa kau bunuh kanak2 ppuan yang menangis tadi", Jawapan hider; 'Kanak2 tadi apabila besar akan menjadi seorang pelacur dsn derhaka kepada kedua ibu-bapanya. 3) "Knapa kau bakar masjid tadi" Jawapan Hider; " Masjid itu siang digunakan untuk berjemaah, tapi malamnya digunakan untuk berpesta oleh orang kampong. 4) Knapa kau baiki pondok Tua itu, Jawapan Hider; Pondok itu didiami oleh seorang tua yang akan mengajar ilmu kepadamu. Tinggallah Nabi Musa kebingongan dan Nabi Hider meneruskan perjalanannya.

USAH TAKSUB PADA DUNIA...

"“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah PERMAINAN dan sesuatu yang MELALAIKAN, perhiasan dan BERMEGAH-MEGAH di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi KERING dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada AZAB yang KERAS dan AMPUNAN dari Allah serta keredhanNya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah KESENANGAN yang MENIPU.”
(Surah Al-Hadid: 20)

>>> Wahai sekalian sahabat, BERAMALLAH dari sekarang..TAKUTLAH Allah, janganlah terpedaya dengan memanjangkan cita-cita lalu melupakan AJAL yang menanti..janganlah berusaha hanya untuk dunia, sesungguhnya dunia itu menipu, ia menghias dirinya untuk memperdayakan kamu, ia bercita-cita untuk MEMFITNAH kamu..berapa ramai orang yang ASYIK dan LALAI kepadanya, akhirnya BINASA..♥♥♥"

Friday, January 20, 2012

Cinta adalah rahmatNya...

Kerana dengan cintalah...
Seorang Ibu merelakan jiwanya demi untuk kelahiran buah hatinya...

Kerana dengan cintalah...
Seorang ayah, merelakan dirinya berusaha sekuat tenaga demi mencari nafkah untuk anggota keluarganya.

Kerana dengan cintalah...
Shalahuddin Al Ayyubi tidak dapat tertawa sebelum masjid Al - Aqsha dapat dibebaskan untuk menebus cintanya kepada Rabbul Izzati...

Kerana dengan cintalah...
Para mujahid dan mujahidah rela mengorbankan harta, jiwa dan raganya untuk dapat mendapat cinta dari Yang Maha Mempunyai Cinta...

Allah...

Ya...

Dia-lah Allah sang Ar Rahman...

Dengan cinta-Nya bumi, langit dan planet melaju dalam alur yang harmonis...

Dengan cinta-Nya angin masih menyapa tetumbuhan dan rerumputan..

Dengan cinta-Nya cahya mentari masih menerpa hangat tubuh kita..

Kepada Allah-lah muara cinta yang Hakiki...

AKU BERLINDUNG PADA ALLAH SWT...

"Allahumma inni a’uudzubika minal hammi wal hazan, wa a’uudzubika minal ‘ajiz walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wal bukhli wa a’uudzubika min ghalabatid dayniwa qahrir rajali

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan duka, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, serta aku berlindung kepada-Mu dari hutang yang tak terbayar dan dari belenggu orang lain.” (H.R. Abu Umamah dan AbuSa’id)

Thursday, January 19, 2012

SATU PETANDA KIAMAT..?

Tsunami Besar Di Langit ! Subhanallah, Allahuakbar, satu fenomena alam yang terjadi di langit pada 16/12/11 di Alabama, Amerika Syarikat menunjukkan seolah-olah ombak tsunami besar berlaku yang terbentuk di langit biru.. Penduduk di Alabama berasa kagum dengan fenomena yang terjadi lalu mengambil gambar dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca. Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah(air). 30/12/11 - seperti ombak besar -di Segamat,Johor,Malaysia 30/12/11 - Subhanallah..fenomena sama yang berlaku di Segamat, Johor. Adakah ini suatu petanda? wallahu a’lam Rasa takut? Kita seharusnya takut kepada Allah S.W.T. kerana tidak laksanakan setiap hukum Allah.

DOA MUDAH BAYAR HUTANG

"Doa mudah bayar hutang – Al’Imran ayat 26, 27
Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ.
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."

HAI, ORANG-ORANG BERIMAN...

"Org beriman, allah pelihara khianat makhluk. : Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu(perhati dalam diri selalu) tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk(dah kenal iman) Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (allah bagi pengesahan) (Al-Ma'idah - 5:105)"

SEKALI PANDANG, SERIBU DOSA

Undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut seseorang wanita, bermakna wanita yang tidak bertudung itu mendapat 10 dosa. Kalau beribu-ribu helai rambut, bagaimana?

Kalau seorang lelaki menenguk rambutnya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang wanita itu dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macamana pulak ni??? Masyallah..

BERSANGKA BAIK SESAMA INSAN...

Berprasangka baiklah kepada sesama hamba Alloh Subhanahuwa Ta'ala, sebab buruk sangka timbul karena tiadanya taufiq, Ridholah selalu pada qodho', bersikap sabarlah, walaupun musibah yang kamu alami teramat besar. Firman Alloh : " Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dibalas dengan pahala tanpa batas... " ( Az Zumar, 39 :10 )

Wednesday, January 18, 2012

PERMOHONAN NABI SAW YG DI TOLAK ALLAH SWT

Ada beberapa permohonan Rasulullah s.a.w yg tdk dikabulkan ole Allah s.w.t, diantaranya ; 1. Memohon agar umat Islam tdk tercerai berai di akhir zaman, 2. Agar mengampunkan kakeknya Abdul Muthalib karena telah berjasa membantu perjuangan Rasulullah s.a.w, 3. Memohon kpd Allah swt, agar hanya Rasulullah s.a.w sajalah org yg terakhir merasakan sakitnya mati, tp ke 3 (tiga) permohonan ini ditolak oleh Allah swt. Allahu A'lam bissawab. Astaqfirullah al'adzim waatubu ilaihi. Wassalamualaikum.

SOAL KEMATIAN..

Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menembusi selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat di ambil tanpa menyebabkan bahagian lain kain sutera itu terkoyak ?”

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi dapat berbicara seketika, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali)"

BERSERAH PADA ALLAH SWT...

Rasulullah pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang krn engkau. Ya Allah, aku berlindung dgn kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yg aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin & manusia semuanya akan mati". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan AZAN.

Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin).

Rasulullah SAW bersabda :sekiranya manusia mengetahui apa yg ada pada AZAN..maka berebut2 untuk berazan sehinggakan orang mengundi untuk mendapatkannya kerana kelebihannya menyeru orang untuk bersolat..dan orang yang menjawab seruan azan dengan ikhlas akan mendapat kecintaan daripada Allah..bagi orang yang boleh bangkit untuk mendirikan solat adalah orang2 yang berjaya disisi Allah..janganlah sombong kepada Allah...

Nabi SAW berkata tidak akan tertolak doa seseorang hamba yang berdoa diantara azan dan iqomah "dan pintu-pintu langit dibuka dan dimakbulkan doa"...adakah kita menggunakan waktu dan menanti waktu-waktu azan berkumandang kerana besar fadhilat dan kelebihan seruan azan ini..Masya Allah...moh kita jgn lupa bila dengar Azan dan iqomah kita pakat2 berdoa kpd Allah Taala...doa agar keluarga kita semua sihat dan istiqamah dlm ibadah..

I ♥ الله

I ♥ الله ♥ : I ♥ الله •*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤ I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥
I ♥ الله ♥ orang bahagia menambah kenalan..
I ♥ الله ♥ orang kecewa menambah musuh..
I ♥ الله ♥ orang bahagia berkongsi rezeki...
I ♥ الله ♥ orang kecewa mengurung diri..
I ♥ الله ♥ : I ♥ الله •*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤❤`•.¸.¸¸.•*❤ I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥

EMPAT PERKARA...


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Tuesday, January 17, 2012

Istighfar Kepada ALLAH SWT

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna. Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita. Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia. Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat. Karena itu Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

KNOWLEDGE IN THE NAME OF ALLAH SWT

"Rasulullah SAW said: "Knowledge from which no benefit is derived is like a treasure out of which nothing is spent in the cause of Allah." [Tirmidhi]"

8 GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243): • Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa’ad (khabar gembira) dan wa’id (ancaman seksa), pahala dan balasan, syarat- syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas daripada fahaman ta’til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT), dan bebas daripada bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu. • Golongan kedua ialah imam-imam fiqh sama ada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadis. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas daripada fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta’til’ (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid- murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat- sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan hawa nafsu. • Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadis dan sunnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab al-jarh wa al-ta’dil (kredibiliti seorang rawi) dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa daripada ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan. • Golongan keempat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik- topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu ‘Amr bin al-’Ala (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra’ (wafat 207H), al- Akhfash (wafat 215H), al-Asma’i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu sama ada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu daripada bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij.Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia daripada golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah ‘hujah’ dalam ilmu bahasa dan Nahu. • Golongan kelima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al- Quran dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat. • Golongan keenam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka reda dengan hidup yang ringkas, mereka mengetahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah- zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik persiapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka ‘membeli’ pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan pentasybihan (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakal kepada-Nya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya. • Golongan ketujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang- orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ. • Golongan kelapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat. Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi. Rupanya, ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengeksklusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja, dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh- temeh seperti qunut, talkin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara- perkara cabang (hal. 19): “Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan Pencipta dan qidam-Nya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihat-Nya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitab-Nya dan rasul-Nya, dan mengikut segala syariat Islam dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh al- Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh al-Quran serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan. Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah, lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a’lam.

Allah Maha Lembut...

"Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Asy-Syuura 42:19)"

Munajat hati kecil...

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman lelaki dan wanita ialah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gembira,seronok lah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Allah ah mereka bertawakal " [Surah al-anfal : 2]"

PATUH KEPADA ALLAH SWT DAN NABI SAW

Firman ALLAH s.w.t dalam Surah al-Nisaa’ ayat ke-59: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah (patuhlah) kepada ALLAH dan patuhlah kepada Rasul serta orang-orang yang berkuasa dalam kalangan kamu, jika kamu berselisih pandangan dalam suatu perkara maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat demikian itu adalah sebaik-baik penyelesaian”. Para Mufassirun (Ulama’ Tafsir al-Quran) menyatakan dalam ayat ini ALLAH mengulang perintah: (Taatlah) pada Rasul tetapi tidak pada Ulil Amri (pemerintah dan ulama’) kerana ketaatan kepada Pemerintah dan Ulama’ tidaklah mutlak tetapi bersyarat iaitu selagi mana perintah mereka tidak berlawanan dengan perintah ALLAH dan Rasul, adapun ketaatan kepada Rasul adalah mutlak kerana baginda tidak memerintahkan sesuatu melainkan ianya adalah Wahyu daripada ALLAH sebagaimana ALLAH berfirman: وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) Maksudnya: “Dan tidaklah dia (Rasulullah s.a.w) berkata-kata berdasarkan hawa nafsu tetapi ia adalah Wahyu yang diwahyukan kepadanya”. [Al-Najm: 3-4].

SYAHADAH ADALAH SATU IKRAR..

Ucapan Syahadah yang diucapkan seorang muslim mengandungi ikrar dan pengakuan terhadap keunggalan ALLAH s.w.t sebagai ILAH yakni yang berhak disembah dan ditaati dengan sepenuh kecintaan, pengharapan, ketakutan, ketundukan, dan kepatuhan. Demikian pula Syahadah bahawa Muhammad adalah Rasul ALLAH membawa maksud segala hukum hakam dan Syariat daripada ALLAH s.w.t adalah apa yang disampaikan dan diajarkan oleh Muhammad Rasul (Utusan) ALLAH s.w.t, tiada yang berhak diikuti dan ditaati secara mutlak dalam kalangan makhluk kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda adalah Utusan daripada ALLAH yang tidak bercakap melainkan dengan wahyu daripada ALLAH. Kelaziman dan di antara kandungan Tauhid al-Uluhiah (mengesakan ALLAH dalam Ibadat) adalah mentaati ALLAH s.w.t dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun

ORANG YG JUJUR..

Terdapat 3 perkara untuk mengenali orang yang jujur ♥ -Orang yang merahsiakan ibadahnya. -Orang yang merahsiakan sedekahnya. -Orang yang merahsiakan Ujiannya.

TUTUPLAH AURAT DGN SEMPURNA..

Wanita tutuplah aurat kaki mu dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini? Seorang muslimah sejati akan berbicara begini: Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah.. DARIPADA kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA. Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA... DARIPADA ku berendam dalam LAUTAN NERAKA. Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada.. DARIPADA DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita...~

MEMANG TAK SALAH...

"Memang tak salah mengejar dunia tapi jangan sampai kita kaya di dunia tapi papa di akhirat. Manusia yang bijak ialah mereka yang banyak menabung untuk kehidupan di akhirat dengan bersedekah dan menyalurkan di jalan dakwah."

Monday, January 16, 2012

SANDARKAN PADA ALLAH SWT

Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. (160) Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (161) Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar. (162) Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya dan Nabi Isa dan Nabi Ayub dan Nabi Yunus dan Nabi Harun dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur. (163) Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (164) Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (165) (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini). (166) Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (167) Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka. (168) Selain dari jalan Neraka Jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (169) Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa)

5 Hikmah dan Keistimewaan Umat Nabi Muhammad SAW


1- Allah SWT menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.

2- Mereka dijadikan kecil supaya tidak membazir dari segi makanan dan pakaian.
...
3- Umur mereka dijadikan pendek supaya tidak banyak melakukan dosa.

4- Mereka dijadikan fakir supaya ringan hisab mereka di Akhirat kelak.

5- Mereka dijadikan umat terakhir supaya tidak lama berada dalam kubur.

UCAPKAN SYAHADAH

"Siapa mengucap syahadah pasti masuk syurga.." Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, yaitu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada di sisi Allah dan masuk surgaNya. Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk surga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang yang masuk pertama), karena dia diazab terlebih dahulu di neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan, yang belum bertobat dan tidak diampuni. Tetapi dia juga tidak kekal di neraka, karena didalam hatinya masih ada sebutir iman. Adapun dalil-dalilnya sebagaimana diterangkan dalam hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, yaitu: Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahwa Rasulullah saw. bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' kemudian meninggal, maka pasti masuk surga." Dari Anas r.a., bahwa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya." Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahwa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi kabar gembira kepadaku, bahwa barangsiapa yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk surga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai dua kali. Banyak hadis yang menunjukkan bahwa kalimat Syahadat memberi hak untuk masuk surga dan terlindung dari neraka bagi yang mengucapkannya (mengucap Laa ilaaha illallaah). Maksudnya ialah, meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap masuk surga, walaupun terakhir. Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak selama-lamanya di dalam neraka, tetapi diazab terlebih dahulu karena perbuatan maksiatnya...wallahua'lam

Kisah Malaikat Maut Menyamar

Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu". Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya. Pengawal menemui tamu tersebut dan bertanya :"Apa maksudmu ?" Tamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu". Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?" Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya". Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tamu. Kemudian tamu itu berkata lagi:"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut" Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil. Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang" Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya :"Semoga engkau dilaknat Allah Subhanahu wata'ala, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah" Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab :"Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat beristri dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan ataupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati.... Sahabatku, Inilah dunia.. Halalnya dihisab, Haramnya diazab. Segalanya bagaikan fatamorgana jika tidak dijadikan ibadah dan dijadikan alat untuk meraih taqwa. Kemanisannya...cuma sebentar.

SEDEKAH YG PALING AFDAL

"AJARLAH ILMU YANG BENAR" ^_^ Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud: ” Sedekah paling afdhal ialah seseorang mengajar seorang muslim sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudara muslimnya yang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)

KITA SEMUA UMAT NABI S.A.W.

‎"SYUKURLAH KITA MENJADI UMAT NABI MUHAMMAD SAW" Al-Fath [29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah… Daripada 124,000 nabi, hanya 313 dilantik menjadi rasul. Daripada 313 ini 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah. Di dalam kitab Injil, Nabi Isa a.s memberitahu kepada umatnya bahawa Nabi selepas aku adalah Ahmad (Nabi Muhammad), jikalau kamu bertemu dengannya, berimanlah dengannya, dan kerana dialah Allah menciptakan alam ini . Nabi Adam a.s. juga pernah melihat dua kalimah iaitu “Allah” dan “Muhammad” bercantum. Allah juga berfirman kepada Nabi Adam “Kerana dialah aku cipta kamu”. Diriwayatkan tatkala Nabi Adam dikeluarkan dari syurga, Baginda melihat tertulis pada tiang-tiang ‘Arasy dan setiap tempat dalam syurga nama “Muhammad” diiringi selepas nama Allah, lalu berkata Adam, “Wahai Tuhan! Siapakah Muhammad ini?” Firman Allah, “Ini ialah anakmu yang jika tidak dia nescaya Aku tidak akan menciptakanmu.”

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN...

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

Sejarah penciptaan Kaabah

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:


- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.


- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)

ALLAH SWT BERSAMA MEREKA YG SOLEH..

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan, dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69.."

YA ALLAH YA RABBI

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah jangan Kau coba aku Melebihi batas mampu dan sanggupku Ya Allah bila memang Kau coba AKU YAKIN KAU SAYANG PADAKU Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah lindungilah diriku Dari yang menjahati menzhalimiku Ya Allah Kaulah Maha Segala Engkaulah pelindung hidup dan matiku Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah jangan Kau coba aku Melebihi batas mampu dan sanggupku

Surah Al-Baqarah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَىٰ هُدً۬ى مِّن رَّبِّهِمۡ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥) إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيۡهِمۡ ءَأَنذَرۡتَهُمۡ أَمۡ لَمۡ تُنذِرۡهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٦) خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡ‌ۖ وَعَلَىٰٓ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةٌ۬‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٧) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤۡمِنِينَ (٨) يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَمَا يَخۡدَعُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمۡ وَمَا يَشۡعُرُونَ (٩) فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠) وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ (١٢) وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُ‌ۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعۡلَمُونَ (١٣) وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤) ٱللَّهُ يَسۡتَہۡزِئُ بِہِمۡ وَيَمُدُّهُمۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ (١٥) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلضَّلَـٰلَةَ بِٱلۡهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَـٰرَتُهُمۡ وَمَا كَانُواْ مُهۡتَدِينَ (١٦) مَثَلُهُمۡ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسۡتَوۡقَدَ نَارً۬ا فَلَمَّآ أَضَآءَتۡ مَا حَوۡلَهُ ۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمۡ وَتَرَكَهُمۡ فِى ظُلُمَـٰتٍ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ (١٧) Surah Al-Baqara Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5) Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (6) (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (7) Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). (15) Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. (16) Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (17) Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)

Sunday, January 15, 2012

THE MEANING OF AL-FATIHAH

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) Surah Al-Fatiha In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1) Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

MATAHARI TELAH KEMBALI BERSINAR

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami.. Jika rezki kami ada dilangit maka turunkanlah...Jika ada dibumi maka keluarkanlah..Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah...Jika sedikit maka banyakanlah... Jika banyak maka berkatilah agar kami dapat menolong anak yatim, orang miskin & orang yang dalam kesusahan. Ya Allah, Kabulkanlah doa kami... Amiin Ya Allah..

DI-AKHIR ZAMAN...

"Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam.

Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu".

Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)

DOA MOHON KELAPANGAN..

A'U ZUBILLA HIMINASY SYAITHO NIR RAJIM... BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM... ALLAHUM MASHOL LI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD...WA'ALA A LI SAYYIDINA MUHAMMAD...

"SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM...PUJIAN YANG
MEMADAI DAN MENYAMAI AKAN PERTAMBAHAN SEGALA NIKMATNYA...WAHAI TUHAN KAMI UNTUKMU SEGALA PUJI SEBAGAIMANA LAYAK KEBESARAN DAN KEHEBATAN KEKUASAAN MU...

DEKATKAN DIRI DGN MEREKA YG BERIMAN..

Sentiasa dekat di sisi orang yg mengenali Allah akan mengajak kita kepada enam hal dan berpaling dari 6 hal, yakni:
•.♥•►-Dari ragu menjadi yakin
•.♥•►-Dari riya menjadi ikhlas
•.♥•►-Dari lalai menjadi ingat,
•.♥•►-Dari cinta dunia menjadi cinta akhirat
•.♥•►-Dari sombong menjadi rendah hati
•.♥•►-Dari berburuksangka menjadi berbaiksangka..

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

‎1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup. 2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan. 3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. 4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut 5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya. 7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan. 8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. 9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. 10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari. 11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali) 12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

Sekiranya Kami...

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan ingatlah oleh kamu wahai lelaki dan wanita , perumpama-perumpamaan, perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka BER-FIKIR."
(Surah Al-Hasy-r 59:21)...Allah swt menjadikan gunung terpacak yang megah,kuat,kukuh,gagah di permukaan bumi tanah ini supaya bumi tanah ini tidak bergerak kesana-kesini yakni supaya bumi tanah ini ada pendirianya,jati dirinya,yakinya ...Allah yang maha bijaksana memberikan kita akal yang sempurna supaya kita menjadi manusia yang bijak,maka Allah buat perumpamaan,contoh,bandingan,agar kita boleh tahu itu,ini,bergitu,bergini agar,supaya luas menjadi akal fikiran kita seluas langit ini dan buminya ini...Allah yang menjadikan diri kita ,DIA tahu apa yang paling terpenting didalam kehidupan kita....Allah letakan No 1 adalah kamu mesti menjadi manusia yang mempunyai pendirian yang mantap,kuat,kukuh,padu,jitu,kemas,cantik dengan Allah swt,seumpama gunung yang gagah,kukuh terpacak kemas dipermukaan bumi tanahnya ini.....Aminn..TQ ALLAH SWT...."

Dan ketika Musa datang....

"Dan ketika Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Allah berkata-kata dengannya, maka Musa merayu dengan berkata: "Wahai Allah ! Perlihatkanlah kepadaku akan diri-mu supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke GUNUNG itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Allah "Tajalla" menzahirkan dirinya kepada gunung itu, maka "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah musa subhanallah "Maha Suci Engkau wahai Allah, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman pada diri-mu di zamanku ."
(Surah Al-A'raaf 7:143)"

Roh Hati yang hitam...

"Roh Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa masiat,fitnah,umpat,keji,hasadengk,kianat,bermusuh-musuhan,saling hina -menghina,keji-mengkeji,berpolitik cerca-mengcerca,buruk-mengburukan,saling jatuh-menjatuhkan,saling cantas-mengcantaskan yang dilakukanya tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Rasulullah SAW ingatkan diri kita yang masih hidup ini Sabdanya SAW: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada roh hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.""

SUCIKAN DIRI ITU....

Sucikan diri dengan berwuduk.
Sucikan jiwa dengan solat.
Sucikan hati dengan berzikir.
InsyaALLAH diri,jiwa dan hati akan bersih,tenteram dan tenang-setenangnya.Yakinlah akan janji ALLAH.

TAKE FIVE...

Prophet Mohammad (pbuh) said:
“Take benefit of five before five:
your youth before your old age,
your health before your sickness,
your wealth before your poverty,
your free-time before your preoccupation,
and your life before your death.

12 SAHABAT RASULULLAH SAW

Biodata Ringkas Terpilih 12 Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Berikut adalah biodata ringkas terpilih 12 sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka semuanya di sini. Sedarlah kita bahawa orang-orang Barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. 1) Abu Bakar As Siddiq 2) Umar bin Al Khattab 3) Uthman bin Affan 4) Ali bin Abi Thalib 5) Talhah bin Ubaidullah 6) Zubair bin Al Awwam 7) Abdul Rahman bin ‘Auf 8) Saad bin Abi Waqqas 9) Said bin Zaid 10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah 11) Bilal bin Rabah 12) Abu Darda’ Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga. Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“. Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“. Saidina Ali adalah sepupu Rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiu telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. Saidina Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“. Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“. Saidina Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“. Saidina Bilal bin Rabah telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia. Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/biodata-ringkas-terpilih-12-sahabat.html#ixzz1jWP87MLt

TAK SOLAT...AZAB DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT 6 azab di dunia: 1. Dihilangkan keberkatan umurnya 2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya 3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala 4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah 5. Tiada doa daripada para solehin untuknya 6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman 3 azab ketika hampir mati: 1. Kematiannya penuh kehinaan 2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat 3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat 3 azab ketika di dalam kubur 1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut 3 Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat. 3 azab ketika bertemu Allah s.w.t: 1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar. 2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya 3. Baginya azab yang amat pedih Nauzubillahiminzalik….

Saturday, January 14, 2012

LIDAH MENUJU NERAKA..

Setiap ucapan yg keluar dari lidah akan dicatat,“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf(50):17). Rasululloh SAW sendiri sudah mengingatkan bahaya lisan,“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka karena tidak dapat mengendalikan lidahnya.” (HR Tarmidzi).

DIAM DALAM BERZIKIR..

"Hikmah DIAM ,kelebihan diam dalam berzikir :
•Ibadah,dapat ganjaran keuntungan pahala tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat,tersenyum bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib....amiinn"