Monday, January 16, 2012

KITA SEMUA UMAT NABI S.A.W.

‎"SYUKURLAH KITA MENJADI UMAT NABI MUHAMMAD SAW" Al-Fath [29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah… Daripada 124,000 nabi, hanya 313 dilantik menjadi rasul. Daripada 313 ini 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah. Di dalam kitab Injil, Nabi Isa a.s memberitahu kepada umatnya bahawa Nabi selepas aku adalah Ahmad (Nabi Muhammad), jikalau kamu bertemu dengannya, berimanlah dengannya, dan kerana dialah Allah menciptakan alam ini . Nabi Adam a.s. juga pernah melihat dua kalimah iaitu “Allah” dan “Muhammad” bercantum. Allah juga berfirman kepada Nabi Adam “Kerana dialah aku cipta kamu”. Diriwayatkan tatkala Nabi Adam dikeluarkan dari syurga, Baginda melihat tertulis pada tiang-tiang ‘Arasy dan setiap tempat dalam syurga nama “Muhammad” diiringi selepas nama Allah, lalu berkata Adam, “Wahai Tuhan! Siapakah Muhammad ini?” Firman Allah, “Ini ialah anakmu yang jika tidak dia nescaya Aku tidak akan menciptakanmu.”

No comments:

Post a Comment