Sunday, January 22, 2012
BERZIKIR DENGAN KHALIMAH SYAHADAH.
Abu Hurairah berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
'Setelah Malaikat Maut mencabut nyawa
seseorang,diperiksa segenap tubuh badan orang
itu dan didapati tidak ada sebarang
kebajikan.Setelah itu Malaikat Maut membelah hati
orang itu dan tidak juga ditemui sebarang
kebajikan,kemudia dibuka mulutnya pula,tiba-tiba
didapati lidahnya terlekat bekas-bekas menyebut
kalimah LAILAHA ILLALLAH,maka orang itu
diampuni dosanya oleh Allah kerana kalimat
IKHLAS itu.'(Riwayat Ibnu Abi Dunya dan Al-
Baihaqi)
Ummi Hani r.a berkata,bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
'Kalimat LAILAHA ILLALLAH itu tidak dapat dikejar
(ditandingi)oleh amalan lain dan tidak meninggalkan
dosa(yakni semua dosa dihapus sehingga tidak ada
lagi saki-bakinya).'(Riwayat Ibnu Majah)
Usman bin Malik r.a berkata,Nabi s.a.w bersabda:
'Sesungguhnya Allah telah mengharamkan api
neraka terhadap orang yang telah berkata LAILAHA
ILLALLAH dengan IKHLAS mengharapkan wajah
Allah.'(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mu'az bin Jabbal berkata,Rasulullah s.a.w bersabda:
'Siapa yang akhir kalamnya (ketika mati) mengucap
kalimah LAILAHA ILLALLAH,pasti ia masuk
syurga.'(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Renungkan,di samping kita berusaha
memperbaharui iman,hendaklah kita sentiasa
mengucap syahadah.Fikirkanlah
sedalamnya. .Apakah ucapan Syahadah kita
sekadar menunjukkan perbezaan seseorang
manusia itu Islam dengan bukan Islam?Ketahuilah
syahadah juga sebagai kifarah kepada
dosa.Jadikanlah ia sebagai wirid harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment