Sunday, January 15, 2012

12 SAHABAT RASULULLAH SAW

Biodata Ringkas Terpilih 12 Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Berikut adalah biodata ringkas terpilih 12 sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka semuanya di sini. Sedarlah kita bahawa orang-orang Barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. 1) Abu Bakar As Siddiq 2) Umar bin Al Khattab 3) Uthman bin Affan 4) Ali bin Abi Thalib 5) Talhah bin Ubaidullah 6) Zubair bin Al Awwam 7) Abdul Rahman bin ‘Auf 8) Saad bin Abi Waqqas 9) Said bin Zaid 10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah 11) Bilal bin Rabah 12) Abu Darda’ Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga. Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah di kalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“. Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“. Saidina Ali adalah sepupu Rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiu telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. Saidina Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“. Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“. Saidina Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“. Saidina Bilal bin Rabah telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam jangkamasa yang lama. Saidina Abu Darda’ digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia. Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/biodata-ringkas-terpilih-12-sahabat.html#ixzz1jWP87MLt

No comments:

Post a Comment