Friday, December 2, 2011

Mengapa Awal Tahun Islam bermula bulan Muharam?



السلام عليكم
Sebenarnya penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah bukanlah dalam bulan Muharam, tetapi pada penghujung bulan Safar. Rasulullah s.a.w. bertolak dari Mekah dan singgah di Gua Tsaur serta bermalam di situ selama tiga malam, hingga 1hb Rabiulawal untuk membuat persiapan bagi meneruskan perjalanan ke Madinah.
Pada masa itu orang Arab sudah pun mempunyai dua belas bulan dalam setahun (tahun kamariah). Nama-nama bulan tahun kamariah (tahun bulan) itu telah ditetapkan semenjak zaman Kilab bin Murrah, pangkat datuk kelima kepada Rasulullah s.a.w. Penetapan ini terjadi pada abad ke-4 atau ke-5 Masihi. Bulan-bulan Arab tersebut ialah Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir (Rabiul Thani), Jamadilawal, Jamadilakhir ( Jamadil Thani), Rejab, Sya’ban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Bulan Muharam dipilih sebagai permulaan tahun bagi Islam kerana bulan itu merupakan bulan Arab yang pertama. Jika diubah awal tahun dari Muharam ke bulan Rabiulawal atau ke bulan Safar umpamanya, ini akan menimbulkan kekacauan sejarah. akhirnya akan samalah keadaanya dengan pentarikhan tahun Masihi yang dimulai pada lahirnya Nabi Isa a.s iaitu pada 25hb Disember. Tetapi awal tahunnya ditetapkan pada tanggal 1hb Januari kerana bulan Januari itu ialah permulaan tahun bagi bangsa-bangsa Eropah semenjak beberapa abad sebelum lahirnya Nabi Isa a.s. lagi.


Read more: http://www.anakulucheka.com/mengapa-awal-tahun-islam-bermula-bulan-muharam/#ixzz1fPXg3knb

No comments:

Post a Comment