Wednesday, March 28, 2012

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125) Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.” Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

Sunday, March 25, 2012

5 Petua Kejayaan ..

Syaqiq Al-Balhi berkata : "Aku mencari lima perkara dan aku mendapatkannya dalam lima perkara juga. Pertama, aku mencari keberkatan dalam rezeki , dan aku mendapatkannya didalam solat Dhuha. Kedua , aku mencari lampu untuk menerangi kubur , dan aku mendapatkannya didalam solat malam . Ketiga, aku mencari persediaan untuk menjawab soalan malaikat MUnkar dan Nakir ,aku mendapatkannya didalam membaca kitab suci Al-Quran Keempat , aku mencari tongkat sebagai alat ketika menyeberangi Shiratal Mustaqim , aku telah mendapatkannya di dalam puasa dan sedekah. Kelima , aku mencari perlindungan dibawah Arasy , aku mendapatkannya didalam khalwat yakni beribadah ditempat sunyi.

ROHANI DAN JASMANI

"Manusia terdiri dari jasmani dan rohani dan yang satu saling memerlukan yang lain. Bila jasmani tidak sempurna, rohani (roh) tidak dapat berperan banyak, sebaliknya bila roh tidak sihat, maka jasmani pun akan merana.

Sebuah hadis Rasulullah saw menerangkan:
"Sesungguhnya pada diri manusia itu ada segumpal darah, bila ia baik, baik pulalah jasad manusia; dan apabila ia buruk, maka buruklah jasad itu seluruhnya, dia itu adalah hati".

Hati bagi manusia adalah terletak segala hajat, sejak dari rasa ingin sampai kepada rasa nikmat, semuanya berpusat pada hati. Tidak jarang janji seorang dipagi hari tahu-tahu berubah pada petang harinya. Begitu pula halnya dengan keimanan, kadang-kadang sempurna dipagi hari lantas kadarnya surut pada petang harinya.
"

IMAN BUKAN UCAPAN DI LIDAH

"IMAN menurut pengertian yang sesungguhnya ialah kepercayaan yang meresap kedalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.
Jadi, iman itu bukanlah semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman.

Sesungguhnya iman itu bukanlah semata-mata pernyataan seseorang dengan lidahnya, bahwa dia orang beriman (mukmin), kerana banyak pula orang-orang munafik (beriman palsu) yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedang hatinya tidak percaya.

sebagai disebutkan dalam firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 8-9"

Saturday, March 24, 2012

KETIKA DI LIANG LAHAD

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengkebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengkebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga. Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Thursday, March 22, 2012

SEPATAH KATA PUTUS...

Sepatah kata rindu yang terucap dari suara hati ku,
terbawa oleh angin malam dalam mimpi indah mu..
Semakin berulang kata rindu terucap dalam benak ku,
Semakin aku terbangun memikirkan mu..

Rasa rindu ini berkecamuk dalam sanubari,
membuat raga ini tak berdaya,
melawan bayangan wajah mu yang selalu mengikuti ku..

Semakin hari
rasa kerinduan ini merusak sayap-sayap patahku,
semakin aku terbang jauh ke langit ketujuh
lalu jatuh terhempas kehadapanmu..

Sebuah kata rindu yang tidak dapat dilukiskan
oleh seribu bait-bait syair seorang pujangga tanpa nama..
Sebuah kata rindu yang tidak dapat diukir
oleh seribu pahatan seorang seniman tanpa nama..

Biarlah senandung kisah rindu ini
slalu menemani khayalan ku..
Saat aku berbicara pada dinding – dinding kamar
menyebut nama mu selalu.. —"

Ayat 1000 Dinar (TerjemahanNya)

"Baginda kesayangan diri kita SAW,menjagar diri kita dengan satu Doa kemurahan rezeki yang melimpah ruah,

DOANYA,

" Ya Allah, sesungguhnya segala waktu itu waktu Mu,

kecantikanny adalah kecantikanMu,

keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu

dan perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,

jika sukar, permudahkanlah,

jika haram, sucikanlah

dan jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu waktumu itu dan ini adanya, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,

limpahkan kepada diri ku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang Sempurna dunia dan Akhiratnya."...Amiinn Ya Allah Ya Rob bal alamiinnn ."

Wednesday, March 21, 2012

Nasihat Imam Syafie

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah : 1. Imam al-Syafie pernah bersyair: Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’ 2.Beliau Berkata : Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.” Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah : 1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat. 2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar. 3. Melakukan amalan-amalan sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh. 4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya. 5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.

Tuesday, March 13, 2012

10 mayat yg tak akan reput

"10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN REPUT DI DALAM KUBUR.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia."

9 WALI SONGO..

"Walisongo atau Walisanga dikenali sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. "Walisongo" bererti sembilan orang wali.

Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan Islam. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan ulama yang lain."

10 Anugerah Allah SWT paling Berharga...

PENDAPAT DARIPADA ABU BAKAR AS-SIDDIQ:

1. Sentiasa bersikap jujur dengan disertai hati yang bersifat Qana'ah'.
(rela dan menerima pemberian Allah subhanahu wata’ala apa adanya)

2. Sabar yang sempurna disertai dengan selalu bersyukur. Rasulullah bersabda:
Iman yang paling Utama adalah sabar dan pemurah – H.R. Dailami.

3. Sentiasa bersifat fakir dan zuhud kepada Allah SWT.

4. Sentiasa berfikir kepada Allah berserta dengan perut yang kosong.

5. Sentiasa bersedih disertai dengan sifat takut yang berterusan. Rasulullah SAW bersabda: Mencukupi bagi seseorang dengan ilmunya,bila ia takut kepada Allah dan mencukupilah bagi seseorang kebodohannya,bila dia berbangga dengan dirinya. (H.R. Baihaqi).

6. Sentiasa zuhud yang disertai dengan sifat Tawaduk.

7. Sentiasa bersifat ramah yang disertai dengan kasih sayang.

8. Sentiasa Cinta kepada Allah Azzawajalla yang dihiasi dengan sifat malu.

9. Memiliki ilmu yang bermanfaat yang disertai dengan amalan yang berterusan.

10. Sentiasa beriman dengan Allah SWT yang disertai dengan akal yang sempurna dan tetap."

Monday, March 12, 2012

KETIKA DALAM KESUSAHAH..

Assalamualaikum

Ketika kesalahan tak sengaja dilakukan. Ketika beban dosa terasa menghimpit badan. Ketika rasa bersalah mengalir ke seluruh pembuluh darah. Ketika penyesalan menenggelamkan diri dalam air mata kesedihan. Apa yang dapat dilakukan untuk meringankan beban jiwa ini?

Rasulullah bersabda, “Ikutilah kesalahan dengan amal baik, niscaya ia akan menghapus dosa-dosamu.”

salam sapa malam"

Sunday, March 11, 2012

MENGHATAM QURAN DGN SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabat2nya r.a.. Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat wahai Baginda kesayang kami SAW. Kemudiannya Sayyidina Ali r.a. mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali r.a. membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali adalh BENAR. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran karena itu sama dengan membaca 30 juz Al-Quran."...aminn TQ YA ALLAH SWT N TQ YA RASULLULLAH SAW .

Friday, March 9, 2012

Saat kerinduan...

Saat kerinduan hadir dalam jiwa
Ku tak sanggup menyapa
Hanya ku titipkan sebuah syair
Pada angin yang bersemilir

kemana harus ku mengadu tentang rinduku
Selain ke padaMu
kemana ku sandarkan harap cinta
selain kepada Mu sang maha cinta

Kuatkan hatiku wahai Sang pemilik hati
agar tak goyah berpaling dariMu yaa Robbi

Thursday, March 8, 2012

AKIBAT TERLALU DEKAT...

~ Akibat Terlalu Dekat ~ Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan di genggamnya di dalam tangannya. " Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata si pelanggan itu menunjukkan genggamannya. " Cuba berikan aku bayangan," pinta penjual telur. " Benda ini bentuknya seperti telur," ujar si pelanggan. " Lagi?" tanya si penjual. " Warnanya seperti telur." " Lagi?" rayu penjual telur itu. Pelanggan itu menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata : " Belum cukup lagi? Baiklah, jika di masak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila di panaskan ia menjadi pepejal." Penjual telur masih terpinga-pinga. " Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir." " Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!" Setelah berfikir panjang, si penjual telur menjerit : " Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!" Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebijhi telur... apalagi??? PENGAJARAN : Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu di pinggirkan tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu JAUH tetapi kerana DEKAT.

SEDEQAH JAUHKAN API NERAKA..

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari). Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api Neraka. Adalah perlu diambil ingatan bahawa jika kita bersedekah, maka hendaklah disertai dengan keikhlasan, bukan dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang menerima sedekah atau derma kerana perbuatan sedemikian hukumnya adalah haram dan merosakkan amalan bersedekah itu. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 yang tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir". Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah lebih utama dan afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Kerana perbuatan itulah yang dekat kepada keikhlasan dan jauh dari perasaan riak. Kerana sifat riak atau sifat menunjuk-nunjuk boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian orang dan mahu dikatakan seorang pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala akan diperolehi. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat 39 yang tafsirnya : "Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Saturday, March 3, 2012

SUJUD SEJADAH

"Sujud Sajadah; Pengertian, Dalil, Bacaan, Hukum dan Ayat-ayatnya 1. Pengertian: Sujud sajadah atau sujud tilawah adalah sujud yang dilakukan setelah membaca salah satu ayat- ayat sajadah dalam Al-Qur’an. 2. Hadits Tentang Sujud Sajadah - Ibnu Umar meriwayatkan, bahwa Nabi saw pernah membaca Al-Qur’an. Lalu beliau membaca sebuah surah yang ada ayat sajadahnya. Beliau lantas sujud dan kami juga sujud mengikuti beliau sampai-sampai beberapa di antara kami tidak mendapatkan tempat sujud bagi keningnya (karena banyaknya sahabat yang hadir). (HR. Muslim). - “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu dia sujud; maka setan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud maka dia sujud, lalu mendapat surga. Dan aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka aku mendapat neraka.” (HR Muslim Ibnu Majah dan Baihaqi). 3. Surah As-Sajdah pada Shubuh Jum’at Abu Hurairah ra meriwayatkan bahwa Nabi saw pada shalat shubuh jum’at membaca ”Alif lam mim Tanzil” (Surah As-Sajdah) dan ”Hal ataa” (Surah Al-Insan).” (HR. Muslim dan Ahmad). 4. Bacaan Sujud Sajadah ِﻪِﻟْﻮَﺤِﺑ ُﻩَﺮَﺼَﺑَﻭ ُﻪَﻌْﻤَﺳ َّﻖَﺷَﻭ ُﻪَﻘَﻠَﺧ ْﻱِﺬَّﻠِﻟ َﻲِﻬْﺟَﻭ َﺪَﺠَﺳ َﻦْﻴِﻘِﻟﺎَﺨْﻟﺍ ُﻦَﺴْﺣَﺃ ُﻪﻠﻟﺍ َﻙَﺭﺎَﺒَﺘَﻓ ،ِﻪِﺗَّﻮُﻗَﻭ (Sajada wajhiya lilladzii kholaqohuu wa syaqqo sam’ahuu wa bashorohuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul khooliqiin) Artinya : “Wajahku bersujud kepada (Allah) Yang telah menciptakannya dan membuka pendengaran dan penglihatannya dengan daya dan kekuatan- Nya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta.” (Doa ini berdasarkan Hadits riwayat Ahmad, Abdu Daud dan Tirmidzi). 5. Hukum Sujud Sajadah Menurut Imam Syafi’i: sunat. Pendapat ini sesuai dengan perkataan Umar ra usai membaca ayat sajadah di mimbar: ”Wahai manusia, kita tidak diperintahkan untuk sujud. Namun siapa yang sujud dia benar, dan siapa yang tidak sujud dia tidak berdosa. (HR. Bukhari). Sementara Imam Abu Hanifah berpendapat wajib. 6. Cara Sujud Sajadah: 1. Takbir (untuk sujud) 2. Sujud dan membaca bacaan sujud sajadah 3. Takbir (untuk bangkit dari sujud) Sujud sajadah ini dilakukan tanpa tasyahud dan salam (Fiqih Sinnah, Sayyid Sabiq) 7. Ayat-ayat Sajadah dalam Al-Qur’an: 1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19".