Wednesday, November 30, 2011

Dalam Sujud Terakhirku..

Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..
Kumenangis sejadi-jadinya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
Biarkan aku patah dalam cahayaMu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku..
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut namaMu
Dan kekasihMu yang tercinta.."

USAH BERPOLIGAMI

"Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129)"

Kenapa disyariatkan sebuah perkahwinan?

� Menjaga nilai kemanuasian
� Menyelamat nasab keturunan daripada tercemar
� Menwujudkan kerjasama dikalangan suami isteri
� Melaksanakan sunnah Nabi Muhammad SAW
� Menghindari dari sebarang penyakit yang berkaitan

Tuesday, November 29, 2011

KENALILAH ALLAH SWT

Sabda nabi SAW,'awa awal agamal islam kamu ,hendak lah kamu kenal ALLAH swt kamu,barang siapa lelaki dan wanita yang kenal dirinya ,maka kenal lah DIA akan ALLAH swtnya,barang siapa kenal DIA ALLAH swt ,maka kenal DIA akan dirinya,barang sesiapa yang kenal ALLAH SWT ini dan itu,maka berbahagialah,tenanglah,berjaya,kaya lah dirinya,selamat,aman,sentosa,tenteram roh akal dan hatinya disyurga duniakhirat."...amiinn...alhamdullillah ..TQ YA ALLAH N TQ YA RASULLULLAH SAW KRN MENGAJAR KAMI SEGALA-GALANYA DISYURGA AL-DUNIA INI DAN DISYURGA AL-AKHIRAT.....AMIINNN."

ENAM M UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP..

TIDAK KENAL MAKA TIDAK KAYA . MARI KITA BELAJAR DARI 6 M .

1 .M = MUHAMMAD SAW .

2 . M=MALAIKAT .

3. M= MANUSIA

4. M=MEKAH

5 .M=MADINAH

6 .M=MALAYSIA NEGARA KITA TERCINTA DAN DISAYANGI .

AMIINN....ALHAMDULILLAH....

Sunday, November 27, 2011

KALENDER ISLAM

Bulan-Bulan Islam

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

PERKARA SUNAT PADA HARI ASYURA

Perkara Yang Sunah Dilakukan Pada Hari Asyura :
Perkara Yang Sunah Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram 1433H Hari Selasa bersamaan 6 Disember 2011)

1. Melapangkan masa / belanja/berziarah keluarga,saudara mara,sahabat taulan bersama-sama anak, suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunah
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunah empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. selamat ber amal n salam ma'al hijrah 1433....

9 petua untuk keberkatan doa

Berikut adalah sembilan petua daripada Baginda Rasulullah S.A.W. untuk mencapai keberkatan dan darjat doa mustajab : -

1. Anas Bin Malik R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak “ .

2. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Allah S.W.T. akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu pada sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman : “ Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah S.W.T. mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka “.

4. Ibnu Abbas R.A. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu ”.

5. Hadis Abu Hurairah R.A., Nabi S.AW. bersabda : ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah S.W.T. kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ” Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah S.W.T. daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan ”.

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang bangun pada waktu malam hari dan mengatakan solat atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. ” Apabila beliau berwuduk ( dan mengerjakan solat malam ), solatnya akan diterima Allah S.W.T. ”.

7. Ata bin Abi Rabah juga berkata : ” Telah sampai padaku bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ” Sesiapa yang membaca Surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan ”.

8. Hadis daripada Abu Hurairah R.A. Rasulullah S.A.W. telah bersabda : ” Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata : ” Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan ”.

9. Hadis daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda : ” Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah S.W.T., pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu ”..

Muhasabah Maal Hijrah 1433H

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu ya Allah,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Allah terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu ya Allah,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang dapat mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Surah al-Nisa’ ayat 100"

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



MUKA TERKENAL DI MUKA BUKU

"INGATLAH , wahai DIRI .

Sebanyak mana pun FRIEND kita di facebook ,
Sebanyak mana pun orang LIKE FANPAGE kita ,
Sebanyak mana pun orang FORWARD POST kita ,
Sebanyak mana pun orang KENAL kita di facebook ,

INGATLAH ,

JANGAN sesekali WUJUD rasa ANGKUH ,
JANGAN sesekali MERENDAH - RENDAHKAN ORANG LAIN ,
JANGAN sesekali HARAPKAN PANDANGAN ORANG LAIN MELEBIHI ILAHI .

Jika facebook ni DITUTUP ,
TIADA LAGI APA YANG KAMU BANGGA - BANGGAKAN SELAMA INI .

Kembalilah kepada ALLAH SWT ,
BETULKAN KEMBALI NIAT KITA .
Banyakkan ISTIGHFAR MEMOHON MAGFIROH DARI ILAHI .
agar ,
MENDAPAT KEAMPUNAN-NYA ."

surah al-Furqaan:74

"Dan orang-orang yang berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. ~"

SALING MENCINTAI..

"Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintaimu dan kamu mencintai mereka, mereka mendoakan kemudian kamu mendoakan mereka. Imam yang paling buruk (jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membencimu, kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu".

Bertanya seseorang, "Ya RasulAllah! Bolehkah kami menyingkirkannya dengan pedang?". Jawab Rasulullah, "Tidak, selagi mereka masih solat bersama-sama kamu.
Apabila kamu lihat suatu tindakan yang tidak baik dari pembesarmu, proteslah tindakkannya dan jangan lepas tangan untuk tidak taat (terhadap tindakannya yang baik)"
[Riwayat Muslim, Kitab Al Imarah. Hadis No:4781]."

'via Blog this'

ISTERI SOLEHAH

"Sabda nabi S.A.W: “Tiada sesuatu yang lebih bermanfaat bagi seseorang mukmin selepas daripada bertaqwa kepada Allah ialah isteri yang solehah, apabila diperintahkan sesuatu ditaatinya, apabila memandangnya rasa gembira, apabila dibuat giliran diterimanya dengan senang hati dan apabila ketiadaan kita di rumah, dia menjaga dirinya (maruah) dan harta benda suaminya”. (Hadis riwayat al-Bukhari)"

Surah Al-Maidah: 100

"Firman Allah yg bermaksud: "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya." ~ Al-Maidah : 100"

Saturday, November 26, 2011

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM



1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,buat semua sahabat-sahabat saya yang rahmati oleh ALLAH swt sekalianya,Wlaupun dimana sekali pun kalian berada .
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali .

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

" Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai ALLAH, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan ganjaran keuntungan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai ALLAH ! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka."...Ameen Ya Allah Ya Rob'bana Ya Rob'bal'alamiinn . 

HEBATNYA ISLAM

Biar putus cinta dengan manusia, Asalkan tak putus cinta dengan ALLAH, ALLAH akan gantikan dengan yang lebih BAIK,
Namun jika putus cinta dengan DIA, Apa lagi yang nak Digantikan? ''
'Manusia itulah pengarah dan pelakonnya, ''
'AL-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya, '
''Malaikat itulah jurugambarnya, '
''Islam itu jalan ceritanya, '
''Kiamat itulah kesudahan pengambaraannya, '
''Padang masyhar tempat penganugerahannya, ''
'Rasulullah S.A.W. adalah penerima anugerah terbaiknya, '''ALLAH S.W.T. adalah hakimnya, '''Syurga atau Neraka adalah trofinya"

WANITA ITU ISTIMEWA..

"Wanita bukanlah makhluk yang lemah..
Cuma dijadikan ALLAH kurang sedikit kudratnya daripada lelaki..
Kerana ALLAH tidak mau menyamakan wanita dengan lelaki..
Kerana ALLAH inginkanwanita dilindungi lelaki..
Jika kudrat wanita itu lebih dari kudrat lelaki, apa perlu wanita dilindungi??

Wanita adalah insan istimewa..
Mempunyai 9 nafsu 1 akal..
Tetapi 9 nafsu itu belum tentu dapat menghancurkan wanita
Kerana 1 akal yang dimiliki itu mengawal 9 nafsu yang ada pada wanita..

Ingatlah wanita tidak lemah..
Tidak mudah goyah..
Dan tidak mudah patah..

Sesungguhnya,
Selemah-lemah wanita itu apabila..
Dia tidak mampu mengawal nafsunya..
Dan dia tidak mampu menjaga kehormatannya..

Jagalah dirimu wahai wanita kerana anda adalah istimewa."

JANGAN SOMBONG..

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Sesiapa berjalan dengan pakaian yang menyeret, ALLAH tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat."
Sebaik sahaja Ummu Salamah r.a. , salah seorang isteri Rasulullah SAW mendengar hadis tersebut, ia bertanya : "Bagaimana para wanita memperlakukan pakaian panjang mereka?" 
Baginda menjawab : "Naikkan satu jengkal." 
Ia berkata lagi : "Bagaimana jika nampak mata kakinya?" 
Rasulullah SAW menjawab : "Naikkan satu hasta(mata kakinya tetap tertutup) dan jangan melebihkannya.
Wahai Ummu Mukminin! Allah mempunyai ukuran, wahai Ummu Salamah! Wanita-wanita muslimah bukan orang yang memanjangkan pakaian dan bukan orang-orang yang sombong.
Wanita-wanita muslimah itu pemalu, menjaga maruah, suci dan mulia. Tidak patut tumit mereka kelihatan dan pakaian mereka mempunyai bahagian bawah yang panjang mengheret di atas permukaan tanah, sehingga tidak ada lelaki dapat melihatnya.
Kebanyakan wanita sekarang, mereka menaikkan pakaian mereka setinggi mungkin kerana takut terkena air atau lumpur. Bahkan mereka akan menanggalkannya hanya kerana ingin mengikuti wanita-wanita moden dan perempuan murahan. 
Mereka mempunyai seribu satu alasan untuk berpakaian hampir telanjang. Kaum lelakinya tidak mempunyai sifat kelakian kecuali hanya pada nama sahaja. 
Mereka berjalan di samping wanita tanpa ada rasa malu.
p/s : Hidup lebih baik adalah dengan malu. Kayu tetap kayu walaupun kulitnya mengelupas. Demi ALLAH tidak ada baiknya hidup di dunia bila rasa malu telah hilang..

Manusia Yang Paling Sabar

Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.

Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

Mengenai pelbagai ujian itu Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."

Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah S.W.T ada menyelitkan hikmah di sebalik kedukaan ujian yang melandanya.

Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.

Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.

Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.

Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan di atas amalan yang dilakukan.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hamba-Mu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Friday, November 25, 2011

TUJUH PERKARA GANJIL


 (PENGALAMAN SI PENCURI KAIN KAFAN) -sebagaimana diriwiyatkan.......

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
 —

Thursday, November 24, 2011

pengemis cinta Illahi

"~~ ♥
'Seseorang di antara kamu tidak akan masuk dalam perkiraan beriman sehingga (ia) menempatkan Allah & Rasul-Nya lebih dicintai berbanding mencintai selain Allah &; Rasul-Nya.'
(HR Bukhari & Muslim)

-Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia niscaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah niscaya dicantum-cantumkan- Nya. Artinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.-
♥ for Allah.... Allah... :'( ~"

WAHAI SAHABAT KU...

"Wahai sahabatku...Andai kalian mengharapkan teman sebaik Abu Bakar As-siddiq..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman seikhlas Umar al-khattab..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman sesantun Usman bin Affan..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman sebijak Ali bin Abi Talib..
Ana juga bukanlah orangnya..

Ana hanya insan biasa yang masih berusaha untuk menggapai rahmat dan redhaNya..ana juga perlukan bimbingan dan tunjuk ajar tentang ilmu agama untuk memantapkan ilmu agama ana yang sangat sdikit..seandainya kalian bersahabat dengan ana krana Allah semata2 atas dasar saudara sesama islam..ana sangat mensyukurinya..hanya Allah dapat berikan segala hikmah dan nikmat2Nya..

Syukran sahabat2ku..
Pesan ana untuk diri ana dahulu..
Jujurlah dalam bersahabat..
Andai ingin yg terbaik..maka berusahalah untuk jdi yg terbaik..
Contohilah suri Tauladan Ummah..
Persahabatan yang hebat tiada tandingan..
Antara Rasulullah saw dan para sahabat..
Kisah mereka sangat indah untuk direnungkan dan dihayati..
Semoga kesejahteraan dilimpahkan Allah keatas baginda dan para sahabat..
Aamiin Allahumma Aamiin.

Wallahu'alam.."

INGATLAH ALLAH SWT SELALU

"Benarlah Firman Allah; “…Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”.(al-Ra`d:28).

Hati akan resah gelisah jika hubungannya dgn Pencipta dan Pemiliknya terputus.

Segala2 yg kita lihat, peristiwa yg berlaku, nikmat yg kita kecapi berpunca dariNya jua....segala kepujian hanya untuk Allah, Rabb seluruh alam.

Hati ini perlu sentiasa kembali kepadaNya, barulah ia lega, puas, tenang dan sejahtera.

“Pada hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera” (As Syuaraa [26]: 88-89)"

'via Blog this'